"Demi cinta hanya setia untukmu, sayang hatiku."
Selepas kejadian dimana satu persatu terbongkar. Ahmad mula menerima kenyataan bahawa dia sudah menjadi ayah muda. Dia mula dapat dengan Irshad.
Jadi, hari ini dia membawa Aysra dan Irshad bersiar-siar ke mall yang terbesar dan terkemuka di kota Crys'tana ini.
"Nak makan apa?" Soal Ahmad sambil berjalan beriringan dengan Aysra. Dia mendukung Irshad di tangan sebelah kanannya, dia mendukung Irshad manakala di sebelah kirinya pula dia memegang paperbag barangan yang diborong oleh Aysra.
Tak banyak, hanya barangan penjagaan muka sahaja. Aysra seorang yang tidak suka makeup. Kalau keluar kemana-mana, dia hanya memakai lipstick dan sunscreen.
Dia seorang yang natural beauty. Dia jaga kulitnya dengan baik dengan menggunakan serum dan pelbagai lagi.
"Makan je mana-mana asalkan makan," jawab Aysra ringkas. Hari ini dia hanya mengikuti kehendak Ahmad sebenarnya. Lagipun, Irshad akan mengikuti semula Tengku Mikhaeel ke Italy.
"We go to our favourite restaurant, okay?" Soal Ahmad. Aysra hanya mengangguk sahaja. Dia membuntuti Ahmad ke dalam restaurant kegemaran mereka.
Sederhana sahaja restaurant itu, tidak terlalu mewah dan tidak terlalu murah. Sedang-sedang sahaja.
"Jemput duduk, sayangku," arah Ahmad. Dia dengan baik hati menarik kerusi untuk Aysra melabuhkan punggungnya.
"Thank you," jawab Aysra lembut. Ahmad tersenyum manis lalu meletakkan Irshad pula ke dalam kerusi bayi. Selepas itu, baru dia duduk berhadapan dengan Aysra.
"Pesan je apa yang you nak, sayang. I bayar semuanya," kata Ahmad. Aysra hanya diam sahaja sambil tangan membelek-belek helaian kertas menu itu.
Selepas menyatakan pesanan kepada pelayan, mereka hanya membuat hal masing-masing.
"Sayang."
"Ahmad."
Serentak mereka berdua ketawa. Haih, macam-macam betul.
"You cakap dulu sayang," kata Ahmad.
"You dulu Ahmad, I punya tak penting pun," Aysra membalas.
"You lah sayang, I punya lagi tak penting." Ahmad merenung Aysra dengan menongkatkan dagunya di atas tangannya.
Faham-fahamkan sendiri ayat tu.
"I nak pergi tandas," ujar Aysra. Ahmad tersengih-sengih kecil.
"Before you pergi, I nak tanya something. Boleh?" Soal Ahmad. Aysra mengangguk tanda membenarkan.
"You ada cinta pertama sebelum you dengan I?" Aysra tersentak apabila mendengar nama lelaki itu.
"Tak ada," balas Aysra ringkas. Ahmad mengangguk faham.
"Okay, you boleh pergi tandas." Aysra tersenyum nipis lalu bangun dari kerusinya. Handbag dan telefonnya turut dibawa.
YOU ARE READING
His Little Angel : T.A.M ( 𝐒𝐔 )
Romantiknew storyline ✔️ SLOW UPDATE!! TENGKU AYSRA MALYKHA x TENGKU AHMAD ISKANDAR START ; 15 Apr 2024 ( kali kedua ) END ; PERINGATAN ‼️ HANYA PEMBACA YANG MATANG SAHAJA BOLEH MEMBACANYA KERANA MEMPUNYAI KATA-KATA YANG KESAT DAN LAIN-LAIN.