B A B 13

15.6K 637 17
                                    









MATA meliar mermerhatikan kawan perumahan dua tingkat yang berada di corner lot itu. Brek tangan ditarik dan dia melucutkan tali pinggang keledar. Syed Aqmar di sebelah terpinga-pinga.

"Kau yakin ini rumahnya?"

"Betul lah kot. Kau tunggu je dalam kereta ni, nak pergi mana-mana dulu pun tak apa. Nanti aku call" pesan Qays sebelum keluar.

"Assalamualaikum," laung Qays hanya sekali dan tuan rumah pun keluar. Lelaki itu terangguk-angguk. Mujur betul rumah yang dituju.

"Ya, cari siapa?" Tanya wanita yang dalam lingkungan pertengahan 50-an.

"Saya nak cari Encik Habsyar dan Puan Ilani" jawab Qays yang tegak berdiri sambil menyembunyi tangan di dalam kocek seluar. Kaca mata hitam kemas tersangkut di batang hidung mancungnya.

"Oh sayalah Puan Ilani tu. Masuklah encik, hari tengah panas ni. Kalau ada perkara yang nak dibincangkan, kita bincang di dalam rumah saja. Suami saya tengah solat sekejap" ajak Puan Ilani dan Qays pun melangkah masuk ke dalam kawasan rumah keluarga mertua rahsianya itu.

"Encik ni siapa? Kawan Akhtar ke?" Tanya Puan Ilani.

"Tak, saya suami April," Qays memberitahu secara jujur. Terus berubah wajah tua itu.

"Ya awak, mana dia orang yang nak jumpa saya tu?" Encik Habsyar yang baru turun berkain pelikat itu lantas menyoal.

"Saya," Qays bangun dan menyalam hormat tangan bapa mertuanya itu.

"Kamu ni siapa? Kawan Akhtar Ilhan ke?" Nah, tadi baru dia sudah menjawab lagi sekali dia ditanya.

"Saya Syed Qays Jareed, suami April" jawab Qays tenang.

"Kalau macamtu baliklah" halau Encik Habsyar terus.

Qays keraskan diri. Dia duduk menghadap bapa mertuanya itu dan berlagak selamba. Kemudian Qays mengeluarkan dompetnya dan dua keping kad dikeluarkan.

"Ini buktinya. April Isabelle binti Habsyar isteri saya yang sah. Nak dekat setahun kami bernikah dan untuk pengetahuan walid dan umi, anak yang dikandung April anak yang halal disisi undang-undang dan agama. Bukan anak luar nikah tapi itu datang dari benih saya" terang Qays satu persatu.

Semua diam. Puan Ilani memandang dua orang lelaki itu dengan rasa tidak sedap hati.

"Satu malam, kami diperangkap. April yang tak salah pun terlibat dan keadaan memaksa kami untuk bernikah. Alhamdulillah, anak yang umi dan walid besarkan tu terjaga maruahnya tapi sayang sekali—"

"Sayalah yang rogol anak walid dengan ummi sampai dia mengandung. Saya dera mental dan fizikal dia sampai dia merayu minta dilepaskan. Semua adalah disebabkan saya" sambung Qays dan terus Encik Habsyar bangun dan mencekak kolar baju kemeja yang dipakai Qays memaksa lelaki muda itu untuk berdiri.

Kalut Puan Ilani bangun dan meleraikan pergaduhan dua orang lelaki itu.

"Kau memang jantan lapar mati!"

Buk!

Buk!

Terus terduduk Qays di sofa selepas menerima habuan yang sangat padu di bahagian muka dan perut. Langsung Qays tidak melawan.

"Akhtar! Sudah!" Halang Puan Ilani.

Dari mana datang anak sulungnya itu pun tak sempat dia lihat. Tahu-tahu melulu saja datang dan membelasah Qays.

"Kerana jantan macam kau, aku hilang darah daging aku sendiri. Sebab kau, umi dengan walid aku buang dia!"

"Akhtar Ilhan! Sudah" Encik Habsyar tampil menghalang.

"Sekarang umi dengan walid dengan sendiri kan? Adik Akhtar tak salah. Tapi jantan ni yang rosakkan hidup adik! Kau—"

"Sudahlah!" Tempik Encik Habsyar sejurus mematikan tingkah Akhtar yang mahu menyambung membelasah Qays.

"Jadi, se..mua orang dah tahu...yang Belle tak salah. Saya harap, semua orang...boleh terima kehadiran dia semula dalam keluarga ni. Kesiankan dia, dia mengandung. Umi dengan walid...tak lama lagi...bakal dapat cucu" bersusah-payah Qays mahu bersuara. Tiba-tiba dadanya terasa sempit selepas diserang abang iparnya itu.













            "AWAK!!" Terus April terjaga dari mimpi buruk itu. Dadanya diusap sambil beristigfar.Dia lihat sendiri, Qays pergi jauh darinya kemudian hilang. Waktu itu, April dalam keadaan yang menyeksakan tanpa ditolong sesiapa. Berpeluh-peluh wajah April Isabelle tika itu.

Jarum jam di dinding dipandang sepi. Dah nak ke pukul satu pagi, mana Qays pergi tidak pulang-pulang dari siang tadi? Pertama kali, April dijentik dengan perasaan risau terhadap lelaki itu.

"Assalam—"

"Mana awak pergi Qays? Baru ingat jalan balik ke?!" Tak sempat bagi salam, Qays terus diserbu.

"Kau tak tidur lagi?" Tidak menjawab soalan yang ditanya, Qays bertanya balik pada April.

"Dah kalau saya ada kat sini maknanya saya tak tidur lagilah. Apa—muka awak kenapa?" April menyentuh rahang Qays dan membelek segenap wajah tampan yang penuh kesan lebam itu. Wajah Qays juga pucat.

"Dahlah, tak ada apa-apa. Jom masuk bilik. Dah minum susu? Harini ada sakit kat mana-mana tak?" Tanya Qays menukar topik.

"Jawab soalan saya dulu Qays, apa dah jadi dengan awak ni? Awak kena belasah siapa?" Tanya April mendesak.

"Husband thingy, kau tak payah tahulah. Pergi tidur sana. Susu dah minum ke belum?"

"Be-belum" jawab April jujur.

"Dah tu, nak tunggu susu tu masuk dalam perut sendiri? Haih, sekejap aku pergi bancuhkan" bebel Qays lalu melangkah ke dapur.

"Tak payah sibuk dengan susu tu lah. Harini excuse lah sehari. Awak pergi mana sebenarnya Qays? Lewat malam macamni baru awak balik?" April menarik tangan Qays masuk semula ke dalam bilik.

"Adalah hal aku sikit. Kenapa? Kau risaukan aku ke?" Tanya Qays senyum gatal.

"Hal sikit tu hal apa?" Tidak menjawab soalan terakhir itu, April malah mendesak lagi.

"Hal orang dewasa dan hal lelaki. Kau perempuan dan ibu mengandung tak disarankan untuk ambil tahu. Dah kalau aku bagi excuse tak payah minum susu tu, kau tidur lah cepat" April menjeling lelaki itu geram.

"Awak pergi bergaduh ea?" Tuduh April lagi.

"Tidur Belle, tak payah fikir tentang aku" jawab Qays lalu membuka baju kemejanya. April duduk di hujung katil itu hanya memerhatikan.

Sebaik saja Qays masuk ke dalam bilik air, April bangun semula dan mengambil plastik ubat-ubatan yang diletakkan Qays di atas meja solek tadi. Adalah lebih kurang 4 ke 5 kotak ubat yang berlainan jenis.

"Ubat apa ni?" Bisik April.

"Bak sini ubat ni, aku suruh kau pergi tidur kan? Malam ni degil sangat kenapa?" Qays menahan rasa amarahnya. Plastik ubat tersebut diambil dan dibawa sekali dengannya masuk ke dalam bilik air semula.

April terpinga-pinga. Kenapa dia rasa lain? Qays seperti berubah. Lelaki itu seakan sedang menyorok sesuatu darinya.

"35% lagi Reed, you better aware tentang ni. Ini tidak, appointment pun you jarang datang"

"You tahu tak, percentage untuk success tu agak sikit. Dalam 20/80. I tak galakkan you untuk guna solution tu"

Qays meraup wajahnya yang basah tersiram dek pancuran shower.

"Aku rasa aku terpaksa tunaikan janji aku pada kau Belle..." bisik Qays dengan rasa berat hati.


















TBC.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now