3 bulan berlalu...
Aysra sedang mengemas di dapur setelah mereka siap bersarapan manakala yang lain pula berborak di ruang tamu.
Aysra tersentak kecil apabila mendengar namanya dipanggil oleh Hafizs si adik kembarnya itu. Bergegas dia ke ruang tamu.
Dia agak terkejut bercampur dengan takut apabila melihat adiknya yang berdiri sambil bercekak pinggang. Dia tertunduk takut.
"Why, kau panggil aku?" Soal Aysra dengan takutnya. Badan kecilnya bergetar akibat takut.
"I want ask you something! But, kau perlu jujur dengan aku!" Tegas suara Hafizs kedengaran. Aysra mengangguk setuju sahaja. Kepalanya masih setia menunduk.
"Kau punya?" Soal Hafizs sambil menayangkan satu alat pregnant test kepada Aysra. Aysra terkejut apabila melihatnya itu berada di tangan adik kembarnya.
"Mana, ma—mana kau da—dapat benda tu?" Soalan di balas soalan. Hafizs makin kepanasan apabila soalannya di balas dengan soalan.
"Jawab soalan aku, ini kau punya ke?!" Tengking Hafizs kuat sehingga mampu di dengari ke luar rumah.
"Y—ya, aku punya," jawab Aysra takut-takut. Dia menangis tidak mengeluarkan suara.
Hafizs mengeluh seketika sebelum memeluk badan Aysra. Dia tidak mampu melihat Aysra menangis begini. Dia lemah.
"Shushh, senyap! Jangan menangis," pujuk Hafizs lembut. Ubun-ubun kepala Aysra dicium lembut. Badan kecil Aysra itu dipeluk kuat. Lalu, dia menarik Aysra untuk duduk di sofa.
"Hafizs. Aku merayu pada kau, jangan bagitahu pada bonda dan ayah atau orang lain sekalipun. Hanya orang yang ada dalam rumah ni sahaja tahu yang aku mengandung." Mata Aysra merah akibat menangis. Dia merayu kepada adik kembarnya. Lengan sasa Hafizs dipegang erat tidak mahu melepaskan.
"Ni anak jantan mana Aysra?" Soal Hafizs. Dia tidak membalas ujaran Aysra sebentar tadi.
"Sejak bila kau pandai buat perkara terkutuk ni?" Sambung Hafizs sekali lagi. Aysra menunduk takut. Ya, walaupun dia seorang yang dingin dan kasar. Tetapi, hatinya sangat lembut dan sensitif apabila seseorang memarahinya sehingga menjerkahnya begitu.
Lihat lah sekarang, dia sungguh takut akan Hafizs. Seorang yang pendiam dan baik hati.
"Hafizs, ni a—anak Ahmad. Ka—kami kena pe—perangkap," kata Aysra. Lalu dengan kuat, dia memeluk sekali lagi adiknya. Terundur badan Hafizs kebelakang apabila badannya dipeluk. Nasib baik tak jatuh dari sofa.
"How many months have you been pregnant?" Aysra merengangkan pelukan di badan adik kembarnya. Wajahnya kelihatan berfikir sebentar sebelum menjawab.
"3 months." Aysra berkata sambil bermain dengan jari panjang Hafizs itu.
"Macam mana kau tau yang korang kena perangkap?" Soal Thairah.
"Cerita dia begini..." Aysra berkata sebelum mendiamkan diri.
Hampir lima minit juga mereka menunggu Aysra untuk bercerita. Tetapi, Qaleesya sedar bahawa mereka telah ditipu. Belakang kepala Aysra ditampar kuat.
"Bodoh ke?" Soal Qaleesya. Aysra tersengih seperti kerang busuk. Belakang kepalanya diusap.
"Selepas sahaja aku sedar daripada tidur, aku balik tanpa tunggu Ahmad. Aku hack CCTV hotel yang menghala ke meja yang aku pernah duduk dengan Ahmad. Lepas tu, aku tengok pula CCTV di bahagian kaunter air. Alissa letak something dalam air yang kami minum dan aku syak itu serbuk peransang. Lepas je aku minum air tu, aku perasan perubahan pada aku dan terus pergi tandas dan aku langsung tak ingat apa-apa lepas tu," terang Aysra. Kini, dia duduk di sebelah Hafizs di sofa. Adiknya itu memeluk pinggangnya sambil kepala dilabuhkan di atas bahu Aysra.
YOU ARE READING
His Little Angel : T.A.M ( 𝐒𝐔 )
Romancenew storyline ✔️ SLOW UPDATE!! TENGKU AYSRA MALYKHA x TENGKU AHMAD ISKANDAR START ; 15 Apr 2024 ( kali kedua ) END ; PERINGATAN ‼️ HANYA PEMBACA YANG MATANG SAHAJA BOLEH MEMBACANYA KERANA MEMPUNYAI KATA-KATA YANG KESAT DAN LAIN-LAIN.