Chapter 11: Tetamu

42 4 4
                                        

       Belum sempat aku ingin mendekati dirinya,lampu berkelip-kelip lalu terpadam begitu sahaja.Aku menjadi semakin panik dan aku cuba untuk mencari torchlight di sekitarku."IKA"laung ibuku dari ruang tamu.Tapi aku pula sibuk meraba-raba benda di sekeliling untuk mencari torchlight.Setelah aku rasa telah menjumpainya,aku pun menyuluhkannya dan cuba mencari Charles pada masa yang sama.

       Namun kelibatnya telah hilang."Charles!!"panggilku namun dirinya masih tidak kelihatan.Aku semakin tidak keruan apabila dirinya hilang lagi.Tiba-tiba,ada satu cahaya yang terang datang entah dari mana menusuk ke mataku.Mataku terasa silau dan aku cuba menutup mataku menggunakan tangan.

       Terasa kedua-dua lenganku direntap dengan kasar dari belakang.Aku terkejut lalu membuka mata yang ku tutup tadi untuk melihat ke arah kedua-dua lenganku yang direntap tadi.Apa yang membuatkan diriku terkejut,dua orang lelaki berpakaian seragam tentera Jepun sedang menarik lenganku dengan kasar lalu membawaku ke arah lubang yang berdekatan.

       Rasa takut bercampur aneh, bagaimana mereka boleh nampak aku?Aku rasa selama ini mereka tidak pernah dapat melihatku.Dan,di dalam lubang yang tepat berhadapan denganku,ada satu jasad yang dibaluti dengan kain putih dan berlumuran darah di bahagian kepalanya.Aku menjerit sekuat hati untuk meminta tolong kepada sesiapa sahaja dan dalam masa yang sama diriku meronta-ronta minta dilepaskan.

     Namun belakangku ditendang dari belakang oleh salah satu askar Jepun tersebut sehingga menyebabkan tubuhku hilang kawalan lalu jatuh terperosok ke dalam lubang tersebut sehingga wajahku tersembam ke arah bahagian yang berlumuran darah itu.Bau hanyir darah yang pekat menusuk ke dalam rongga pernafasanku sehingga hampir membuatkan diriku loya.

     Tetapi situasi ini membuatkanku teringat tentang mimpi yang ku mimpi waktu subuh tadi.Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak,jariku diatur untuk membuka kain putih itu untuk melihat tubuh di sebaliknya.Alangkah terkejutnya diriku apabila melihat wajah Charles yang pucat dan tampak menakutkan itu.Matanya terbeliak dan mulutnya ternganga mengeluarkan darah merah kehitaman yang pekat dan berbau hanyir.Diriku tidak dapat terkawal tatkala melihat rupanya yang menakutkan itu yang tewas dengan cara mengerikan.

     "ARGHHHH"aku menjerit kali ini lebih kuat daripada tadi.Aku cuba untuk keluar dari lubang itu namun ia tidak berguna.Jariku yang ku gunakan untukku panjat keluar dari lubang itu dipijak oleh salah satu tentera Jepun itu sehingga menyebabkan diriku terjunam kembali ke dalam lubang itu.Akhirnya aku ditembak diriku tidak sedarkan diri.

**********

     Umpama diberi peluang untuk hidup buat kali kedua,aku terbangun dari mimpi yang ku sangkakan nyata tadi.Jujur aku katakan,mimpi itu benar-benar tampak nyata sehinggakan aku benar-benar fikir bahawa diriku sudah meninggal dunia."ika?"panggil ibu yang baru menyedari aku tersedar dari tidurku."Ika okay?"soal ibu yang tampak risau akan diriku.Aku hanya mengangguk-angguk sambil menyeka keringat yang membasahi dahi ku sejak tadi.

     Sumpah bilik aku ni dah kira sejuk and aircond pun masih terbuka lagi dengan suhu yang mencecah 16 darjah celcius tapi aku boleh berpeluh sampai macam ni?Mimpi itu benar-benar memberi kesan terhadapku."Nah telan ubat ni"ujar ibu yang memberi 2 biji pil dan air putih kepadaku."Eh kenapa bu?"soalku yang hairan kerana tiba-tiba disuruh telan ubat."Ika tau tak yang Ika pengsan tadi,jadi ibu rasa Ika tak payah kerja lah hari ni"terang ibuku.

      Aku terdiam dan masa yang sama berasa hairan dan pelik."Aku pengsan?bila masa?"gumamku di dalam hati."Time blackout tu,ibu baru je nak naik nak tengok Ika tapi tengok-tengok je Ika dah terbaring atas lantai"jelas ibu lagi.Aku semakin mengerti mengapa keadaan sedemikian tadi terjadi."Ika rehatlah dulu ye,tak payah kerja hari ini okay..ibu nak masak dulu"kata ibuku lalu melangkah keluar dari bilikku.

CHARLESTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang