A.M 16

21 0 1
                                    

"Demi cinta hanya setia untukmu, sayang hatiku."

Seminggu mereka di Dubai. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Hari ini, mereka ingin pergi ke pulau kepunyaan Aysra sendiri. Disana, terdapat resort cawangan baharu luar negara yang baru dibuka disini.

Perjalanan mengambil masa setengah jam itu akhirnya tiba di tempat mereka.

"Omaigad! It's so beautiful! Lagi lawa dari aku tengok dalam gambar!" Jerit Qaleesya teruja apabila melihat resort yang baru dibuka itu. Ramai pelancong-pelancong menginap disana.

"Jadi, kita tinggal dekat sini ke?" Soal Azrah kepada mereka. Aqilah yang mendengar segera menjawab.

"Nope. Kita duduk dekat rumah khas Aysra dekat atas sana." Azrah mengangguk faham.

"Rumah khas?" Soal Ahmad. Kening bercantum dari hasil kerutan dahinya.

"Ya, rumah khas. Biasanya kalau datang pulau sini kitaorang duduk dekat rumah khas Aysra. Atas sana tu." Laju tangan Natasyah menunjuk di bahagian atas bukit-bukit sana. Terlihat rumah yang agak besar dibina di atas sana.

"Boleh tahan," komen Ahmad. Dia melihat ke arah isterinya yang sedang berborak dengan salah seorang pengurus resort disini.

Comelnya. Isteri siapa tu. Dah lah pendek.

"Jom, kita pergi masuk bahagian resort dulu." Aysra mendekati mereka setelah selesai berbual. Lengan Ahmad dipaut sebelum dia menarik lembut suaminya bagi mengikutinya pergi.

"Let's go! Dengar cerita dekat sini ada pakej naik bot bawa jalan-jalan." Qaleesya bersuara.

"Memang ada pun. Semua dah tahu. Kau ni sesat dekat mana?" Sindir Thairah. Masam muka Qaleesya dibuatnya.

"Cakap je..." Meleret suara Qaleesya kedengaran.

Pulau milik Aysra ini agak luas, sebab tu mampu membina tempat resort dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan sekitar kawasan pulau ni.

"Dah jangan melayan perangai minah tu. Makin di layan makin menjadi-jadi nanti perangai dia," ujar Natasyah lalu bergerak pergi menjauhi mereka yang setia di tempat mereka berkumpul.

Setelah itu, barulah masing-masing bergerak. Mengikuti langkah Aysra yang membawa mereka bersiar-siar di kawasan resort.

Ahmad yang setia di samping Aysra mengeluh dalam diam. Dalam hatinya berdoa agar cepatkan masa mereka supaya dapat berehat. Kakinya sudah rasa ingin patah. Ya lah, semasa mereka berbulan madu ini, dia banyak berjalan dari menaiki kereta atau motor ke sesuatu tempat.

Ini kerana permintaan Aysra sendiri. Katanya ingin mengambil angin yang lagi bagus dengan cara berjalan. Masalahnya kuat betul kaki dia! Ahmad pun rasa macam dah nak tercabut kaki akibat berjalan sahaja.

"Okay, habis sampai sini je! Sekarang, kita dah boleh gerak pergi naik ke rumah khas!" Ceria suara Aysra setelah mereka tamat bersiar-siar.

Ahmad mengeluh lega. Akhirnya, setelah sejam lebih mereka pusing-pusing di bahagian resort ini luar dan dalam.

Selepas itu, mereka bergerak keluar dari resort dan mengambil langkah untuk ke bukit bahagian atas sana.

Setelah tibanya mereka di rumah khas Aysra, masing-masing kelihatan tercungap mengambil nafas. Kepenatan yang melanda mereka selama berjalan untuk ke sini.

Kariena tidak mengikuti mereka kerana ada hal kerja yang perlu diuruskan. Aysra hanya mengakurkan sahaja. Faham dengan kerja-kerja yang perlu Kariena uruskan.

His Little Angel : T.A.M ( 𝐒𝐔 )Where stories live. Discover now