"Demi cinta hanya setia untukmu, sayang hatiku."
>>> Aysra umur 19 tahun.
"Assalammualaikum!" Suara orang memberi salam kedengaran dari luar istana seraya loceng kedengaran.
"Waalaikummussalam! Eh, jemput masuk. Maaflah, bersepah sikit," kata Permaisuri Syamirah sambil menjemput tetamu mereka masuk.
"Tak ada apa lah, sya. Dah biasa, dekat istana pun macam ni juga," jawab Permaisuri Zainab. Dia tersenyum manis sebelum mengambil tempat duduk disebuah sofa panjang.
"Ini, siapa terbungkam atas sofa?" Soal Tengku Asha Ameena, adik bongsu perempuan Tengku Ahmad Iskandar. Mata merenung melihat seseorang sedang berselindung dengan selimut di atas sofa.
"Oh ini Aysra. Dia baru balik dari mission semalam. Pukul 3 pagi sampai istana. Penat sangat sampai terlelap dekat sini kot," kata Permaisuri Syamirah. Dia berjalan mendekati anak perempuannya itu sebelum ditepuk bahu Aysra berkali-kali.
"Haih, sama lah dengan budak Ahmad ni! Sama sahaja perangainya. Tidak reti masuk ke bilik kalau merasa mengantuk." Permaisuri Zainab menyindir sambil melihat anak lelakinya itu yang sedang meralit lihat Aysra tidur dengan nyenyak tanpa gangguan.
"Adik, bangun sayang! Ada tetamu datang ni. Pergi mandi dan turun sarapan ye sayang." Permaisuri Syamirah menepuk bahu Aysra lembut. Aysra mengeliat kecil sebelum membuka perlahan matanya.
"Hmm, kejap lagi lah. Lima minit lagi," jawab Aysra lalu menutup matanya semula. Selimut yang ditarik separuh oleh Permaisuri Syamirah sebentar tadi ditarik ke atas semula oleh Aysra untuk menutupi wajahnya.
"Hey, apa kejap lagi ni. Ada tetamu datang ni, malu lah sikit. Sudah bangun!" Naik senokhtah nada Permaisuri Syamirah. Menahan marah dari memarahi Aysra yang mengendahkan arahannya.
"Aysraaaaaa!" Jerit Thairah dari tingkat atas. Dia berlari laju menuruni tangga istana itu menuju ke ruang tamu istana.
"Upss, sorry hehehe." Thairah mengusap belakang lehernya apabila banyak mata-mata diruang tamu itu melihat ke arahnya serupa perangai tarzan itu.
Terutamanya, abang Tengku Ahmad iaitu Tengku Mizrul Nadir. Si kekasih hati, pengarang jantung hati dinda. Maklum lah kita minat tua-tua sikit, bak kata Thairah.
Aysra yang berbaring atas sofa itu ditarik sehingga jatuh ke bawah. Enak sekali melihat Aysra yang jatuh itu.
"Aysra, bangun lah bodoh! Ada berita tergempak bodoh!" Jerit Thairah di tepi telinga milik Aysra. Aysra berasa bengang apabila lenanya diganggu itu lalu bangun dan menampar kuat pipi Thairah.
PANG!
"Ya Allah! Adik, kenapa tampar Thairah ni?" Permaisuri Syamirah mendekati Thairah lalu mengusap pipi gadis itu dengan lembut. Thairah menjadi senyap apabila ditampar oleh Aysra, cuba menghadam.
"Dia kacau orang tidur kenapa?" Tenang tetapi dingin sahaja nada suara Aysra. Dia bangkit dari lantai lalu melipat elok selimut yang digunakannya. Yang lain terkejut sebentar dengan cara pemakaian Aysra yang agak, terdedah dan seksi? Baju separas pusat dan bertali halus serta seluar pendek paras peha yang mendedahkan peha putih Aysra.
"It's okay, bonda." Thairah mengalihkan tangan Permaisuri Syamirah. Dia juga bangun dari duduknya dan memandang muka tiada perasaan Aysra. Selamba sahaja dia ketika orang lain melihat Aysra dengan tatapan terkejut.
YOU ARE READING
His Little Angel : T.A.M ( 𝐒𝐔 )
Romancenew storyline ✔️ SLOW UPDATE!! TENGKU AYSRA MALYKHA x TENGKU AHMAD ISKANDAR START ; 15 Apr 2024 ( kali kedua ) END ; PERINGATAN ‼️ HANYA PEMBACA YANG MATANG SAHAJA BOLEH MEMBACANYA KERANA MEMPUNYAI KATA-KATA YANG KESAT DAN LAIN-LAIN.