Aku mendongak ke langit.
Setitis airnya terhempas, menjemput kolam dukaku pecah.
Aku sedar, rasa yang terpendam ini sulit untuk kau tahu.
Akhirnya, gemersik dedaun runtuh jualah yang memujuk lubuk hatiku lembut.
Jauh di sisi masa, akulah pemendam rasa.
A. Arianto
Bintulu, Sarawak
YOU ARE READING
Antologi Bintulu Sepi
PoesiaSebuah antologi puisi-puisi di mana kemenjadiannya adalah kerana sebuah kepatahan hati yang nyata.