B A B 17

15.4K 595 23
                                    









PINGGAN yang ditatang Qays itu diambil. Giliran April pula yang menyuap suaminya. April senyum manis sambil menjemput nasi dan juga lauk sebelum disuap ke mulut Qays. Qays mengangguk suka. Enak masakan April walaupun acap kali April membuat pengakuan bahawa dia tidak reti masak.

"Abang makan banyak-banyak tau, supaya abang ada tenaga" pesan April.

"Sayang pun sama, kena makan banyak sikit sebab kena berkongsi dengan Adrish" gurau Qays membuatkan April ketawa terhibur.

"Abang cakap macam anak kita dan ada dekat sebelah" April menyuap Qays lagi sehinggalah suaminya itu menolak untuk berhenti menjamah.

"Nanti Adrish jaga mommy elok-elok tau. Jadi anak lelaki yang bertanggungjawab. Jangan buat mommy pening kepala" pesan Qays sambil memegang perut April. Waktu itu juga anak mereka itu memberi respon sehingga sepet mata April menahan senak.

"Kalau dengan daddy dia, nak tercabut pinggang mommy tau" April mengubah posisi duduknya sebentar. Anaknya semakin aktif nampaknya.

"Esok kita pergi pantai nak tak sayang?" Ajak Qays.

"Nak tu nak la, tapi pantai kan jauh. Saya taknak buat abang penat" tolak April secara halus. Dengan keadaan suaminya sekarang, April memilih untuk berhati-hati.

"Cuba pegang jantung abang" Qays mengambil tangan April lalu ditekapkan di dada kirinya.

"Selagi sayang ada, inshaallah jantung ni akan berdegup macam biasa. Terima kasih sebab jaga abang dengan baik" ucap Qays lembut.

"Suruh Pian yang drive eh esok" cadang April.

"Boleh je, lagipun memang itu kan tugas dia" Qays bermain-main dengan jemari runcing milik isterinya.

"Lagisatu, abang taknak sayang layan abang macam abang akan tinggalkan sayang esok. Nanti lagi berat hati abang nak lepaskan sayang" April mula diam mencuka.

"Jadi jangan lepaskan saya. April kan milik abang sampai syurga. April layan abang macam ni sebab ini tugas April. Sekurang-kurangnya April tak rasa berdosa sangat dengan abang" nada suara April jelas bergetar.

"Sampai syurga ya ada dengan abang?"

"Ya sampai syurga. Tunggu April di pintu syurga tau. Jangan pilih bidadari lain" April cuba bergurau ternyata Qays tersenyum juga

"Inshaallah tak, April Isabelle bidadari abang di dunia dan di syurga kelak. Andai kata di dunia ni sayang berjumpa dengan pengganti yang lebih baik dari abang, abang izinkan" sekilas dia melabuhkan kucupan hangat di dahi April.

"Taknak, April cuma nak abang!" Lengan Qays ditampar.

"Ya lah ya lah, dengan abang je" terus Qays menarik April ke dalam pelukannya.













         APRIL duduk bersandar di dada suaminya. Tersenyum lebar dia saat mendengar degupan jantung Qays yang kedengaran masih normal. Belaian manja Qays di lengannya itu dibiarkan. Dia nak menikmati momen-momen manis ini bersama suaminya.

"Abang ada teka-teki untuk sayang"

April ketawa suka.

"Apa dia? Mengarut tak?" April pun melayan.

"Apa beza sayang dengan kepala paip masjid?" Tanya Qays tengah tahan ketawa. Tadi dia dengar ada pakwe tu bagi punchline, sekarang dia nak cuba pada April pula.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now