B A B 9

15.9K 707 23
                                    









       APRIL melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah lama dia tidak kunjungi itu. Ternyata kehadirannya di dalam rumah itu tiada siapa yang peduli. April seakan tidak wujud. Encik Habsyar yang sedang duduk di kerusi malas itu dihampiri.

"Walid," seru April teragak-agak.

Encik Habsyar langsung tidak menyahut malah memandang kosong ke arah kolam ikan koi di hadapannya.

"Adik balik nak jumpa walid dengan umi. Maafkan adik sebab buat walid dengan umi kecewa dengan adik. Tapi adik tak bersalah. Adik teraniaya. Percayalah cakap adik" April bagai bercakap seorang diri. Tiada siapa yang sudi mendengar.

"Umi mana walid?" Tanya April. Tetap sama, tidak dilayan lagi.

April ketap bibir bawahnya lalu mencuba untuk bangun. Sampul duit diselitkan di celah jemari namun Encik Habsyar membiarkan ia jatuh ke lantai.

"Aku taknak ambik duit yang aku was-was datang daripada mana" kata Encik Habsyar.

"Ini duit halal walid. Adik kerja cari rezeki yang halal. Demi Allah, percayalah. Anak dalam perut adik ni pun anak yang halal. Adik masih boleh bezakan hukum" jawab April.

"Baliklah, aku taknak tengok muka kamu dalam rumah ni lagi" halau Encik Habsyar.

April mengangguk mengerti. Hati anak mata yang tidak terluka dilayan seperti orang luar oleh ibu bapa sendiri. April melangkah longlai keluar dari rumah perumahan dua tingkat itu.












HAMPIR sejam juga menunggu kepulangan April di rumah sewanya. Qays menghantuk-hantukkan kepalanya di atas stereng dan bila semakin bosan dia keluar dari kereta menunggu di luar pula. Biarlah orang nak perhatikan diapun. Dia tidak kisah.

Tidak lama selepas itu bunyi deruman kereta Mazda 3 merah menyala April yang baru pulang ke rumah. Kalut Qays memberi laluan.

"Nak apa lagi awak ni hm? Tak faham bahasa ke?!" April turun dari kereta berjalan melulu ke arah Qays yang tercegat berdiri di depan pagar.

"Tak" jawab Qays selamba.

"Patut pun, tak pernah faham orang. Tepilah!" April menolak  tubuh sasa itu ke tepi.

"Aku boleh explain,"

"Nak explain apa lagi? Saya dah taknak dengar apa-apa. Saya dah malas nak ambil tahu. Tolonglah, biarkan saya hidup dengan cara saya dan awak pun boleh hidup bahagia dengan bakal isteri awak tu. Baliklah Qays!" Halau April kasar.

"Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." sambung April lirih.

"Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" Panggilan sayang mula meniti di bibir Qays. Dia semakin takut bila April semakin nekad meminta untuk dilepaskan. April geleng kepala.

"Berpuluh-puluh ribu anak dekat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" Desak April lagi. Tidak bosan gamaknya. Tidak tahukah wanita itu setiap kali dia menuntut cerai maka bergegar tiang arasy di atas sana.

"Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Syed Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" rayu Qays meminta satu saja lagi peluang daripada isterinya itu.

"Awak dah ada Aralyn Hanania. Buat apa nak simpan perempuan macam saya ni lagi?" Air mata mengalir lesu membasahi wajah mulus itu.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now