"CUMA I nak tanya you tentang Jareed" Tengku Arman menarik nafas sebelum masuk ke perbincangan yang lebih serius itu. April nampak terkejut dengan soalan yang bakal diajukan padanya."Apa tu tengku?"
"Daripada melarikan diri macam ni, kenapa tak tuntut penceraian saja dari dia?" Tanya Tengku Arman.
April geleng kepala laju. Wanita itu nampak takut. Mungkin memikirkan kebarangkalian yang bakal terjadi jika dia menuntut penceraian daripada si suami. Kalau malam itu dia dikerjakan separuh mati. Kalau sekali lagi mereka bersua dengan tuntutan penceraian, tidak mustahil kalau kulit April disiat-siat oleh Qays.
"Saya kalau boleh taknak tengok muka dia lagi. Saya takut. Apa yang jadi malam tu umpama mimpi ngeri dalam hidup saya. Saya harap dia pun takkan dapat jumpa saya lagi" jawab April dalam nada yang bergetar.
"Faham, jadi nekad lah ni nak pindah ke Ipoh?" Tanya Tengku Arman sekali lagi dan April mengangguk yakin. Dapatlah dia dua jawapan dalam satu masa.
Tengku Arman tersenyum dalam hati. Jika itu pilihan April, dia doa yang baik-baik sajalah.
APRIL membelek pakaian bayi yang disangkut comel saya sebaris. Ada yang kembang-kembang, ada yang kemeja kecil untuk bayi lelaki. Aaa geram! April rasa nak beli je semua. Perut yang membukit itu diusap perlahan.
Baru berusia 5 bulan tapi dah macam 7 bulan. Baju April semua terpaksa beli yang baru kerana berat badannya naik berganda.
"Semangat betul anak mommy ni" bisik April perlahan sambil tersenyum.
Dia membeli 3 helai baju bayi unisex kerana jantina bayi masih tak berjaya dikenal pasti. Anaknya pemalai macam mommynya juga. Taknak tunjuk jantina dia apa. April nak beli barang pun tak berani beria sangat. Karang belinya set girl tiba yang keluarnya boy.
"Comelnya baju kau beli, haa tak sabar nak ada baby juga" Camellia muncul di sebelah April.
"Ada la rezeki nanti. Baru je kahwin bulan lepas manja-manja lah dulu dengan tengku tu" kata April lembut saja suaranya.
Ya, bulan lepas Tengku Arman dan Camellia menamatkan zaman bujang masing-masing. Malangnya, April tak pergi kerana Qays turut dijemput oleh Tengku Arman. Lagi takut bila Tengku Arman memaklumkan ada mata-mata yang tengah mencari keberadaan dia.
"Nah, ini hadiah kahwin korang. Tak seberapa pun tapi aku rasa bergunalah untuk kau yang rajin ni" April senyum misteri.
Beg kertas bersaiz besar tersebut dibuka. Diintai sedikit apa isinya kemudian mata Camellia membuntang memandang April kemudian memandang ke arah suaminya.
"Tengkorak kau tak seberapa! Mahal ni April" April ketawa sopan melihat reaksi sahabatnya itu.
"Bie, dia bagi iLIFE dekat kita" tunjuk Camellia.
"Sorrylah, majlis korang berdua aku tak dapat datang. Jadi aku mewahkan dekat hadiah ni ajelah"
"Kau bagi aku kain alas kaki pun aku hargai April" balas Camellia dan April juihkan bibir.
"Iya-iya lah tu"
"Thanks April," ucap Tengku Arman dan Camellia.
"You're welcome. Dahla, aku nak pergi bayar kejap. Korang nak pergi mana pula lepas ni? Aku balik dulu tak apa kan?"
Kedua suami isteri itu mengangguk faham melihat keadaan April yang sarat itu. Iyalah, ini pun April dikira banyak berjalan. Kalau tidak, ada hari dia tak larat, jalan dua tiga langkah pun terus rehat. Kasihan ibu mengandung ini sorang.
HIRISAN daging wagyu itu disuap ke mulut wanita di hadapannya. Sebuah senyuman nipis tercoret di bibir nipis sensual itu. Aralyn Hanania tersenyum sipu dengan tingah bergula lelaki itu.
"Walid dah mula bertanya tentang hubungan kita Jareed. Apa I nak jawab? Maksud I, status hubungan kita sekarang?" Tanya Aralyn cermat.
Qays cuba berlagak tenang. Dia menyimpul senyum mewahnya di hadapan wanita itu.
"Cakap saja pada walid yang I akan masuk meminang you awal bulan depan. Kita bertunang" kata Qays mudah.
"Y-you serious?" Aralyn bagai tidak percaya. Semudah itu Qays membuat keputusan.
Menerima anggukan bersungguh dari Qays, Aralyn tersengih suka. Betul lah tu Qays bersungguh untuk meminang dia awal bulan depan. Tak sabarnya dia menunggu waktu keramat itu berkunjung tiba.
"Alright. Kalau macamtu hujung minggu ni bolehlah I cari barang persiapan untuk majlis. Cari cincin—"
Qays panggung kepala dengan muka terkejutnya namun cepat-cepat dia senyum dan mengangguk. Tika itu wajah Aralyn pun terkedu sama.
"Sure, kalau boleh siap dari awal. I takut nanti semakin dengan dengan majlis I akan semakin sibuk. I harap you faham kerja I Aralyn" pesan Qays tenang.
Dengan harapan yang diberikan lelaki itu, lagilah Aralyn Hanania tidak sabar. Sudah bermacam benda terlintas di kepalanya. Tak sangka Qays sudi mahu meneruskan hubungan ini.
PECAH berderai cermin almari jati yang menempatkan plak dan juga cenderamata yang diberikan oleh tetamu yang berkunjung ke syarikatnya. Tangan yang berlumuran dengan darah itu langsung tidak diambil kesah.
Sudah hampir 6 bulan si dia menghilang langsung tiada khabar. Manalah wanita itu pergi. Masih ada di muka bumi atau sudah pergi menghadap Ilahi? Sepanjang hampir 6 bulan ini juga Qays tak henti memikirkan keadaan wanita yang bernama April Isabelle itu.
Kata Syed Aqmar, April sedang mengandung sebelum dia hilang. Jadi, kalau dihitung bulannya mesti perut April sudah membesar. Entah kenapa hati Qays dijentik satu perasaan yang dia sendiri tidak dapat nak mentafsir.
Ya tuhan,
Mata lelaki itu merah berkaca tiba-tiba.
"Kau susah-susah seksa diri dah kenapa? Kau mati berulat pun belum tentu dia akan balik dan berjumpa dengan kau" bidas Syed Aqmar yang menjauhkan Qays dari almari yang pecah tersebut.
"Aku boleh hormat keputusan dia kalau dia taknak berjumpa dengan aku. Tapi sekurang-kurangnya aku nak tahu dia okay atau tidak? Qmar, aku rasa...aku menyesal buat dia macamtu malamtu" akhirnya, tembok keegoan lelaki bernama Syed Qays Jareed runtuh juga.
"Kalau dia dah meninggal, mesti ada orang bagitahu. Aku rasa April tengah baik-baik saja. Kalau kau dah menyesal, kenapa pergi tunang dengan orang lain? Kenapa kau tak pilih untuk tunggu dia pulang pada kau? Apa benda lah kau ni" Ah sudah, Qays semakin tertekan.
"Aku kesiankan Aralyn. Dia terlalu berharap pada aku"
"Habis kalau nanti tuhan takdirkan kau bertemu semula dengan April, kau tak fikir ke apa kemungkinan yang akan terjadi?"
"A-aku....argh siallah!" Sudahlah tangan luka tertusuk kaca, boleh pula dia pergi menumbuk meja kaju jati solid itu.
"Kau ni aku nak kata bodoh, haih tak tergamak. Tapi setiap tindakan kau semuanya kurang bijak. Semua memakan diri. Boleh tak kau guna otak kau yang standard Oxford ni dengan baik?" Ceramah Syed Aqmar sehingga menyentuh ke lubuk hati terpaling dalam.
"Jangan sampai aku hilang sabar aku buat kerja gila aku lagi. Aku boleh report polis dan upah lawyer untuk buat dia balik pada aku" Qays bersuara benar-benar terdesak.
"Habistu Aralyn?"
"Baru bertunang. Tahulah aku nak uruskan dia" jawab Qays geram. Serabutnya dia sekarang!
"Kalau macam ni gaya pemikiran kau biar tak jumpa April tu sampai ke sudah pun tak apa. Kau bagilah April tu masa. Kau hormatlah keputusan dia. Aku tak rasa dia boleh bahagia kalau dia kembali pada kau buat masa sekarang" nasihat Syed Aqmar.
"Dia masih isteri aku" tekan Qays.
"Dia ada hak untuk menghilang macamni dari kau Qays. Kau yang mula dulu" balas Syed Aqmar lagi membuatkan Qays sudah malas mahu berbalah. Sudahnya, dia juga akan dipersalahkan.
TBC.
YOU ARE READING
Kau Lupa Janji [C]
RandomQAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siap...