"Terima kasih Fareeha...Aku rasa bersyukur dapat berjumpa dengan orang seperti kau"katanya setelah selesai.Aku sedar wajahnya kembali terlihat bersih seperti pertama kali ku berjumpa dengannya."Takpe Charles...kau dah banyak tolong aku..budi kau pun aku tak dapat balas dan lagi satu sejak kau ada,hidup aku tak sunyi lagi"jelasku dengan jujur dari hati.
"Sebenarnya kalau diberi peluang,aku sanggup jadi peneman kau untuk seumur hidup"katanya sambil tersenyum."Aku harap begitu tapi..."ujarku yang mulai menyedari sesuatu yang tak akan pernah terjadi."Tapi apa?"soalnya dengan dahi yang berkerut memandangku."Perkara macam tu takkan pernah berlaku sebab kita berbeza alam dan kau tetap akan pergi suatu hari nanti"kataku sambil cuba untuk tersenyum meskipun hakikatnya pahit untuk diterima.
"Tidak..aku tidak akan pernah meninggalkan kau dari hidup aku..Aku tidak akan pergi walaupun jasad aku telah dijumpai nanti"ujarnya dengan nada yang kedengaran serius.Aku memandangnya dan hanya mampu tersenyum lalu berkata"tidak..kau akan pergi suatu hari nanti,kalau bukan kau mungkin aku..semua orang datang dan pergi"kataku yang membuatkan dirinya terdiam dan tertunduk."Ya.. benar.. aku akui kata-kata kau ada benarnya"katanya yang mengakui kata-kataku betul.
Seiring dengan masa yang berlalu,aku dan Charles bertambah rapat.Dia sentiasa ada bersamaku di kala ku suka dan duka.Dia juga sentiasa memberiku motivasi dan kata-kata semangat di saat ku benar-benar memerlukannya.Bukan itu sahaja,dalam masa yang sama aku juga sentiasa berusaha mencari maklumat tentang dirinya untuk dijadikan petunjuk bagi aku menepati janjiku padanya.
"Kau tidak rasa mengantuk?"soalnya kepadaku yang melihat mataku semakin layu namun tetap dipaksakan untuk terbuka demi mencari maklumat tentang dirinya."Takpelah,nanti aku tidur"jawabku yang masih berdegil."Tidurlah,sudah lewat malam ni"ujarnya yang masih menyuruhku untuk tidur."Hmmm..yelah esok pun aku nak kerja gak"ujarku yang mulai akur dengan kata-kata Charles.
Lalu aku bingkas bangun dari kerusi dan pergi ke bilik air untuk memberus gigi.Umpama macam berdosa pulak aku tak gosok gigi sebelum tidur.
Usai sesudah selesai,aku pun mulai membaringkan diri di katil dan mula untuk melelapkan mata.Namun aku tidak dapat melelapkan mata tatkala melihat tatapan Charles ke arah diriku."kenapa?"soalku kepadanya yang masih merenungku tanpa rasa jemu."Tiada...aku merasa tenang melihat diri kau"ujarnya sambil tersenyum tulus kepada diriku.
"Ada-ada jelah dia ni"kataku lalu melelapkan mata.Aku tidak memperdulikan tatapan Charles terhadapku..asalkan aku dapat rehat yang secukupnya untuk bekerja esok.
Charles pov
"She's so beautiful..I can't deny it that i fell in love with her"gumam Charles saat melihat wajah Fareeha yang sedang lena dibuai mimpi.Dia tersenyum sendirian melihat wajah gadis yang telah mencuri hatinya.Dia tidak dapat menafikan bahawa dia adalah seorang lelaki yang tidak mudah jatuh cinta terhadap mana-mana gadis pada masa lalunya.Namun Fareeha lain daripada yang lain.
Malah dia merasa tenang di sisi Fareeha meskipun dia baru sahaja kenal dengannya.Tetapi dia sedar bahawa Fareeha tidak akan dapat hidup bersamanya.Mereka berdua tinggal di alam yang berbeza.Namun begitu,tiada apa yang dapat menghalang cintanya terhadap Fareeha.Dia tetap akan sentiasa ada di sisi Fareeha dan terus melindungi Fareeha meskipun dia tahu dia bakal pergi dari hidup Fareeha suatu hari nanti.
Setelah dirinya sudah tewas dalam genggaman tali kematian itu,jasadnya dibalut dengan menggunakan kain putih dan di bawa ke tempat yang jauh dari tatapan orang ramai.Ramai di antara mereka menangis dan meratap atas kematian lelaki Inggeris itu.Aku hanya mengikuti sekumpulan askar Jepun itu dari belakang.Aku cuba mengamati tempat asing itu untuk dijadikan panduan aku untuk membantu Charles nanti.
Aku mengikuti mereka sehingga mereka tiba di suatu tempat yang agak jauh dari tempat kejadian pembunuhan Charles.Aku menyedari tempat itu adalah hutan tebal yang rimbun dan teduh.Lantas salah seorang dari mereka yang memegang cangkul mula mengorek tanah itu.
Setelah selesai,mereka pun mencampakkan mayat Charles ke dalam lubang yang dikorek tadi.Apa yang membuatkan aku terkejut adalah cara mereka mencampakkan mayat Charles itu.Lubang tu dalam kot,tapi dia main campak macam tu je.Tapi tak hairanlah,askar Jepun kan.Tapi sumpah,aku tak boleh terima dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Charles.Macam mana dengan mak bapak dia?Mak bapak dia tahu ke anak Dorang dikebumikan kat mana?Pasti luruh hati mereka apabila tahu anak mereka diperlakukan sebegini rupa.
"Fareeha?"panggil satu suara yang ku kenal.Suara itu mengejutkanku dari lamunan mimpi."Sudah masuk waktu"ujarnya yang mengingatkanku.
Walaupun tidak seagama,dia tetap mengingatkan diriku untuk solat.Itulah salah satu sifat yang dikagumi olehku.Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan lalu bangun dari katil.Langkahku diatur masuk ke bilik air untuk mengambil air wuduk.
******
Setelah selesai menunaikan solat subuh,aku termenung seketika mengingati tempat yang ku mimpi tadi.Aku berusaha mengamati tempat itu di dalam kotak fikiranku sehinggakan perbuatanku disedari oleh Charles."Fareeha?"panggilnya namun tidak dihiraukan olehku."Fareeha?!"panggilnya sedikit lebih kuat dari tadi agar aku menyedari panggilannya."Uhmm ya??sorry saya tak perasan awak panggil"ujarku yang baru sedar akan panggilannya.
"Kau ada masalah?kalau ada ceritalah"ujar Charles yang bersedia mendengar.Dirinya tampak tidak sabar mendengar cerita dari mulutku sehinggakan matanya tidak lepas memandangku.Aku ketawa kecil lalu berkata"Takdelah...cuma cuba ingat something"kataku yang masih cuba mengamati tempat asing itu."Tentang lelaki?"soalnya dengan spontan yang membuatkan aku ketawa terbahak-bahak.Keningnya mula bertaut lalu terjongket di sebelah.Dahinya berkerut kehairanan melihat perlakuanku.
"Kenapa kau ketawa?"soalnya dengan wajahnya yang mulai serius."Laki mana lak aku nak bayangkan ni?"soalku dengan ketawa yang tidak lekang."Jadi beritahulah"katanya yang mula menarik muka."okay.. fine,aku just cuba nak ingat kat mana tempat yang kau dikebumikan tu"ujarku yang mulai serius dengan perbicaraanku."Cuba beritahu ciri-ciri tempat tu"pintanya yang ingin aku menjelaskan."Tempat tu kat hutan tebal,ia jauh sikit dari berek askar jepun,maksud aku tempat kau kena hukum gantung but aku tak sure tempat tu kat mana then kau ditanam di bawah satu pokok yang besar kat sana"jelasku kepadanya.
Dia hanya diam meneliti setiap bait kata-kataku.Dia terdiam sejenak.Aku pun terdiam menunggu satu dua patah kata yang keluar dari mulutnya.Tiba-tiba mukanya berkerut menahan kesakitan.Dia memegang kepalanya dan mengerang kesakitan."Charles!kau okay tak ni?!"kataku yang cuba mendekatinya.Namun dia cuba menjauhiku dan aku hanya menurut.Namun semakin lama,dia mengerang kesakitan dengan kuat.Aku tiada pilihan,aku pun mendekati dirinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
CHARLES
Narrativa StoricaFareeha Zulaikha ialah seorang gadis yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk tak kasat mata.Takdir menentukan dirinya berjumpa dengan Charles James Rowan yang merupakan roh yang sudah lama menderita dan terperangkap di dalam rumah dek kerana...
