TROLI barangan itu ditolak dari satu bahagian ke satu bahagian. Bahagian snekmringan dituju. Sudah lama April teringin nak makan seaweed pedas itu dan juga keropok mamee monster. Penuh keterujaan April mengambil tanpa ragu-ragu lagi."Jangan melampau sangat membeli tu. Belilah buah ke, makanan yang berzat dan bagus sikit untuk baby" datang satu suara yang berkhutbah persis pakar dietetik.
Wajah April bertukar mencuka melihat paket mamee monster dan seaweed diletakkan semula ditempatnya. Hati ibu mengandung ini terlalu lembut sehinggakan hal yang kecil pun boleh mengundang air mata.
Qays terkejut saat perasan yang April sedang mengelap air mata dengan shawl yang dipakai.
"Lah, hujan pula. Belle, snek ni tak bagus lah untuk baby. Banyak pengawet dan perasa. Boleh tak tahan sikit nafsu makan tu jangan nak main bantai saja semua" pujuk Qays.
"Bukan makan banyak pun. Nak rasa je sebab teringin" ujar April dalam esakan.
"Okay fine, ambik yang pack kecil ni saja. Dah sudah jangan nangis. Dekat supermarket ni" cepat-cepat Qays menarik April ke bawah lengannya lalu membantu menghilangkan sisa air mata.
"Macam mana awak datang sini? Takda life sendiri ke? Saya kan taknak tengok muka awak lagi dah!" Bentak April tiba-tiba. Main-main betul emosi ibu mengandung ni. Sekejap manja, sekejap garang macam singa.
"Datang nak cari barang rumah sikit. Orang tua-tua cakap jangan benci sangat, takut nanti terkenan dekat baby. Kau nak baby ikut muka aku sebiji? Sanggup?" April terdiam lalu membuang pandang ke arah lain.
"Melampau betul beli barang rumah sampai sini. Supermarket dekat KL tu tutup ke weekend?" Wajah April termuncung-muncung macam itik.
"Baby kita dah tahu gender?"
Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Apa masalah lelaki ini sebenarnya. Perut April dipandang tanpa jemu. Aura April sejak mengandung ni terlalu comel.
"He's...a boy" jawab April perlahan. Antara dengar dengan tidak saja.
Qays tersenyum lantas mengangguk. Ya Allah, alhamdulillah terujanya dia.
"Syed Adrish Qaazi" sebut lelaki itu tiba-tiba.
"Hah?" April blur.
"Kalau sudi, letaklah nama anak kita tu Syed Adrish Qaazi. Aku suka nama tu, maksud pun cantik. Kalau kau dah ada pilihan nama yang terbaik, tak apa aku okay je. Erm, bila pula check up baby?" Tanya Qays yang berjalan bersebelahan dengan April.
April diam saja tak ada keinginan untuk menjawab. Apa masalah Qays ni sebenarnya pun dia tidak tahu. Semakin April nak menjauh, lagi melekat Qays dengannya. April tak selesa begini. Mana janji Qays selama ini untuk melepaskan dia?
"Tak apa kalau kau masih bencikan aku. Aku layak dapat layanan macamni. Tapi aku minta bagilah aku peluang"
April senyum sinis.
"Awak sendiri yang menabur janji untuk melepaskan saya selepas awak dapat apa yang awak nak dari saya. Jangan lupa janji Qays" kata April tidak bernada membuatkan Qays diam mengeluh perlahan.
"Aku minta maaf"
"Maaf awak akan diterima selepas awak lepaskan saya" penuh nekad suara itu menjawab. Qays diam sebentar.
"Jomlah teman aku beli barang rumah. Aku tak reti sangat" ajak Qays yang segera menukar topik lain.
CERIA saja April bila diajak berjumpa dengan Camellia. Setelah hampir 2 minggu tidak pulang ke sini, akhirnya ingat juga wanita itu akam dirinya. Sayu pula rasa hati.
Set hamper bayi diberikan pada April memandangkan April dah bagitahu jantina bayinya. Tak sabar nak tunggu anak April keluar. Mesti comel. Tak kisahlah ikut muka bapa ke emaknya ke dua dua ada rupa paras yang menawan. Baik Qays, baik April. Sama cantik sama padan.
"Orderlah apa kau nak makan, harini aku belanja kau" kata April.
"Wah wah! Kaya kau ek sekarang. Okay aku nak lamb grill, cheesy wedges, watermelon longan dengan erm burn cheesecake. Boleh?" Uji Camellia dan April mengangguk tanda dia tidak kisah.
"Tapi macam banyak je, adik erm tak ja—"
"Eh tak apa dik, proceed je order kakak ni. Untuk akak pula akak nak beef steak, mushroom soup set, kek pandan gula melaka ni dengan lemon soda" pesan April.
"Tak ada soda-soda, minum air masak dengan jus buah tanpa gula tambahan saja aku benarkan. Kau tahu tak air bergas tu tak bagus untuk kandungan? Sanggup memudaratkan anak semata-mata nak legakan tekak kau yang tak betul tu?" Sampuk satu suara kedengaran tegas di pendengaran April.
Terus wajah wanita itu berubah mendung. Datangnya Qays dan Tengku Arman di situ disambut baik oleh Camellia namun tidak bagi April. Dia cuma menunduk diam.
"Tapi tak apa miss, proceed je order yang itu cuma I nak tambah satu lagi beef steak dan air jus tembikai less sugar" baiki Qays yang perasan akan riak wajah mencuka si isteri.
April jeling sedikit Qays di sebelahnya. Mahu sangatlah tu pakai kemeja dilipat lengan sampai ke siku. Butang baju pula dibuka di bahagian atas. Nak tunjuk dekat siapa mamat ni?
Siap membuat pesanan, giliran Qays pula memujuk April. Perut April diusap lembut.
"Sorry, tak berniat nak sekat apa yang kau teringin nak makan. Tapi air minuman berkarbonat tu bahaya untuk kandungan. Nak ke sesuatu jadi pada baby hm? Tak sayang baby?" Tanya Qays dalam nada memujuknya dan April menggeleng perlahan sambil menunduk.
"Bisu ke?" Tanya Qays lagi.
"Taknak!" Jawab April tercebik-cebik.
"Kalau taknak dengar la cakap aku. Nak minum boleh tapi sikit je. Buat rasa-rasa. Boleh dengar tak cakap aku?" April angguk lagi.
"Mulut mana mulut April Isabelle?" Qays pandang wajah isterinya itu dalam-dalam.
"Bo-boleh"
Camellia dan Tengku Arman hanya tersenyum melihat kecomelan pasangan itu. Sedingin-dingin Qays pun tetap risaukan isteri. Dan sedegil-degil April pula tetap dengar setiap arahan suami.
"Korang kalau nak tambah ke apa, order je. Aku belanja" kata Qays dan Tengku Arman buat muka tak percaya. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari bak kata orang dulu-dulu.
"Jimat duit kau April" usik Camellia.
April menjeling Camellia di hadapannya itu geram. Seronok nampak tengok dia kena marah.
Eeee!
"Auch bie! April pijak kaki honey" fitnah Camellia dengan nada gediknya.
Membulat besar mata April lagi-lagi saat diperhatikan Qays di sebelahnya. Dia tak buat apa-apa pun difitnah begitu sekali.
"Bunuh je lah aku Milly..." April bernada pasrah dengan gelengan kepala.
"Hehe, gurau je bie. April tak buat pun" Camellia mengangkat jari tanda peace.
Qays tersenyum dan perlahan-lahan tangannya bergerak mendapatkan tangan runcing lembut milik April. Diambilnya tangan wanita itu lalu diletakkan di ata pehanya. Qays kulum senyum melihat riaksi comel si isteri di sebelah.
Ah seandainya dia menerima suratan takdir yang tertulis dan tidak mudah melatah dahulu, tidak wujudlah mimpi ngeri dalam hidup April Isabelle. Dan mungkin, Qays lah yang akan sentiasa berada di samping April seperti pasangan suami isteri di hadapan mereka ini.
Maafkan aku Belle...
TBC.
YOU ARE READING
Kau Lupa Janji [C]
RandomQAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siap...