lama farisyah tertidur.. sehingga dia mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah abang nya, farisyah yang masih dalam keadaan mengantuk itu mencuba sedaya upaya untuk membangunkan tubuh kecil nya. segala upaya dia berusaha untuk menggerakkan tubuh nya akhirnya dia dapat melawan rasa mengantuk itu
dia melihat ke arah jendela dan terus berjalan ke jendela itu, untuk melihat siapa gerangan yang datang di rumah nya malam-malam begini.
mata nya masih fokus melihat ke arah kereta tersebut, dahi nya di kerut kan, mata nya pulak di kecil kan untuk melihat lebih jelas orang yang keluar dari perut kereta itu. lantas mata nya terbuka luas tatkala dia melihat sosok tubuh Zayen yang keluar dari perut kereta tersebut.
Farisyah menggumam sendiri sambil senyuman lebar terukir di wajah nya, gembira kerana abang kesayangannya sudah pulang dari bertugas
"semalam cakap minggu depan baru boleh balik malaysia" gumam nya sendiri dan terus bergegas keluar dari bilik nya.
kaki farisyah laju saja berlari menuruni tangga tersebut. dengan lekas dia berteriak apabila sosok abang nya sudah masuk ke dalam rumah.
"abang!" panggil farisyah yang sudah meninggikan suara nya pada zayen. Gembira sebab abang nya dah balik.kut?
Zayen yang baru saja ingin memberi salam itu terkejut dengan suara adik nya.Badan je kecik tapi suara mengalahkan suara Dinosaur!
"asala-" baru saja zayen ingin memberi salam terus terhenti suara nya apabila adik nya menjerit kepada nya, dia yang melihat farisyah berlari menuruni tangga itu hanya mampu menggelengkan kepala nya sahaja.
"kalau jatuh bukan salah aku" bisik zayen dalam hati.
"kau ni kan, kalau ye pun rindu aku bagi lah aku habis salam dulu," ujar nya lalu menjentik dahi farisyah, farisyah yang kesakitan itu terus mendesis kesakitan sambil menggosok-gosok dahi nya yang di jentik oleh abang nya tadi.
"ish.. kau ni kan, ingat tak sakit ke dahi aku ni" ujar nya sambil menjeling sekilas ke arah zayen
"tahu pun sakit, tula. lain kali bagi la dulu aku habis salam baru kau terjerit-jerit, ingat aku tak terkejut ke?" jelas zayen kepada adiknya. sungguh! nak jatuh jantung zayen bila dengar suara farisyah tadi
"haih nasib baik sayang ..." gumam nya lagi perlahan sambil menggelengkan kepala nya
"alaa.. sorry lah,aku teruja sangat tengok kau tadi sebab tu lah aku terjerit-jerit panggil nama kau" balas farisyah sambil tersenyum lebar
"tahu lah aku hensem" puji zayen kepada diri nya sendiri. haih la mamat ni tauh la kau sado!
"Eleh perasaan!" ejek farisyah lagi pada abang nya
"tak terima hakikat lah tu yang abang dia hensem " balas zayen, kali ini dia lagi yang memerli adiknya.farisyah sekali lagi menjeling pada zayen
"haih bang.. semalam cakap minggu depan baru dapat balik, ni kenapa pulak tiba-tiba boleh balik malam ni" soal farisyah ingin kepastian pada zayen!
"oh.. pagi tadi aku dah boleh balik, sebab tugas aku pun dah di gantikan. so aku kena balik lah, buat apa aku nak lama-lama kat sana lagi" balas zayen. farisyah hanya meng'O'kan saja tanda menjawab pertanyaan zayen abangnya
"dah..aku naik dulu nak mandi" ujar zayen dan berlalu naik ke bilik nya.
~ Milik Hayder Lukman ~
telefon yang terletak di meja makan itu tak henti-henti berdering, zayen yang sudah muak dengan bunyi bising tersebut terus memanggil farisyah yang sedang mencuci piring tersebut
YOU ARE READING
𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐡𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫 𝐥𝐮𝐤𝐦𝐚𝐧 Ⓖ︎
Espiritual➝karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan stand alone✧彡 Nur farisyah aliya, seorang gadis berusia 19 tahun yang memiliki paras rupa cantik.Dia telah koma selama dua bulan selepas saja insiden yang menimpanya. setelah dua bulan dia sedar dari...