"Liya ada sembunyikan apa-apa ke dengan abang?" lutut di jatuhkan menyentuh lantai.jari-jemari besar Zayen mengelus lembut kening Adik perempuannyaHening dan sunyi. farisyah langsung tidak menjawab pertanyaan Zayen, dia senyap seperti membeku duduk memeluk lutut di atas katil.
Zayen mengeluh lembut. dia tahu ada sesuatu yang terjadi antara Farisyah dan Hayder. tapi dia mahukan kepastian dari adik perempuannya dulu..
"Princess kenapa senyap ni?"
lembut suara Zayen memujuk adiknya dengan panggilan itu, dia tahu adik perempuannya suka bila di panggil begitu..perlahan Farisyah memandang wajah kacak abangnya. mata sembamnya bertembung dengan mata abang nya,
Kening zayen sedikit berkerut apabila Farisyah memandang dia begitu saja.."Hayder. dia.." senyap lagi, farisyah tidak berani ingin berterus terang dengan abangnya. dia tahu Hayder adalah sahabat baik abangnya, jadi dia takut Zayen tak akan mempercayai dia..
"kenapa dengan Hayder?"
Zayen menyoal sekali lagi. perlahan dia bangun dan duduk atas katil di tepi Farisyah yang kosong itu.
Farisyah menarik nafas panjang. mencari keberanian untuk berkata jujur
"Hayder tadi bertindak pelik. dia sentuh tangan Liya lepastu dia hidu jari-jemari liya. liya tak tak tahu apa dah kena dengan dia tadi, cuma tindakan dia buatkan liya takut dan rasa geli.."
panjang lebar Farisyah menerangkan semuanya pada abang nya. Zayen yang dari tadi mendengar ucapan Farisyah itu sudah bekerut, seakan tidak percaya. tapi dia juga tahu itu yang terjadi
Zayen senyap
farisyah menoleh memandang abangnya dia tahu apa yang ada di fikiran Zayen sekarang ini. dia tidak mengharapkan Zayen memihak padanya, tapi sekurang-kurangnya Zayen tahu yang tindakan sahabatnya itu salah..
"Lepastu dia buat apa kat Liya lagi?"
tiba-tiba Zayen bersuara. dia mahu tahu apa yang Hayder buat pada adik perempuannya."Dia cuma sentuh tangan liya saja.tak lebih dari tu"
Zayen mengangguk. dia memandang kedua-dua tangan nya yang sudah membulat seperti penumbuk..
dia mahu marah tapi dia tahu yang Hayder sudah lama sukakan adik perempuannya semenjak majlis harijadi Datin Rosmah tempoh hari.
jadi tidak hairanlah kenapa sahabat baiknya bertindak seperti itu.
YOU ARE READING
𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐡𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫 𝐥𝐮𝐤𝐦𝐚𝐧 Ⓖ︎
Espiritual➝karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan stand alone✧彡 Nur farisyah aliya, seorang gadis berusia 19 tahun yang memiliki paras rupa cantik.Dia telah koma selama dua bulan selepas saja insiden yang menimpanya. setelah dua bulan dia sedar dari...