Sesampai saja mereka di depan rumah Datin Rosmah zayen mula memasuki perkarangan rumah Datin,Mata nya fokus mencari tempat parking.Farisyah juga turut sama mencari tempat parkingan kereta.Susah zayen mahu mencari tempat kereta kerana depan rumah perkarangan Datin sudah di penuhi dengan kereta mewah milik keluarga Datin Rosmah yang datang ke majlis itu.
Setelah lama mencari tempat parking kereta, akhir nya mata farisyah tertuju kepada sebuah kereta BMW8 berwarna hitam yang mana di sebelahnya kosong tiada kereta di sana langsung.
Akhirnya farisyah mengarahkan zayen untuk memarkir saja kereta nya di sebelah kereta BMW8 berwarna hitam itu.Zayen yang mendengar itu hanya mengikuti saja arahan farisyah. Alang-alang mereka sudah dekat zayen terus memasuki kereta nya di kawasan kosong tersebut.
Selesai zayen memarkir kereta, dia mengarahkan farisyah untuk masuk ke rumah mewah itu dulu
"liya.kau pergi lah masuk dulu, aku nak jumpa kawan aku kejap" arah zayen
"-hmm.. yela kau jangan lama-lama pulak" takut - takut farisyah mahu masuk ke rumah tersebut, yela siapa je yang tak malu nak pergi ke majlis besar. Orag kaya pulak tu!
kaki farisyah mula memasuki pintu besar rumah itu, dapat dia lihat ramai tetamu yang berkeliaran di dalam kawasan ruang tamu yang besar itu.
Mata nya masih mengeliar mencari sosok tubuh abang nya yang masih belum muncul itu.Jantung nya mula berdegup kencang wajah nya sudah kelihatan resah.
Tangan mula menggigil seakan dia melihat hantu, Takut dan gelisah mula menghantui dirinya lagi apabila dia kelilingi orang ramai disitu
mahu saja dia berlari keluar dari tempat yang seakan sempit bagi nya itu,mujur saja zayen datang dengan lekas ke arah farisyah yang kelihatan ketakutan itu.Dia sama turut cemas ketika melihat wajah farisyah yang ketakutan itu semasa dia memasuki rumah mewah milik Datin Rosmah
dengan cepat zayen menggengam tangan farisyah dan di elus lembut tangan nya bagi menenangkan adik nya yang sudah mula bergetar itu
"sabar liya.. bawak mengucap jangan takut abang ada ni" ucap zayen sambil menyeru nama adik nya
Lama dia menenangkan hati farisyah akhirnya wanita itu kembali normal semula.Farisyah yang masih tangannya di genggam oleh zayen mula menarik tangan nya dengan lembut dan memandang zayen sambil tersenyum
zayen yang melihat itu membalas senyuman farisyah kembali"dah oke ke?" soal nya risau
"liya dah oke, Nasib baik kau cepat datang tadi. Kalau tak,tak tahu lah apa jadi" balas farisyah zayen yang mendengar itu menggelengkan kepala nya sambil nafas di hembus kasar
"tula lain kali kalau tak boleh nak masuk sorang - sorang bagi tau aku, kau boleh tunggu aku dalam kereta tadi sementara aku borak dengan kawan aku" bebel zayen pada farisyah, farisyah yang mendengar itu mula menaikan mata nya ke atas seakan menjeling sekilas zayen.Kalau zayen sudah risau dengan nya mula lah keluar sifat keibuan abang nya!
YOU ARE READING
𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐡𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫 𝐥𝐮𝐤𝐦𝐚𝐧 Ⓖ︎
Spiritual➝karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan stand alone✧彡 Nur farisyah aliya, seorang gadis berusia 19 tahun yang memiliki paras rupa cantik.Dia telah koma selama dua bulan selepas saja insiden yang menimpanya. setelah dua bulan dia sedar dari...