Dia hanya memandang ke luar tingkap dengan tatapan yang kosong.Dia sudah tidak tahan dengan perangai manusia yang baginya sudah keterlaluan dan sesuka hati masuk ke rumahnya untuk projek mengarut mereka itu.
Namun kali ini perhatiannya tertumpu pada sebuah kereta hitam yang baru sahaja memasuki perkarangan rumahnya.Rasa ingin tahunya semakin kuat untuk mengetahui kedatangan seseorang yang bakal membuat kecoh di rumahnya.
Kelihatan sebuah keluarga yang keluar dari kereta hitam tersebut.Mungkin mereka baru berpindah ke rumah ini.Tetapi mengapa pilih rumah ini?Tiada rumah lain lagi kah?gumamnya sendirian sambil memerhati keluarga itu.
Fareeha Zulaikha(18)
FAREEHA
Aku dapat rasakan rumah ni memang ada sesuatu yang tak kena.Aku akui aku bukan seperti gadis normal yang lain.Aku boleh melihat apa yang orang lain tidak boleh lihat.Kebolehan yang aku ada ini kadang kala boleh membuatkan aku hampir gila dan nampak seperti orang yang tidak waras.Ramai yang menjauhkan diri dariku di sekolah lamaku atas sebab kebolehan yang aku ada sejak lahir.Tetapi itulah kehidupan,people come and go.Jadi aku sudah tidak terasa asing dengan perlakuan orang sebegitu terhadapku.Tetapi sepasang mata biru yang asyik merenung kami sekeluarga dari tadi betul-betul mencuri perhatianku.Aku memandangnya kembali namun dia seolah-olah menjauhkan diri dari dipandang olehku."Sayang,tolong mama angkatkan beg-beg ni masuk ke dalam"perhatianku teralih saat ibu memanggilku untuk menolongnya mengangkat barang-barang masuk ke dalam rumah baru itu.
Charles James Rowan
CHARLES
She can see me?But it's impossible.Aku tidak bagi dia lihat diriku.Selalunya orang-orang hanya nampakku jika aku bagi dia nampak aku.No,maybe..she just looked at window not me.Tetapi aku dapat rasakan perempuan ini lain dari orang-orang yang pernah ku temui sebelum ini.Mungkin perempuan ini boleh tolong ku.Sudah lama aku tunggu orang sepertinya untuk menolongku keluar dari penderitaan ini.FAREEHA
Sepasang mata biru itu.Adakah cuma khayalanku atau dia benar-benar wujud di rumah ini?Aku cuba mengabaikan seketika tentangnya dengan mengemas bilik baruku.Aku membawa masuk luggage dan barang-barangku yang lain ke dalam bilik serba putih itu.Ilustrasi bilik
Semua perabot di dalam rumah itu ditutup dengan kain putih yang lebar jadi aku membuka semua kain-kain putih itu dan melipatnya dengan kemas ke dalam almari yang berdekatan.Nak dikatakan bilik ini berhabuk,taklah juga.Seolah-olah rumah ini dijaga dengan elok.Mungkin memang rumah ni ada orang jenguk-jenguk bersihkan jugak kot.Aku pun mula menyusun barang-barang di tempat yang sepatutnya.Kemudian,aku cuba keluarkan sampah atau barang-barang yang tidak sepatutnya dari laci-laci meja dan almari di bilik tersebut.
Namun apa yang mengejutkan aku adalah sekeping gambar lama dalam laci yang berada di bahagian paling bawah.Aku cuba meneliti gambar tersebut.Gambar seorang lelaki muda awal 20an.Tapi yang pasti lelaki itu ada lelaki British.Mata itu.Adakah dia lelaki yang aku nampak tadi?Aku terdiam seketika.Mungkin dia memang pemilik asal rumah ni.Aku cuba melupakan bayangan lelaki tersebut dan menyambung mengemas bilik itu.
Aku pun meletakkan barang-barang keperluan harianku di atas meja solek yang antik itu.Aku mengaku aku menyukai rekaan meja solek itu yang nampak klasik dan anggun itu.Aku memandang ke cermin untuk meneliti wajahku dan kelibat lelaki tadi ada di belakangku.Lelaki itu merenungku melalui cermin itu.Aku terdiam sejenak lalu cuba berpura-pura seakan-akan kelibat lelaki itu tidak pernah wujud.Lelaki itu masih merenungku seakan-akan mengetahui aku mampu melihatnya.
"Aku tahu kau boleh nampak aku"kata lelaki British itu dengan pelat Mat Saleh dia.Namun aku lebih memilih untuk mendiamkan diri dan berpura-pura untuk tidak mengetahui kewujudannya."Jangan berpura-pura!"tegas lelaki itu dengan nada yang lebih tinggi dari tadi.Namun tanganku tetap laju menyusun barang-barangku di atas meja agar dia tidak mengetahui aku boleh melihatnya.Aku semakin takut dan berasa panik dengannya.Dia mulai tersenyum sinis pabila menyedari aku mulai takut."Kau takut denganku?"soalnya sambil menatap wajahku dengan dekat.Jarak wajahku dengannya hanya seinci.
Jantungku mula berdegup dengan kencang sehingga makhluk di hadapanku ini dapat merasainya."Aku tahu kau memang takut denganku..Aku dapat dengar bunyi degupan jantung kau"katanya sambil menyeringai.Seram.Itulah kata-kata yang terlintas di fikiranku saat ini."Sayangg"panggil ibu yang membuatkan aku rasa lebih lega sedikit.Lelaki itu berhenti menyeringai dan menatapku dengan tajam seolah-olah tidak puas hati dengan diriku."Baiklah kali ini kau selamat,tapi selepas ini tidak..aku akan sentiasa menunggu kau"kata lelaki itu kepada diriku.Aku masih berdiam lalu kakiku melangkah keluar meninggalkan bilik itu dan lelaki itu secepat yang mungkin.
"Ayah mana?"soalku apabila menyedari ayahku tidak menyertai makan tengahari dengan kami."Ayah pegi jumpa dengan kawan-kawan dia..dia tak makan tengahari dengan kita"kata ibuku sambil menghidangkan lauk pauk yang siap dimasak di atas meja.Sementara itu aku menolong ibu menuangkan air dan menghidangkan nasi.Setelah selesai,aku pun menjamu selera makanan yang terhidang."Okay tak rumah ni?"soal ibuku dengan mesra sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan kerana makanan yang ada di dalam mulutku belum dikunyah sehabisnya."Takde nampak apa-apa ke?"soal ibu lagi yang inginkan kepastian dariku.
Aku terdiam sejenak mengingatkan lelaki tadi.Seperti yang dijangka akan berlaku,lelaki itu sedang berdiri di belakang ibuku.Dia menatapku dengan tajam seolah-olah dia juga menunggu jawapan dari mulutku."Sayang?"panggil ibu lagi untuk menyedarkanku dari lamunanku."Ya?ouh..ada memang ada but it's okay ika dah biasa"jawabku sambil tersenyum demi menyenangkan hati ibuku."Alhamdulillah okaylah tu asalkan sayang mesti ingat Allah dan tak lupa doa-doa yang sebelum ni ustaz bagi"ujar ibuku yang menasihatiku agar sentiasa kuat menghadapi makhluk-makhluk tak kasat mata itu."Ya ibu..Ika masih ingat doa-doa yang ustaz bagi tu"kataku yang masih berusaha menyenangkan hati ibuku yang sudah banyak melabur duit membayar ahli perubatan Islam untuk merawatku di saat semangatku tiba-tiba lemah.
Dari situ aku cuba untuk jadi orang yang kuat dan tidak mudah mengalah dengan ketakutan yang ku hadapi.Lelaki British itu tidak berkata apa-apa lagi setakat ini.Dia masih menatapku sehingga aku selesai makan tengahari.
YOU ARE READING
CHARLES
Historical FictionFareeha Zulaikha ialah seorang gadis yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk tak kasat mata.Takdir menentukan dirinya berjumpa dengan Charles James Rowan yang merupakan roh yang sudah lama menderita dan terperangkap di dalam rumah dek kerana...