Serius.Aku memang tak faham apa maksudnya.Aku just tahu ini rumah Sir Rowan.Just that.Tak ada lebih dari itu."kau memang dilahirkan dengan kebolehan ini kah?"soalnya lagi seolah-olah berminat untuk mengetahui tentang diriku."Ya...aku dapat kebolehan ini pun dari nenek moyang aku.Dan yang menariknya,hanya perempuan sahaja yang dapat kebolehan ini setakat ini"jelasku kepadanya."Wah anehnya"ujar lelaki British itu yang kelihatannya terkejut mendengar penjelasanku.
"Siapa nama kau?"soal lelaki British itu."Fareeha Zulaikha tapi kau boleh panggil aku Ika untuk nickname aku"jelasku kepadanya."Fareeha kedengaran cantik"katanya yang memberikan pendapatnya kepadaku."Nama kau?"soalku ingin tahu tentangnya."Charles...itu sahaja yang ku ingat sebelum aku mati"jelasnya sambil cuba tersenyum ke arahku."kau mati sebab apa?"soalku sambil menatap mata birunya yang indah namun terselit penderitaan di sebaliknya."Aku tidak ingat..Aku sedar rumah ini sudah tiada orang"jelasnya lagi.
Aku masih setia memandangnya untuk menunggunya menyambung cerita."Sudah sekian lama,Aku tunggu orang seperti kau"jelasnya lagi yang membuatkan jantungku berdegup tidak keruan.Aku dapat rasakan yang dirinya ingin meminta pertolongan dariku."Mak..maksud kau?"soalku yang berpura-pura tidak tahu."Tolong cari keberadaan jasadku"ujarnya dengan tatapan yang sayu dan berasa pasrah dengan nasib dirinya."Maafkan aku Charles..Aku tak boleh"pohonku untuk meminta maaf dengannya."tapi tolonglah..aku sudah lama menderita"rayunya yang masih belum berputus asa."Aku tidak dapat...maafkan aku"kataku lalu bingkas bangun dari situ dan beredar ke bilik tidurku.Dia hanya merenungku pergi dengan renungan yang sayu.Sungguh dia sudah tidak tahu untuk meminta tolong dengan siapa lagi.
Rasa serba salah mulai menyelimuti diriku namun apakan daya,aku benar-benar tidak dapat membantu dirinya.Bukan kerana aku enggan,tetapi masalah hidupku sendiri pun aku tidak mampu tanggung inikan hendak menolong dirinya yang berbeza alam.Aku cuba memejamkan mata kembali.Tidak lain tidak bukan,aku cuma berharap dirinya bakal tidak menghantui diriku kerana aku tidak dapat menolongnya.
Mimpi
Dirinya yang sudah tidak berdaya untuk melawan tetap sahaja dikerjakan oleh sekumpulan manusia berhati iblis itu.Sungguh kasih sayang yang dia curah selama ini terhadap masyarakat tanah Melayu akhirnya memakan dirinya kembali.Disebabkan perasaan iri hati yang tertanam dalam diri pemuda melayu yang lain terhadap dirinya.Ada di kalangan mereka sanggup menjadi tali barut askar Jepun demi melihat dirinya sengsara sedemikian rupa.Dirinya diikat dan dipaksa menjawab soal jawab yang diberikan meskipun dirinya sudah terlihat lemah tanpa daya.
Aku yang melihatnya berasa takut dan kasihan dengan azab seksaan oleh sekumpulan manusia berhati iblis itu."Honto no koto o itte kudasai!!!(beritahu saya kebenarannya)"tengking pegawai atasan Jepun yang lebih dikenali sebagai Tuan Hiroto."Tell me the truth"kata seorang penterjemah yang berhampiran."I don't know!!"jawab Charles dalam nada yang tinggi meskipun dirinya sudah tidak berdaya untuk bersuara.Badannya semakin susut akibat seksaan yang diterima.Pipinya juga semakin cengkung dengan luka dan parut yang masih berdarah.
Hiroto memberi isyarat kepada tukang sebat di belakang Charles untuk memberi sebatan lagi.Seperti yang diarahkan,tukang sebat itu pun memberi pukulan sebatan kepada Charles tanpa henti.Charles menjerit kesakitan.Jeritan itulah yang menjadi lagu-lagu harian tentera Jepun dan tahanan-tahanan yang lain.Jeritan Charles memenuhi ruang bilik penyeksaan itu.Kulit belakangnya terkoyak dan berlumuran darah yang menyebabkan kudratnya sudah tidak mampu menanggung seksaan dunia yang menyakiti dirinya secara berterusan.Akhirnya, dirinya rebah dan tidak sedarkan diri.Jeneral Hiroto terlihat tidak puas hati lalu memijak kaki Charles untuk menyedarkan Charles.Namun Charles masih tidak sedarkan diri.Dia pun mengarahkan pembantu peribadinya,Yamada untuk memeriksa denyutan nadi Charles.Denyutan nadi Charles masih ada cuma Charles sahaja yang masih tidak sedarkan diri akibat terlalu banyak seksaan yang diberikan.Maka,Jeneral Hiroto pun mengarahkan anggota askar Jepun yang lain untuk membawa Charles kembali ke penjaranya.
Tanpa disedari,air mataku mengalir keluar melihat dirinya diseksa tanpa belas kasihan atas pengkhianatan yang dilakukan oleh orang-orang yang iri hati dan anti akan bangsa berkulit putih.Ya,aku akui Charles adalah bangsa penjajah tapi dia tidak seharusnya disamakan dengan golongan penjajah dan orang kulit putih yang lain.Dia juga patut mendapatkan layanan yang baik daripada orang-orang tempatan.
ANDA SEDANG MEMBACA
CHARLES
Historical FictionFareeha Zulaikha ialah seorang gadis yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk tak kasat mata.Takdir menentukan dirinya berjumpa dengan Charles James Rowan yang merupakan roh yang sudah lama menderita dan terperangkap di dalam rumah dek kerana...
