Fareeha Zulaikha ialah seorang gadis yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk tak kasat mata.Takdir menentukan dirinya berjumpa dengan Charles James Rowan yang merupakan roh yang sudah lama menderita dan terperangkap di dalam rumah dek kerana...
"Takdelah pulak setakat ni...kenapa mak cik?"soalku yang ingin tahu kejadian di sebalik rumah itu."Takdelah dik...adik tak tahu ke rumah ni berhantu?"jelasnya separa berbisik."kenapa pulak sampai macam tu?"soalku yang kehairanan."Rumah ni dulu milik keluarga orang British tapi anak lelakinya meninggal dunia diseksa oleh Jepun.. dan sekarang Roh dia tak aman..sebab tulah rumah ni berhantu.. dengar-dengar kan sape2 yang dekat dengan rumah tu pasti takkan duduk lama punya"jelas mak cik itu kepadaku.Charles yang berada di sebelah aku hanya mendengar penjelasan mak cik itu dengan teliti tentang rumahnya.
Charles mula tersenyum nakal setelah mendengar penjelasan mak cik itu.Mungkin puaslah kot dah banyak sakat orang."Ouh yeke...tapi tulah mak cik,setakat ni takdelah pulak saya rasa apa-apa yang pelik tentang rumah tu"kataku sambil tersenyum kepada mak cik itu."Aikk adik langsung takde rasa apa-apa ke?"soal mak cik itu yang kehairanan mendengar penjelasanku."Ya mak cik..setakat saya rasa okay je tinggal kat rumah tu"jelasku lagi.Sekarang aku sudah faham sebab rumah yang ku tinggal ini dijauhi dan ditakuti oleh orang ramai.
"Ouh mak cik saya dah sampai... Assalamualaikum mak cik"kataku kepadanya lalu berlalu pergi diikuti dengan Charles yang setia menemaniku."Waalaikumussalam dik.. hati-hati"katanya sambil memandang ku dengan rasa yang pelik setelah mendengar penjelasanku tadi.Mungkin dia berasa hairan aku satu-satunya penghuni rumah yang masih belum pernah diganggu oleh pemilik rumah banglo tersebut.Aku pun membuka pintu kereta mak cik aku yang lebih dikenali sebagai anty Ana."Sorry anty lambat,tadi anty tolong jaga anak anty"kata Anty Ana yang serba salah padahal dia terlewat seminit dua je pun. "Eh taklah Anty...baru berapa minit je pun anty lewat"kataku sambil tersenyum kepadanya.
Charles tidak lagi memperdulikanku ketika itu,dia hanya memandang ke luar tingkap kereta.Biasalah,lama dah tak keluar dari rumah tu. Tu yang nampak teruja sangat tengok pemandangan kat luar.Sepanjang dalam perjalanan,aku hanya memerhati tingkah laku Charles.Dirinya tersenyum sepanjang dalam perjalanan sambil melihat ke arah luar tingkap.First time,aku tengok dia tersenyum sebegitu rupa.
Jujur aku cakap dia lebih kelihatan tampan ketika tersenyum.Dia menyedari diriku yang melihatnya sejak tadi lalu dia tersenyum dan cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah tingkap kereta semula.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Apa khabar mak kat rumah?sihat?"soal Anty Ana yang tampak bersemangat menghantarku."Alhamdulillah sihat anty,Trisya pulak macam mana anty?sihat?"soalku tentang adik sepupuku yang ku rindui.Rindu pulak bila teringat celoteh budak kecil itu."Alhamdulillah dia sihat je ika...dia ada cakap yang dia rindu nak main dengan ika,nanti ada masa... Ika jenguklah dia"jelas Anty Ana tentang kerinduan anak gadisnya terhadapku. "InshaAllah anty,kalau Ika ada masa..Ika akan jenguk dia"jawabku yang juga merasakan rindu terhadap Trisya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Setelah sampai ke destinasi yang ingin dituju,aku rasa mulai berdebar untuk memulakan hari pertama bekerja kerana hari ini ialah hari pertamaku untuk memulaikan pekerjaan yang ingin ku lakukan.Sebab aku ni seorang introvert jadi wajarlah kenapa aku rasa nervous.Tetapi berbalik pula kepada Charles yang tampak teruja melihat pelbagai bangunan dan kereta yang lalu lalang di sekitarnya."kau hendak pergi mana?"soalnya apabila melihat langkahku menuju masuk ke dalam Cafe."Alah kan aku cakap aku nak kerja"kataku yang mengingatkan dirinya tentang tujuan asalku untuk keluar dari rumah.
Kelihatan dirinya mulai mencebik.Mungkin rasa bosanlah tu bila terpaksa temankan aku bekerja."okaylah aku masuk dulu"kataku yang malas memperdulikan karenahnya kerana aku tahu dia akan ikut juga aku masuk ke dalam Cafe.
Setelah langkahku masuk ke dalam pintu utama cafe itu.Aku melihat sekelilingku.Terasa kekok mulai menjalar dalam diriku. Tambahan lagi dengan keriuhan orang ramai di dalam Cafe itu."Jadi kau hendak buat apa sekarang?"soal Charles yang juga terasa agak kekok dengan keramaian."Ish manalah aku tau"kataku yang separa berbisik kepadanya.Tiba-tiba, ada seorang perempuan yang aku agak mungkin berumur dalam 40an menegurku."Ni cik Fareeha Zulaikha ke?"soalnya."Ya saya"jawabku sambil tersenyum."ouh okay jom masuk sini"kata perempuan itu lalu mengajakku mengikut dirinya.