Fareeha Zulaikha ialah seorang gadis yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk tak kasat mata.Takdir menentukan dirinya berjumpa dengan Charles James Rowan yang merupakan roh yang sudah lama menderita dan terperangkap di dalam rumah dek kerana...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Keesokannya..
Seperti hari-hari biasa,aku akan bangun awal seawal pukul 5 pagi untuk menunaikan solat fardhu subuh.Setelah selesai,aku akan bersiap-siap untuk pergi kerja.Dan,seperti biasa Charles akan sentiasa mengikuti aku ke mana-mana sahaja."Eh kau tak nak pegi keluar mana-mana ke?"soalku kepadanya kerana selalunya dia takkan stay lama-lama kat Cafe sebab bosan.
"Tidak,aku rasa hendak ikut kau sahaja"ujarnya jujur."ouh okaylah kalau camtu,jangan je kau bosan nanti"jawabku sambil tanganku mengambil buku nota kecil untuk menulis pesanan pelanggan yang datang.
"Selang beberapa minit kemudian,pintu Cafe dikuak oleh seorang ibu dan anak lelakinya.Aku pun mendatangi ke arah mereka sambil membawa buku nota kecil dan buku menu.Setelah sampai ke arah meja mereka,aku menghadiahkan senyuman kepada mereka lalu memberi mereka berdua buku menu.
Sambil-sambil itu aku menunggu sejenak sebelum mereka membuat pesanan.Namun begitu,anak lelaki di sebelah wanita itu terus-menerusan merenung ke arah Charles."Mak,ada orang putihlah kat sebelah akak tu,hensem pulak tu" ujar budak lelaki itu dengan jujur kepada emaknya.Aku hanya tersenyum kepada emaknya yang mulai tersenyum kelat.
Ya,aku tahu budak lelaki itu ada kebolehan sepertiku untuk melihat makhluk-makhluk tak kasat mata."Yekee?"ujar emaknya yang seakan-akan berpura-pura teruja and excited melayan karenah anaknya.Mungkin untuk menjaga hati anaknya."Ye mak,dia tinggi betul"ujarnya dengan lebih excited lagi."ouh hahaha maaflah sis..dia dari kecil dah dapat kurniaan macam ni"katanya yang tampak serba salah.
Maybe dia takut aku judge anak dia as pelik.But not for me,aku pun ada kelebihan yang sama.Charles yang ada di sebelahku hanya tersenyum ke arah budak lelaki tu.Budak lelaki itu turut membalas senyuman yang dilemparkan oleh Charles."Mak,dia senyum kat kitalahh"ujarnya dengan gembira.Mungkin budak ni tak tahu kot yang Charles ni bukan manusia.
Yelah,Charles ni bukan macam makhluk tak kasat mata yang lain yang menampakkan sisi buruk mereka.
Setelah selesai membuat pesanan,aku pun beredar diikuti dengan Charles yang setia mengikutiku.Then,aku hantar pesanan tadi ke arah Kak Rina kat dapur Cafe.Sementara menunggu pelanggan lain masuk je Cafe,aku pun duduk di meja kaunter pembayaran."Comel bukan budak lelaki tadi?"kata Charles sambil tersenyum.Aku memandangnya dengan senyuman yang senget lalu berkata"memanglah comel,tapi kau tu dah buat mak dia tak selesa"ujarku jujur kepadanya.
"Mengapa kau cakap sebegitu?"soalnya dengan alis lebatnya yang bertaut.Aku menghela nafas lalu menjawab"Aduh..kau ni,budak tu kan macam aku..boleh nampak apa yang manusia lain tak nampak and kau faham-fahamlah apa yang mak dia rasa bila tiba-tiba anak dia tegur tentang kehadiran kau"jelasku kepadanya dengan muka innocent dia yang blur tu.Geram pulak aku tengok dia ni masih tak faham.
Tapi akhirnya,dia faham dan mengangguk."Fareeha?Fareeha cakap dengan sape tu?"tegur anty Haniz Aka owner Cafe tu."ouh takde,saya cakap sorang-sorang...hehehe,saya memang macam ni kadang-kadang"ujarku sambil tersenyum kelat kerana kantoi berperlakuan seperti orang gila.Charles yang ada di sisiku menutup mulutnya menahan tawa.
"Ouh,hahaha okay but ada orang nak jumpa dengan Fareeha"ujar Anty Haniz lalu pergi meninggalkanku.Aku pun pergi mencari keberadaan orang tersebut.Namun yang peliknya,Charles tidak lagi mengikutiku.Aku tidak memikirkan keberadaan Charles saat itu dan terus mencari keberadaan orang yang hendak berjumpa denganku."Miss Fareeha?"tegur satu suara lelaki dari belakangku.
Tapi yang pasti itu bukan suara kepunyaan Charles.Aku menoleh memandang ke arahnya."Encik Azriel,terkejut saya..ada apa encik cari saya??"soalku kepadanya.Bibirnya mengukir senyuman manis lalu berkata"Takde,saje je cari awak..ingat nak makan sama-sama"ujarnya dengan matanya tidak lepas memandangku sedari tadi.Segan pulak aku dibuatnya.
"Uhm..tapi masa rehat saya pukul 10:30 pagi"jelasku kepadanya.Terbit riak wajah kesalnya kerana dia perlu menunggu 2 jam lagu sebelum nak pukul 10:30."okay wait"katanya lalu berlalu pergi ke arah kaunter."Eh awak nak gi mana?"soalku lalu mengekorinya dari belakang.Dia tidak menjawab malah menyuruh Shafiq,salah satu pekerja di cafe itu untuk memanggil Anty Haniz.
"Ye ada apa yang boleh saya bantu?"soal Anty Haniz kepada Azriel. "Boleh saya pinjam dia sekejap tak?ada hal penting yang kami mesti selesaikan for today"ujarnya dengan pandangan yang mengharap.Mataku membulat kerana dia boleh-boleh tipu majikan aku semata-mata nak keluar dengan aku?"Ouh yeke,kalau camtu boleh lah"ujar Anty Haniz yang mempercayai kata-kata Azriel.
Azriel memandang ke arahku."Dah jom"ujarnya yang menyuruh aku mengikutinya."Encik nak bawa saya pegi mana ni?"soalku dengan suara separa berbisik."kita lunch..cuz lepas ni saya busy and tak tau bila ada masa nak jumpa awak"jelasnya dengan selamba.Aku hanya tersenyum tipis dan pada yang sama aku teringat akan Charles.Dia ada di sebelahku saat ini.Mendengar segala perbualanku dengan Azriel.
Wajahnya hanya datar dan dingin.Pasti dia cemburu.Dia tidak memandangku saat ini, seolah-olah dirinya begitu membenci Azriel dan diriku boleh-boleh mudah menerima ajakan Azriel untuk keluar bersama.Aku merenung wajah Charles dalam tempoh yang lama sehingga Azriel menyedari perlakuanku.
"Fareeha?"panggil Azriel.Apabila tersedar,aku menoleh kembali ke arah Azriel."Awak tengok apa tu?"soalnya sambil cuba melihat ke arah ruang yang ku lihat.Namun dirinya tidak nampak apa-apa melainkan hanya dinding kosong."ouh hahaha takde..uhm so kita nak makan kat mana?"soalku yang cepat-cepat mengalih topik perbualan."ouh tu awak ikut je saya"jawabnya lalu berjalan mendekati ke arah pintu utama Cafe itu.
Namun secara tiba-tiba pintu itu terbuka secara mengejut dan terhempas dengan kuat.Sebenarnya perkara itu berpunca daripada Charles.Dia membuka dan menghempas pintu tersebut lalu beredar menghilang dari pandanganku.Azriel yang dihadapanku memandang ke arah dengan wajah yang tampak terkejut dengan kejadian tadi."mungkin angin je kot"ujarnya yang seolah-olah mahu menyedapkan hatiku walaupun dia sendiri dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.Aku hanya tersenyum kelat ke arahnya.Fikiranku masih tidak lekang tentang dirinya.Mesti dia betul-betul marah kan?Aku nak buat apa ni?Aku pun bukan pandai pujuk orang sangat.
Sepanjang dalam perjuangan tu,aku hanya mendiamkan diri dan merenung ke luar tingkap.Sebenarnya fikiranku masih tidak lekang dari memikirkan akan dirinya seolah-olah aku berasa bersalah terhadap dirinya.Azriel yang menyedari diriku diam sedari tadi mulai menegurku."Awak okay ke?"soalnya sambil tanganya leka menggenggam stereng kereta."Hah?ouh..hahaha saya okay je kenapa?"jawabku yang menipu dirinya sambil tersenyum tipis.Bukan apa,aku tak naklah dia fikir bukan-bukan tentang aku.
"Awak kalau ada masalah bagitau je lah,i don't mind to hear that"ujarnya yang kedengaran prihatin akan keadaan diriku.Aku masih berdiam dan tidak tahu hendak jawab apa.Blur sekejap.Pandanganku hanya tertumpu ke bawah dan tanpa disedari kakiku juga tidak pandai duduk diam.
Azriel yang menyedari aku tidak memberi respon mulai memandang ke arahku kembali."hmm i'm sorry if i look alike a busybody person,bukan apa..i just worry about your situation right now"katanya yang berasa bersalah yang seolah-olah memaksa gadis di sebelahnya untuk menceritakan kisah hidupnya."Sokay no need to worry about me,i memang macam ni..biasalah orang introvertlah katakan and at the same time first time keluar berduaan kenal-kenal orang baru,tu yang nervous sikit"tipuku lagi yang enggan membuatku dia rasa serba salah.
"Hahaha i see,ingat apa lah tadi..nahh it's doesnt matter i got it because saya pun pernah ada kawan introvert macam awak"jelasnya sambil meneruskan pemanduannya.Aku pula hanya tersenyum tipis mendengar jawapannya.Nasib dia tak negative thinking tentang aku.
Im sorry if late update lately busy dengan assignment 😅but i akan usaha cari masa untuk update