KELIHATAN segak sekali tubuh tinggi lampai itu mengenakan baju melayu yang warnanya sedondon dengan baju batik sutera yang digayakan isterinya. Berwarna pink belacan. Butang baju dikemaskan kemudian sampin pula."Tak payah pergilah rumah Qmar. Kita spend time dekat rumah je nak tak baby?" Dagu April dijemput sambil tersengih gatal.
"Mulalah tu, semalam cakap lain harini cakap lain" muncung mulut April dek geram.
"Semalam sayang tak bersiap macam harini. Harini sayang abang cantik sangat. Rasa malas pula nak pergi"
"Cantik harini jelah maknanya?" tengok tu, perempuan bila dah salah faham.
"Bukan macam tu maksud abang, hari-hari sayang cantik. Tapi harini dia macam extra sikit. Macam nak goda abang. Duduk dalam bilik je eh?" Bodek Qays.
April mencubit perut Qays geram. Tak sudah dengan otak merengnya. Ada la tu di kepala fikir yang bukan-bukan.
"Dah siap, jomlah cepat. Karang dah habis majlis kita baru sampai. Kesian Qmar. Waktu abang kahwin dia ada" April mengambil beg tangannya lalu disumbat belaka barang-barang yang dia rasa penting.
"Sopan-santun, anak melayu..." Qays bernyanyi kecil sambil membuntuti langkah April. Senyuman nakal mulai terbit melihat wajah tak puas hati April.
"Diamlah abang, tak sedap mana pun suara tu" Qays pegang dada.
"Ya lah, tak nyanyi dah la lepasni. Malu kita" jawab Qays.
"Abang drive je lah harini. Abang okay je" putus Qays yang mencapai kunci kereta untu dipandu. Rasa dah lama tak pegang stereng kereta. Harini rasa sihat sedikit. Jadi apa salahnya kan.
"Abang biar betul?" April rasa was-was.
"Betul lah, balik boleh singgah hotel kita check-in" jawab Qays selamba badak.
"Syed Qays Jareed!" Membuntang mata April dengan jawapan berani suaminya itu.
"Ya saya? Panggil lah elok-elok, abang dengar" seloroh Qays.
"Gatalnya lahai" omel April runsing. Dah namanya lelaki, otak tak pernah nak fikir yang lain. Yang satu itu juga lah yang kekal dalam kepala.
"Abang ajak check-in hotel untuk berehat. Haa, sayang fikir apa? Siapa yang gatal ni?" Sakat Qays tak mahu kalah.
"Malas layan orang tua ni" April geleng kepala lalu cepat-cepat masuk ke dalam kereta.
DUA lelaki idaman malaya itu saling berpelukan mesra. April memeluk Aralyn mengucapka tahniah kepada gadis itu kerana sudah menjadi tunangan orang. Masing-masing kelihatan kacak dan tampan hari ini.
"Tak sangka sempat juga aku tengok kau bertunang. Tahniah Qmar, one step closer ni. Jaga Aralyn elok-elok. Kau lah saudara aku dunia akhirat"
"Apa kau cakap ni? Inshaallah, aku nikah bulan depan pun aku nak kau ada jadi saksi aku. Kau pun, aku anggap abang walaupun kita tak sedarah. Terima kasih sebab jadi abang yang terbaik untuk aku" Syed Aqmar dan Qays berjabat tangan mesra.
"Congrats si darah manis. Semoga ke jinjang pelamin ya Aralyn. Jaga Qmar, market dia naik tinggi sekarang" usik Qays yang menjeling ke arah Syed Aqmar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Lupa Janji [C]
De TodoQAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siap...