8.milik hayder lukman*⁠.⁠✧

454 23 1
                                    

~ Milik Hayder Lukman ~

selimut di tarik hingga ke paras dada, lampu tidur yang terletak di tepi katil itu di matikan oleh farisyah

baru saja dia mahu menutup mata tiba-tiba ada bunyi ketukan pintu dari luar bilik nya, dia yang terdengar itu pun lantas bangun turun dari katil dan berjalan menuju ke arah pintu bilik nya. tombol pintu nya di pulas lembut dan pintu di tarik hingga terbuka luas, kelihatan zayen yang sedang berdiri tegak yang mengenakan baju suits berwarna hitam itu

farisyah yang terkejut dengan penampilan abang nya mengerutkan dahi..

"haih bang, kau ni dah kenapa? demam ke apa? siap pakai baju kemeja kemas-kemas bagai" kata nya sambil menolak pinggang

"demam apa? kau tak ingat ke apa aku cakap petang tadi?" balas zayen yang juga turut sama menoal pinggang itu

"ingat apa?" tanya nya lagi sambil mengerutkan kening nya

"haih lah kau ni,belum tua lagi dah jadi pelupa!.kan aku dah cakap malam ni kita nak pergi majlis hari jadi aunty Datin Rosmah" ujar nya lagi membalas pertanyaan farisyah

"yeke?.. kau ada bagitau aku ke?" ucap farisyah ingin kepastian, zayen pula suda mula bosan dengan sikap adik nya yang seolah-olah buat lupa itu

"liya... petang tadi aku ada bagi tau kau la masa kau tengah duduk tengok tv tu!" ujar zayen, kali ini dia sudah meninggikan suara nya seakan mula bertegas pada farisyah.

selagi tak tegas dengan farisyah, selagi itu lah farisyah masih bersikap seolah-olah bodoh

Bahu Farisyah terhinjut apabila mendengar suara Zayen yang tinggi itu.Dia menjeling tajam ke arah zayen dan mula memahami saja perkataan zayen, malas dia mahu mendengar penjelasan dari zayen. jadi dia hanya akur saja.

Sumpah dia bukan nya ingat yang zayen ada bagi tau dia untuk siap-siap malam ni!

"yela-yela aku siap dulu, kau tunggu aku kat bawah" arah nya lalu menutup pintu bilik nya dan mula mandi bersiap-siap

~ Milik Hayder Lukman ~

selesai dia mandi, akhir nya farisyah keluar dari bilik mandi nya.Dia berjalan menuju ke arah Almari baju nya, pintu Almari di buka luas sehingga memaparkan semua baju-baju cantik nya. Jelas kebanyakan baju nya dress dan jubah sahaja,Maklum lah farisyah ni lain sikit dia tak suka berpakai pakaian yang terbuka

farisyah yang masih fokus memilih baju nya, buntu mahu memakai baju apa?.Semua baju nya cantik-cantik dan kemas

Dia menilik setiap bajunya yang masih bergantungan itu, di gesernya setiap helaian baju nya ke kiri dan ke kanan yang bergantung di hanger tersebut. Lama dia memilih baju akhir nya farisyah terlihat baju pemberian peninggalan arwah ibu nya.Jelas masih terlihat cantik dan rapi seperti masa ibu nya berikan dulu.

dia pernah memakai abaya tersebut sekali sahaja, itu pun masa mereka pergi ke majlis kahwin.dan setelah itu, dia tidak pernah lagi memakai baju abaya itu, hanya di simpan nya saja sebagai kenangan terakhir dari ibu nya.

setelah berfikir panjang dia memutuskan untuk memakai baju abaya pemberian arwah ibu nya itu saja.dia mula mengenakan baju abaya yang berwarna hijau muda itu.setelah selesai memakai abaya itu, dia mengambil tudung shawl nya yang berwarna kelabu tergantung di hanger tersebut.

setelah puas dengan penampilan nya, akhirnya farisyah turun ke bawah berjalan menuju ke arah abang nya yang sedang berdiri menunggu nya di hadapan pintu rumah tersebut.

zayen yang baru saja ingin menyimpan telefon nya terkejut dengan penampilan farisyah, mata nya terbuka luas mulut nya pula sedikit ternganga apabila dia melihat sosok tubuh farisyah yang memakai abaya berwarna hijau muda tersebut.Lama dia terkejut, akhirnya matanya ter alih ke baju abaya yang di kenakan oleh farisyah dia tahu itu adalah baju pemberian terakhir dari ibu mereka. Sungguh pandai farisyah memilih baju, zayen tersenyum manis dan mula berbisik dalam hati

"pandai kau pilih baju... you look so gergous, like a our mother" gumam nya dalam hati

farisyah sudah sampai di hadapan zayen itu, membesarkan sedikit mata nya tangannya menepuk bahu zayen yang seakan ingin menangis itu.

"haih..abang kau dah kenapa?" soal nya pada zaye, zayen yang mendengar itu mula berdehem dan dengan cepat di di kedip kan mata nya

"ha- ehem takde apa, aku cuma teringat kat arwah ibu je, ye la baju ni kan pemberian terakhir dari ibu kat kau" ujar nya sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal itu

"pandai eh kau pilih baju.Very beautiful, like our mother used to wear this abaya" ujar nya tersenyum, farisyah yang mendengar itu pun terletus ketawa nya. Lucu dia mendengar abang nya yang memuji itu,zayen memang jarang memuji nya... Tapi bila dah puji tu tanda nya dia betul-betul cantik di mata zayen. Gituww!!!!

"eh.. dah la jom kita jalan nanti lambat pulak nak sampai " arah farisyah pada zayen

"okey princess" ujar zayen pada farisyah, sambil menundukkan sedikit badannya dan tangan nya yang di depa kan ke arah pintu besar rumah besar itu.

zayen bertingkah seolah farisyah itu tuan puteri, farisyah yang melihat tingkah zayen itu hanya mampu tersenyum lebar.Gembira dia dengan tindakan zayen, sungguh dia suka dengan gelagat zayen bila dah keluar jiwa kebudak-budakan nya itu memang boleh mengalahkan budak-budak darjah tiga!

farisyah mula berjalan ke arah kereta milik zayen, pintu depan di buka nya kemudian di tarik nya.Terbuka luas pintu tersebut, dia mula menaikan kaki sebelah nya dan punggung di labuhkan di atas kerusi penumpang tersebut.
kereta zayen mula keluar dari perkarangan rumah banglo milik nya,

setelah berjaya mengeluarkan kereta dari pagar itu,zayen mula memecut laju keretanya..






okey guys..after this,Bab yang paling di tunggu-tunggu. you all know, Bab yang seterusnya ni special sikit.Sebab bab ni dah bermula lah kisah farisyah dengan Jejaka bernama Hayder Lukman oke!





tolong vote dan comment tauh🥰

𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐡𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫 𝐥𝐮𝐤𝐦𝐚𝐧 Ⓖ︎Where stories live. Discover now