ADRISH terjaga dari lena bila terdengar bunyi seperti ada orang mengemas biliknya. Duvet tebal kelabu gelap itu ditolak kasar ke bawah dengan pakej wajah sekali berkerut. Dalam bilik dia ni, dua manusia je berani masuk. Kalau tak mommy mesti Armel. Tapi tak mungkin Armel."Mommy buat apa ni mommy? Nanti pandai pandai la Ayish kemas" keluh Adrish malas. Tahu bilik sedang sepah sekarang, tapi kasilah Adrish ada mood dulu nak mengemas.
"Baru sebulan rumah dah tak serupa rumah, kalau Mel tinggal setahun mahunya terkambus dalam rumah sendiri agaknya ya?!"
Terus segar mata Adrish saat mendengar suara yang sudah lama dia tidak dengar. Bahkan sangat dia rindui.
"Ar-mel?"
"Bangun turun dari katil sekarang Syed Adrish, awak bangun cepat. Kemas bilik ni. Sepahnya tak dibuat-buat! Sakit mata Mel tengok sepah ni semua" Armel bercekak pinggang garang sambil menggamit Adrish menakutkan. Macam mahu telan Adrish hidup-hidup.
Takut-takut Adrish turun dari katil dan mengutip segala apa yang bergelimpangan di atas lantai bilik. Sambil itu, mata tidak lepas dari memandang wajah cantik Armel yang tengah garang macam singa itu. Rindunya dia !
Suasana hening seketika. Masing-masing tidak mengeluarkan butir bicara sehinggalah Adrish siap mengemas bilik mereka.
"Ab-abang rindukan isteri abang" adu Adrish perlahan tertunduk malu.
Jeda.
"Abang minta maaf dah buat sayang terluka dengan sikap abang yang teruk sangat selama ni. Abang dah dapat kifarahnya dan abang taknak hilang Mel abang lagi" luah Adrish kesal.
"Dan selagi Armel masih menjadi isteri kepada Syed Adrish Qaazi, Mel takkan mampu pergi ke mana-mana" jawab Armel tanpa memandang Adrish.
"Mak-masud sayang?" Adrish sudah berdebar. Jangan la Armel tuntut yang bukan-bukan darinya. Adrish takut dan tidak bersedia sama sekali.
"Mel tak boleh hidup tanpa abang" bibir Armel bergerak menahan sebak.
Tidak bercakap banyak, terus Adrish menarik tubuh giur Armel dibawa masuk ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Armel dikucup lama melepaskan rasa rindu.
"Terima kasih sebab pulang semula ke dalam dakapan abang. Thankyou sayang" ucap Adrish terharu dengan mata yang bergenang dengan air mata.
"Badan abang panas. Demam lagi ke?" Tanya Armel yang terasa berbahang bila dekat dengan Adrish.
"Tak dah. Mel...." Sayu Adrish menatap wajah ayu isterinya.
"Ya?" Armel mendongak sedikit.
"I miss you like crazy. I can't live without you. Sakit" beritahu Adrish.
"Mel tak pernah menyusahkan abang. Mel kebahagiaan abang. Hidup abang sunyi tanpa Mel. Jadi, abang merayu sangat jangan pergi tinggalkan abang lagi. Abang tak sanggup hilang Mel untuk kali kedua" Armel menggeleng.
Dari mata Adrish, jelas lelaki itu terseksa selama ketiadaan dia di sisi.
"Mel minta maaf sebab tinggalkan abang. Niat Mel nak beri hubungan kita ni masa untuk pulih. Mel juga buntu. Tapi selepas tu, Mel sendiri dapat jawapannya. Tempat Mel memang di sisi abang. Maafkan Armel abang" Armel memeluk tubuh kekar suaminya erat dan menyembamkan wajah di dada bidang Adrish.
Kalau Adrish sangat menanggung rindu, percayalah Armel juga sama. Sebulan dia mengeraskan hatinya tidak mahu mengalah. Lihatlah hari ini, dia sendiri yang memilih untuk pulang.
"Mel tak ada salah dengan abang. Tindakan Mel itu tepat dan berjaya menyedarkan abang. Mommy betul, abang akan menyesal kalau Mel tak ada di sisi"
"Jangan angry-angry dengan Mel lagi ya? Mel taknak lari lagi dah dari abang" Armel memuncungkan bibirnya.
YOU ARE READING
Kau Lupa Janji [C]
RandomQAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siap...