Chapter 8:Dia Pelindungku

20 4 0
                                        

Maka bermulalah hari pertama aku bekerja di cafe tersebut.Aku menjadi pelayan di cafe itu dan Charles pula kulihat kelihatan bosan berada dalam Cafe itu.Dia menungguku dengan setia sehingga diriku habis bekerja."kau sudah selesai?"soalnya dengan wajah yang datar kepadaku.Jam sudah menunjukkan pukul 10 tepat malam.Maka,masa bekerja ku telah tamat."Ya,aku dah habis,jap lagi aku siap nak balik" kataku kepadanya sambil menyusun gelas-gelas di dapur Cafe itu."Kau letih?"soalnya dengan prihatin terhadap diriku."Bolehlah,biasalah kan hari pertama bekerja"kataku sambil memandang ke arah wajahnya.Mata birunya memandang tepat pada wajahku.

"Kenapa kau pandang aku cam tu?"soalku yang mulai tidak keruan dengan tatapannya yang agak memesona.Gila pula rasanya tercrush dengan hantu ni."Tiada apa-apa... kelihatan kau seperti letih"katanya lalu memandang ke arah lain dengan wajah datarnya."ouh okay...aku dah siap,aku nak singgah di 7 eleven dulu"kataku yang mulai berasa haus."Tempat apa itu?"soalnya dengan dahi yang berkerut."Alah nanti kau tau jugaklah tu..kau ikut je aku"kataku yang terasa lucu melihat wajahnya yang kehairanan itu.

Dirinya hanya setia mengikuti diriku sejak tadi.Tiba-tiba kedengaran suara sekumpulan lelaki ketawa antara satu sama lain di suatu lorong yang ingin ku lalui.Langkahku terhenti secara tidak sedar.

Charles yang melihat keadaanku segera bertanya "kau takut?"soalnya yang seakan-akan mengetahui perasaanku.Aku mengangguk tanda mengiyakan.Aku mulai cuak dan pada masa yang sama aku teringat masa kelamku yang masih menghantuiku saat ini.

6 tahun yang lalu

Aku tak tahu nak cakap apa.Aku hanya mampu menangis dan terus menangis di dalam bilik air.Kenapa manusia begitu kejam dengan diriku?Apa salah aku?Apa yang telah ku lakukan kepada mereka sehingga mereka begitu sanggup memperlakukanku sedemikian rupa.Maruahku.Seolah-olah tiada harganya."Sayang,bagi ibu masuk sayang"rayu ibuku yang begitu risau akan diriku pada saat itu.Dia merayu untuk aku membukakan pintu untuknya.

Aku hanya diam dan tidak mampu menjawab.Tubuhku disentuh sesuka hati tanpa kerelaanku malah aku diugut sekiranya aku memberitahu kebenarannya.Orang itu adalah guru kelasku sendiri.Tidak sangka bukan?Guru yang ku sayangi dan menganggap dirinya begitu memperdulikanku akan melakukan perkara ini kepada diriku.Semuanya bermula sejak dia memanggil diriku untuk membantunya di kelas saat kawan-kawan sekelasku yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing.

Aku tidak berfikir apa-apa pada waktu itu melainkan untuk membantu meringankan beban kerjanya tapi ini yang dia balas kepada diriku.Aku mulai berhenti percaya pada sesiapa sejak dari kejadian itu.Malangnya,nasibku tidak terbela sehingga sekarang kerana orang yang bertopengkan syaitan itu menafikannya dan tidak ada bukti yang sahih.Hanya kerana statusnya sebagai pendidik dan dirinya begitu dipercayai oleh penghuni sekolah.Keluargaku tidak menyalahkan diriku malah mereka memutuskan untuk memindahkan aku di sekolah lain.

     "Ikut aku"kata Charles yang menyedarkan lamunanku lalu mengenggam pergelangan tanganku.Aku terkejut akan tindakannya namun aku tidak tahu mengapa,aku hanya membiarkan dirinya memegang pergelangan tanganku meskipun tanpa keizinanku.Dingin.Itulah yang kurasa saat dia menggenggam pergelangan tanganku tapi logiklah sebab dia roh dan sudah meninggal dunia.Dia menarikku dan membawaku melangkah ke hadapan.

    "Piwittt"kata salah seorang lelaki yang berada di lorong itu kepadaku.Aku mulai berasa takut dan secara tidak sedar tangan kiriku mulai memaut lengan Charles.Namun kawan yang berada di sebelahnya segera memberikan isyarat kepadanya agar lelaki itu tidak berterusan mengangguku."kau ni janganlah,kau tak nampak ke laki dia kat sebelah dia tu?Mampus kita nanti"kata salah seorang lelaki itu."Dorang boleh nampak Charles?"gumamku sendirian sambil melihat wajah Charles yang mulai berubah menjadi datar dan dingin.Tatapannya begitu tajam dan tegas.Cukup untuk membuatkan orang gerun kepadanya.Berbeza daripada dirinya yang sebelum ini.

CHARLESTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang