Fareeha Zulaikha ialah seorang gadis yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk tak kasat mata.Takdir menentukan dirinya berjumpa dengan Charles James Rowan yang merupakan roh yang sudah lama menderita dan terperangkap di dalam rumah dek kerana...
Seperti yang dijangka,aku bermimpi lagi.Aku tersedar dari mimpi tentangnya.Air mata membasahi pipiku sedari tadi.Aku terdiam buat seketika lalu mataku meliar mencari kelibat Charles.Namun aku masih tidak dapat menjumpai dirinya.Adakah dia tersinggung denganku?Aku mulai berfikir sejenak,mungkin aku boleh cuba menolongnya tapi aku tidak menjanjikan kepada dirinya bahawa usahaku ini akan berhasil dan membuatnya bebas dari segala penderitaan yang dia tanggung selama ini.
Kakiku melangkah keluar dari bilik untuk mencari kelibat ibuku."ibumu sudah keluar"kata satu suara yang tidak asing di pendengaranku.Aku menoleh ke arah pemilik suara itu.Charles seperti biasa akan berdiri di sudut yang berdekatan dengan tingkap.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aku memberanikan diriku datang mendekatinya yang masih memandang tingkap sejak tadi."Aku sudi nak tolong kau"kataku yang membuatkan dirinya menoleh memandangku lalu tersenyum."Tapi..aku tak janji usaha aku akan berhasil"jelasku lagi yang memintanya untuk mengetahui dan memahami.Dia hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum.Jujur aku cakap wajahnya tampak lebih bercahaya ketika dia tersenyum.Mungkin dia betul-betul gembira kot aku sudi tolong dia.
"Okaylah aku nak siap dulu"kataku seraya meninggalkan Charles bersendirian di ruang tamu."Kau hendak pergi mana?"soalnya ingin tahu lalu mulai mengekoriku dari belakang."Keluar...cuba cari kerja sampingan"jawabku acuh tak acuh sambil mencari baju yang bersesuaian di dalam almariku."Perempuan seperti kau tidak seharusnya bekerja"kata Charles lagi.Dahiku berkerut dan aku memandangnya dengan penuh tanda tanya."Kenapa pulak?"soalku sambil menunggu kata-kata yang seterusnya keluar dari mulutnya."Bukankah perempuan seharusnya di rumah sahaja?Dan hanya lelaki yang bekerja di luar mencari pendapatan?Tidak begitu?"soalnya dengan wajah yang polos yang membuatkan aku ketawa kecil mendengar penjelasannya.
"Mengapa kau ketawa?"soalnya yang tampak hairan dengan tindakanku yang mentertawakannya."Zaman sekarang perempuan pun boleh kerjalah.. Bukan laki je boleh"jelasku lalu aku tertawa lagi melihat reaksinya yang seolah-olah tertanya-tanya."Sungguh pelik zaman sekarang"ucapnya yang masih kebingungan."Bukan zaman dulu pun ada perempuan bekerja jugak ke?"soalku yang agak pelik dengan penjelasannya."Ya memang.... tapi jarang sekali berlaku.. kebanyakan hanya lelaki"terangnya kepadaku."Patutlah..nasib aku tak lahir zaman tu"bisikku namun masih dapat didengar oleh Charles hanya tertawa kecil mendengarnya.
Setelah selesai bersiap,aku mengenakan wangian yang biasa ku pakai.Hanya wangian itu sahaja yang sesuai dengan diriku.Wangian yang lain acap kali membuatkanku mual tanpa sebab."izinkan aku mengikutimu"pinta Charles yang muncul secara tiba-tiba di bilikku."kau ni buat aku terkejutlah, tiba-tiba je masuk"kataku yang agak kesal dengan sikapnya yang tiba-tiba muncul.Seolah-olah aku tiada privasi."maafkan aku Fareeha"ucapnya yang serba salah."okay takpelah...ni kenapa tiba-tiba nak ikut"soalku yang masih menggayakan tudung untuk pergi memohon kerja pada hari ini.Aku sudah memohon kerja kat satu Cafe ni sebelum aku pindah ke sini.Saja buat perancangan awal.Kebetulan mak cik aku tinggal berdekatan di sini,jadi dia tahu lah jugak tempat kerja yang kosong."Bosan"balasnya sepatah tapi sudah cukup ku fahami."Sebelum ni tak pernah keluar ke?"soalku lagi yang dapat mengagak dia tidak pernah keluar dari rumah.
Dia hanya menggelengkan kepala tanda menidakkan."okay kau boleh ikut aku tapi dengan syarat"kataku sambil tersenyum kepadanya."Apa syaratnya?"katanya sambil menunggu jawapan dariku."kau jangan bawa aku bercakap,sebab nanti orang pandang aku pelik"ujarku kepadanya."Baiklah syaratmu akanku turuti"kata Charles sambil tersenyum sambil menunduk hormat kepadaku.Aku hanya tertawa melihat tindakannya.
Dia setia mengekoriku sehingga kakiku menjejak keluar dari pintu rumahku.Aku pun mengeluarkan telefon pintarku dari poketku dan mula menghubungi mak cikku yang kebetulan tinggal berdekatan dengan kawasan kejiranan rumahku untuk menumpang keretanya.Sementara sedang menunggu bersama Charles, tiba-tiba ada satu suara memanggilku.Aku cuba mencari arah suara tersebut."dikk"panggil suara seorang wanita.Aku pun memandang ke arah wanita yang baya ibuku itu lalu cuba mendekatinya diikuti dengan Charles."ya?kenapa mak cik?"soalku kepada mak cik yang berdiri di hadapanku."Mak cik cuma nak tanya,adik tak rasa apa-apa ke tinggal kat rumah tu?"soalnya yang seolah-olah takut untuk bersuara kerana jarak aku dan dia hanya beberapa meter dari rumah itu.