RIUH suasana di kampung apabila semua berhimpun bersama-sama. Raya tahun ini, Encik Habsyar buat keputusan untuk beraya di kampung di Kedah. Jauh di utara. Jadi memandangkan tahun ini juga giliran April untuk memilih tempat beraya, dia ajaklah Qays beraya sekali di kampung.Kalau tak tanya pun Qays akan pilih untuk ikut keluarga mertuanya. Dari kecil dia tak punya kampung. Semua berada di bandar.
"Ya Allah! Sharifah Adreena!" Tempik Qays terkejut melihat anak daranya bermain di dalam kandanf itik dan mencekik leher angsa kepunyaan nenek April.
Kalut dia menyarung selipar dan masuk ke dalam kandang mahu mendapatkan si anak. Anak nombor duanya ini memang lain dari yang lain. Sangat menguji kesabaran dia.
"Daddy! Comel lah swan ni. Tapi tadi dia nak patuk Ena lepastu amik haa, Ena tangkap dia!" Mengekek suka Sharifah Adreena bila dapat menangkap angsa belaan oyangnya.
"Allahu, cicit aku habisla itik akuuu!" Nek Pah tepuk dahi melihat angsa peliharaannya itu dibuat main oleh cicit bertuahnya.
"See, oyang dah marah. Adik, jomlah masuk rumah. Kotor baju ni dik" Qays melepaskan pegangan tangan Adreena di leher angsa. Di takut dengan binatang berparuh ni. Tapi depan anak terpaksa dia tunjuk berani.
Terus Qays mendukung Adreena dan melangkah laju keluar dari kandang itik tersebut. Sempat menarik nafas lega bila angsa-angsa tersebut tak sempat mengejarnya.
"Maaf nek, anak dara sorang ni memang tak reti duduk diam sikit" Qays meminta maaf bagi pihak anaknya.
"Takpa la, aku pun saja ja. Kalau buat taktau sat lagi mati pulak angsa aku. Dah bawak cicit tok pi masuk mandi. Belengas dah dia" balas Nek Pah sporting.
Masuk saja dalam bilik mereka, Qays mengusap dada penat. Syed Adrish dan April yang berada di dalam bilik itu memandang suami dan daddy mereka pelik bercampur risau.
"Abang, abang kenapa? Sakit ke?" April menghampiri suaminya dengan riak khuatir.
"Penat, dengan anak dara ni. Dia pergi cekik angsa nenek. Mujur tak mati" cerita Qays kepenatan.
"Ya Allah, adik. Janganlah buat daddy penat. Sini dekat mommy" Tudia, April versi singa sudah menjelma.
Tersengih-sengih Sharifah Adreena pergi ke mommynya.
"Ei! Dia ni sorang kan...." April mengetap gigi mengekori anaknya dari belakang sehingga masuk ke dalam bilik air.
Keluar dari bilik air masih berbalut kain tuala, wajah Sharifah Adreena muncung sedepa dengan mata yang berkaca.
"Kenapa ni?" Tanya Qays berhati-hati.
Sharifah Adreena memandang April bagai memberi isyarat.
"Sayang...." Tegur Qays meleret.
"Melampau sangat. Dah pesan dah jangan nakal-nakal tapi sama je nakal juga! You tu anak perempuan, tapi perangai mengalahkan abang yang lelaki" leter April. Tercebik-cebik si anak apabila dimarahi mommynya.
"Adik, sini dekat abang. Kita duduk depan tengok tv okay?" Syed Adrish mendapatkan adiknya dengan baju dan pampers sekali. Kasihan juga lihat si adik yang memang nakal sejak lahir itu dimarahi mommynya.
"Nah ambik bedak ni sekali. Siapkan adik tu" April mengambil bedak wangi lalu disambut Syed Adrish sebelum keluar.
"Lain kali, adik janganlah buat daddy dengan mommy marah ataupun penat tau. Mommy tak larat, bawa adik kita dalam perut. Daddy pun tak sihat. Daddy tak poleh penat sangat. Dengar cakap abang eh?" Pesan Syed Adrish Qaazi.
YOU ARE READING
Kau Lupa Janji [C]
RandomQAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siap...