"Eh anty dah datanglah"kataku lalu mengemas barang-barangku yang ku letak berhampiran denganku sebelum memasuki kereta."Sorry Ana,tadi jalan jammed"ujar Anty Ana yang berasa serba salah sekali lagi atas kelewatannya mengambilku pulang."Eh sokaylah anty...Ika boleh je tunggu anty"kataku yang memaafkan
kelewatannya."So far macam manalah kerja hari ni?okay?"soal anty Ana."Alhamdulillah so far okay Anty"kataku yang mulai merasa mengantuk lalu menyandar kepalaku."Alhamdulillah okaylah macam tu"kata Anty Ana yang fokus pada pemanduannya.Aku memandang ke arah Charles yang melihat ke arah luar tingkap kereta.Wajahnya hanya datar tanpa segaris senyuman.Aku tidak dapat meneka perasaannya saat ini.Mungkin masih memikirkan tentang nasib dirinya?Aku berasa simpati dengan nasib dirinya dalam masa yang sama.Aku terfikir,adakah aku mampu menolongnya?Sedangkan beban yang ada dalam diriku pun tidak mampu ditanggung.
Jalan raya pada malam hari itu begitu sesak.Semakin lama mataku kian memberat dan kian layu.Namun dalam masa yang sama,aku juga tidak tenang untuk melelapkan mata dengan melihat wajah Charles yang mulai muram.
Tidak lama kemudian,perhatianku tertarik tatkala senyuman di bibirnya mulai mekar sambil melihat ke arah luar kereta.Aku mencari punca yang membuatkan Charles tersenyum.Rupa-rupanya,ada seorang budak perempuan yang berusia sekitar 4 hingga 5 tahun sedang memandang menghadap ke arah tingkap kereta.Tepat bersebelahan dengan kereta mak cik aku.Budak itu tersenyum ke arah Charles.Charles juga membalas senyumannya dengan hati yang senang.
Mungkin budak tu pun ada kelebihan macam aku.Budak itu melambai ke arah ku lalu Charles menoleh dan memandangku yang berada dekat dengan bahunya.Dia tersenyum ke arahku dan hatiku mulai tidak keruan melihat wajahnya dari jarak yang dekat.Belum pernah aku sedekat dan serapat begini dengan seorang lelaki.
Aku dan Charles selamat tiba ke rumah pada pukul 11:50 malam.Aku melangkah ke pintu rumah diikuti Charles dari belakangku.Aku mengetuk pintu rumahku diiringi dengan salam."Assalamualaikum,ibu..Ika dah balik ni"ujarku dari luar."Waalaikumussalam"sambut ibu dari dalam lalu membukakan pintu untukku.
Setelah membukakan pintu,ibu cuba menolongku mengangkat barang-barang yang berada dalam genggamanku."Eh takpa bu..tak banyak pun barang-barang ni"kataku yang tidak mahu ibu bersusah payah menolongku."Ika kan penat..Ika rehatlah dulu..tu ada air kat atas meja"kata ibu yang masih berkeras untuk menolongku sambil mengambil barang-barang yang ku bawa dalam genggamanku.
Aku hanya menurut kata ibu lalu mengambil segelas kopi yang sudah sedia ada di atas meja.Lalu aku meneguknya perlahan-lahan.Dalam masa yang sama,aku mulai mencari kelibat Charles yang ku sedari tidak ada disampingku."Ika cari apa tu?"soal ibu yang kehairanan melihat perlakuanku."Uhmm..takde,Ika tengok-tengok je..makin kemas rumah ni"bohongku sambil tersenyum.Lebih baik daripada memberitahu perkara sebenar.
"So macam manalah first day kerja?"soal ibuku lagi yang sudah mengambil tempat untuk duduk bersebelahan denganku."Bolehlah..cuma Ika rasa kekok sikit dengan orang ramai"akuiku dengan situasi sebenar yang ku hadapi."Takpelah tu..lama-lama nanti Ika biasalah tu jugak"kata ibu yang cuba menyedapkan hatiku.Aku hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum."Nanti naik atas jangan main phone pulak...mandi dulu,Ika tu dari luar"pesan ibu yang mengingatkanku."Ye ibu"jawabku akur.Setelah air di cawan habis diminum,aku pun segera naik ke atas untuk mencari kelibat Charles.Dari tadi kelibat dirinya tidak kelihatan di pandanganku."ke mana dia pergi eh?"gumamku sendirian di bilik.Namun waktu tu,aku tak nak buang masa jadi aku pun pergi membersihkan diri terlebih dahulu sementara menunggu kelibat dirinya muncul semula.Lantas aku mengambil tuala mandiku lalu melangkah masuk ke bilik air.
15 minit kemudian,aku pun selesai membersihkan diri.Setelah selesai,aku melangkah keluar dari bilik air dan mataku masih meliar mencari kelibat Charles.Namun dirinya masih tidak kelihatan di pandanganku.Agak pelik.Sebab dia tidak pernah hilang secara tiba-tiba dari pandanganku."Charles?"panggilku.Masih tidak ada tanda-tanda dirinya akan muncul.Aku cuba mengenakan pakaian di badan sementara dia belum muncul.
YOU ARE READING
CHARLES
Ficción históricaFareeha Zulaikha ialah seorang gadis yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk tak kasat mata.Takdir menentukan dirinya berjumpa dengan Charles James Rowan yang merupakan roh yang sudah lama menderita dan terperangkap di dalam rumah dek kerana...