"Demi cinta hanya setia untukmu, sayang hatiku."
Aysra melangkah masuk kakinya ke dalam istana Crys'tana. Kereta-kereta mewah kerabat diraja Evalyn di pandang seketika. Aysra yang baru sahaja sampai itu terkejut sebentar apabila ramai mata-mata diruang tamu melihat ke arahnya.
Thairah yang berada dibelakangnya sudah mula mengeletis apabila melihat si kekasih yang berada di sofa.
"Sang Puteri dah pulang?" Soal Raja Mazhan dengan nada sinis. Aysra mendengus tidak puas hati mendengar sindiran ayahnya itu sambil mata menjeling menyampah.
"Adik, mari ke sini dan duduk sebentar. Kami ada sesuatu nak katakan kepada kamu," arah Permaisuri Syamirah lembut. Aysra hanya mengikuti arahan, dia melangkah ke arah sofa di ruang tamu istana itu. Thairah juga mengikut langkah Aysra. Hanya gadis itu ada bersama dengan Aysra, yang lain pula pulang ke condominium milik masing-masing.
Aysra duduk di sebelah abangnya, Tengku Ridzuan bersama Thairah. Muka Aysra dingin sahaja. Tiada mood mungkin
"Apa yang nak dikatakan? Boleh cepat, adik ingin naik ke atas untuk mandi." Acuh tak acuh sahaja nada Aysra. Dia berada tidak sedap hati untuk menunggu balasan dari Permaisuri Syamirah.
Permaisuri Syamirah senyap seketika lalu memandang ke arah Raja Mazhan dan yang lain. Seperti menyoal sesuatu dalam bahasa bisu, mereka yang lain mengangguk sahaja. Aysra mengerut kening tidak faham dengan semua itu.
"Ada orang masuk meminang kau. Aku nak kau terima pinangan tu, Aysra." Aysra terkejut mendengar ujaran dari Raja Mazhan. Dia berdiri dari duduk sofa dan memandang ayahnya dengan penuh tidak percaya.
"Siapa dia? Adik taknak dan ayah tolak pinangan tu! Adik takkan terima sebab adik dah ada penghuni hati adik!" Raja Mazhan dan yang lain agak terkejut. Ahmad yang berada di sebelah Permaisuri Zainab juga turut sama.
"Apa yang kau katakan, Aysra?! Aku tak kisah kalau engkau sudah ada orang dalam hati kau itu, aku nak engkau terima pinangan ini! Aku kenal lelaki itu dan dia layak untuk berkahwin dengan engkau Aysra! Dia baik dan sesuai dengan kau, jangan bantah kata-kata aku boleh tak?!" Amuk Raja Mazhan. Bengang dengan anaknya yang suka melawan ini. Suasana di ruang tamu mula kesunyian. Tiada sesiapa pun mampu bersuara kecuali Aysra yang keras kepala.
"Adik cakap taknak jadi tak perlu paksa! Kenapa tak faham? Atau ayah pekak sebenarnya?" Aysra bersuara setelah beberapa minit dia mendiamkan diri. Dia saling berbalas tatapan tajam antara dia dan ayahnya, Raja Mazhan.
Balik sahaja terus dipaksa untuk menerima pinangan dari lelaki yang dia langsung tidak kenali. Oh, semestinya tidak! Hatinya cuma untuk si pencuri hatinya.
"Kau kahwin je dengan dia, apa susah sangat? Lagi pula dia juga berdarah keturunan diraja. Apa salahnya kau kahwin dengan dia dari kau pilih lelaki yang entah apa-apa sahaja!" Kata Raja Mazhan cuba untuk menyakinkan Aysra.
"Masalahnya yang kahwin sekarang adik! Bukan ayah jadi kenapa perlu paksa adik sebegini? Lagipun adik tak kenal dia dan adik takkan terima orang sebarangan masuk dalam hidup adik! Kenapa semua orang boleh pilih pasangan hidup mereka tetapi adik tidak boleh. Macam sial lah hidup dalam istana ni!" Aysra meluahkan isi hatinya. Nada kuat yang digunakan itu mengejutkan anak sedaranya yang berusia 2 tahun. Bayi kecil itu menangis kerana takut dengan suara Aysra yang agak kuat sehingga boleh kedengaran dari ruang dapur istana.
YOU ARE READING
His Little Angel : T.A.M ( 𝐒𝐔 )
Romantiknew storyline ✔️ SLOW UPDATE!! TENGKU AYSRA MALYKHA x TENGKU AHMAD ISKANDAR START ; 15 Apr 2024 ( kali kedua ) END ; PERINGATAN ‼️ HANYA PEMBACA YANG MATANG SAHAJA BOLEH MEMBACANYA KERANA MEMPUNYAI KATA-KATA YANG KESAT DAN LAIN-LAIN.