12 tahun lalu...
Gadis kecil itu berjalan-jalan di tepi pantai, tangan comelnya digenggam oleh abangnya Tengku Ridzfan Mazraz yang berusia 12 tahun itu.
" Abang! Adik nak aiskrim boleh?" Terkelip-kelip matanya memandang abang kesayangan.
" Boleh, adikku sayang. Meh, kita pergi dekat orang yang jual aiskrim itu. " Ajak Ridzfan lalu mendukung adik bongsu perempuannya itu.
" Maceh abang! Sayang abang," kata gadis comel itu lalu dipeluk leher abangnya kemas.
" Dah lepas leher abang, mati abang nanti sebab adik peluk kuat-kuat" kata Ridzfan, dia mendekati pakcik tua yang menjual aiskrim itu. Genggaman tangan adiknya itu dieratkan.
" Okey, adik nak aiskrim yang mana?" Tanya Ridzfan, rambut adiknya yang serabai ditiup angin itu diselitkan ditelinga adiknya.
" Nak aiskrim coklat dengan vanilla boleh tak abang?" Rayu gadis comel itu.
" Alah, banyaknya. Tak boleh lah banyak-banyak nanti bonda dengan ayah marah tau! Beli satu je, ok?" Kepala adiknya diusap lembut.
" Bolehlah abang, kita rahsia kan lah dari bonda dengan ayah. Peyisss!" Pujuk adiknya.
Ridzfan mengeluh perlahan melihat adiknya yang merayu itu. Kelihatan air mata adiknya yang bertakung itu dan tidak lama akan pecah cepat-cepat dia berkata.
" Ok-ok, kita beli ye! Pakcik, nak aiskrim coklat satu dengan aiskrim vanilla dua," kata Ridzfan.
" Baik, tunggu sekejap ya," kata pakcik penjual aiskrim itu.
Beberapa minit mereka berdua menunggu, pakcik itu memanggil Ridzfan.
" Ini aiskrimnya, semua sekali total rm 7. " Kata pakcik tua itu, Ridzfan mengangguk lalu duit rm 50 diambil lalu diberi kepada pakcik tua itu.
" Banyaknya, dik. Harganya rm 7 tapi adik bagi rm 50 ringgit ni?" Soal pakcik itu. Ridzfan tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
" Tak apalah pakcik, baki tu pakcik simpan. Saya sedekahkan pada pakcik, " kata Ridzfan, aiskrim diberikan kepada adiknya yang memegang seluar slacknya memandangkan dirinya yang tinggi itu.
" Terima kasih adik, semoga adik dimurahkan rezeki selalu. " Kata pakcik itu, Ridzfan meminta diri berlalu bersama adiknya.
Bangku di bawah pokok itu didekati.
" Adik, adik tunggu sini sekejap je. Abang nak pergi tandas jangan pergi mana-mana tau, tunggu je abang dekat sini sampai abang balik ke sini semula, faham?" Kata Ridzfan. Selepas mendapat jawapan dari adiknya, dia meninggalkan adiknya bersama dua orang bodyguardnya.
" Erm, syedapnya aiskrim ni. Erm.." gadis comel itu berkata berseorangan.
Sedang gadis comel itu menjilat aiskrimnya, dia melihat seekor anak kucing yang berada di tengah-tengah jalan itu.
Gadis itu berjalan menuju ke jalan raya itu untuk mengambil anak kucing itu ketepi, ketika dirinya pergi kedua bodyguard abangnya tidak perasan.
YOU ARE READING
His Little Angel : T.A.M ( 𝐒𝐔 )
Romancenew storyline ✔️ SLOW UPDATE!! TENGKU AYSRA MALYKHA x TENGKU AHMAD ISKANDAR START ; 15 Apr 2024 ( kali kedua ) END ; PERINGATAN ‼️ HANYA PEMBACA YANG MATANG SAHAJA BOLEH MEMBACANYA KERANA MEMPUNYAI KATA-KATA YANG KESAT DAN LAIN-LAIN.