APRIL ISABELLE berhati-hati mengatur langkah agar tidak tergelecoh jatuh dengan kasut tumit tingginya itu. Lengan Tengku Arman yang berlapik fabrik itu dipegangnya kerana terpaksa. Datang ke majlis malam ini pun bukan atas kerelaan April sebenarnya.Tengku Arman pun membiarkan saja stafnya itu bergantung hayat padanya. Siapa punya idea lah ni buat dinner kena ada pasangan bagai. Mujur April sudi menemaninya malam ini.
"Tangan you gigil kenapa? You nervous ke April?" Terus April menoleh ke arah Tengku Arman yang kelihatan tenang saja berjalan mencari tempat duduk mereka.
"Er tak-takda lah, nervous sikit je la. Saya mana pernah datang majlis macam ni. Kali terakhir saya datang masa lepas grad dulu" ujar April membuatkan senyuman Tengku Arman terbit.
"Tengku Arman dan Cik April, sini tempat duduknya. Dipersilakan" datang seorang pelayan lelaki yang menyambut kedatangan mereka.
April tersenyum kekok lalu mengambil tempat duduknya di sebelah Tengku Arman.
"Chill April, promise you kita akan stay kat sini sekejap saja. Nanti lepas I tunjuk muka depan Dato' kita balik. Jangan risau, I hantar you depan rumah uncle Habsyar nanti" kata Tengku Arman.
Dari tadi dia perhatikan April, dia tahu ada sesuatu yang berlegar-legar di kepala anak buahnya itu. April nampak cemas namun dia cuba untuk sembunyikan.
"Baik tengku, terima kasih"
"Sama-sama. You pun terima kasih juga jadi bidan terjun I. Kalau Camellia tak ada event harini, memang I paksa dia ikut I. Ini pun amanat dari dia suruh you yang temankan I" April senyum segan.
Camellia itu merangkap tunangan Tengku Arman Rifhan. Kawan kepada April juga.
"Kalau itu kata Milly, saya lega sikit. Saya takut juga kalau kena serang dengan tunang tengku tu. Kawan memang la kawan juga, tapi saya taknak ya jadi punca peperangan meletus" April cuba berseloroh dan ternyata Tengku Arman ketawa.
"I tahu perangai bakal isteri I tu macam mana. Camellia dah letak kepercayaan sepenuhnya pada I dan tak mungkin I sewenang-wenangnya rosakkan kepercayaan tu"
"Beruntung Milly. Tengku pun beruntung juga dapat kawan saya tu. Milly serba-serbi boleh tau!" April mengambil kesempatan menjual minyak bagi pihak rakannya.
"I thought you didn't come, Arman," sapa seseorang saat April dan Tengku Arman sedang berbual.
Masing-masing fokus ke arah lelaki berusia itu. April hanya lempar senyum manis. Tidak kenal pun siapa gerangan lelaki tua itu.
"Kalau Dato' Husni yang buat majlis, mana mungkin I tak datang. Sifu yang dah banyak beri tunjuk ajar pada I" balas Tengku Arman saat berjabat tangan sesama mereka.
Memandangkan kalau April duduk di situ lama-lama pun dia bukan faham sangat bahasa orang kaya berbual. Jadi lebih baik dia meminta diri sebentar untuk ke tandas.
"Miss, lemonade" datang waiter di laluan keluar grand ballroom bersama dulang air. April menyambut suaan air tersebut sekadar mahu membasahkan tekaknya.
"Thanks," ucap April sopan lalu berlalu keluar.
SAYUP-SAYUP kedengaran loceng berbunyi. Syed Qays Jareed tersedar dari tidur yang terlampau lena. Berkerut dahinya memandang keadaan sekeliling yang agak asing. Terasa ruang katil bersaiz super king itu tidak kosong, Qays menoleh ke sebelah. Lagilah dia terkejut.
Seorang wanita yang hanya bersinglet hitam bertali halus sedang tidur pulas tidak sedar apa-apa. Qays bingkas bangun menyelak selimut tebal itu kasar lalu menuju ke pintu yang tidak berhenti diketuk dari dia sedar tadi.
"Ya, ada apa encik-encik ni semua ketuk pintu bilik saya?" Tanya Qays dengan rambut diperkemaskan ala kadar saja tadi.
"Maaf, tapi kami dari Jabatan Agama Islam Selangor dapat laporan bahawa bilik yang dihuni encik ni sedang bersekedudukan tanpa ada ikatan yang sah" kata salah seorang pegawai jabatan yang bersongkok dan memakan vest hitam.
"Hah? Report? Siapa yang buat report tu?" Qays benar-benar tercengang tika itu.
"Maaf encik, maklumat individu yang membuat laporan tu terpaksa dirahsiakan. Boleh izinkan kami buat pemeriksaan bilik sebentar? Cuma nak pastikan laporan yang dibuat adalah benar. Kalau tak ada salah, encik tak perlu rasa takut" kata seorang lagi pegawai yang lebih kurang sebaya dengan Qays.
Rahang Qays menimbul dan bergerak kerana diketap rapat. Siapakah pemilik hati bangkai yang sanggup mengenakan dia sebegini rupa?
"Maaf, tapi sebelum tu izinkan I kemas bilik sekejap. Sungguhpun I didapati bersalah, tapi aib I kena tutup juga kan?" Bidas Qays dalam nada selamba.
Pegawai itu mengangguk dan pintu yang terbuka cuma memuatkan separuh badan Qays tadi ditutup semula. Qays meluru ke arah katil dan merentap kasar tangan wanita yang asyik tidur itu sehingga terduduk.
Dalam keadaan terpisat-pisat wanita itu membuka mata dan memicit pelipisnya. Mata meliar memandang keadaan sekeliling.
"De-dekat mana ni?" Soal April perlahan. Masih dalam keadaan separa sedar.
"Dekat hotel. Kutip semua baju-baju kau, kain kau pergi masuk toilet cepat!" Arah Qays nyaris hilang sabar.
Terkebil-kebil April cuba mengamati wajah lelaki yang agak asing dari ingatan dan penglihatannya itu mamun dia tetap gagal menebak.
"Cepatlah perempuan! Takda masa orang nak tunggu kau!" Qays bertindak mengheret tubuh April kasar dibawa masuk ke dalam bilik air.
"Awh! Sakit...en-encik ni siapa? Ke-kenapa ki-kita...ba-baju saya?" Melihat keadaan dirinya yang serba daif itu terus tubuh April menggigil serta merta. Dia menarik langsir yang terdapat di dalam bilik mandir lalu menutup tubuhnya yang terdedah itu.
"Pakai ni. Duduk diam-diam sampai aku panggil kau keluar. Buat hal, siap kau!" Bathrobe dilempar kasar ke arah April lalu pintu bilik air ditutup kasar.
April Isabelle duduk memeluk lutut dalam keadaan menggigil. Dia takut. Sungguh dia takut. Lelaki itu dia lamgsung tidak kenal. Dan bilik ini...
Ini bilik siapa?
Kenapa April boleh ada di sini?
Walid, April takut...
TBC.
YOU ARE READING
Kau Lupa Janji [C]
RandomQAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siap...