"Demi cinta hanya setia untukmu, sayang hatiku."
Pintu pagar besar istana Crys'tana terbuka luas apabila kereta Bugatti Chiron milik Aysra menghampiri pintu pagar itu. Pantas sahaja pihak pengawal membuka satu button untuk membuka pagar Aysra, ada tiga buah kereta lagi. Sebuah milik Tengku Mikhaeel dan dua buah lagi milik orang-orang kanan Aysra. Lagi pula, pengawal-pengawal istana itu bukan sesiapa. Mereka semua adalah anak buah kepada Aysra dan Tengku Mikhaeel.
Aysra memakirkan keretanya di garaj khas. Kawasan istana itu memang luas dan garaj juga bukan main banyak.
"Allah, beratnya anak mummy ni." Aysra merungut kecil. Keluar dari kereta sambil mendukung Irshad. Tengku Hans yang menghampiri dia mula mengambil Irshad dari dukungannya. Aysra pula menarik keluar bagasi miliknya dari dalam bonet kereta.
"Adik masuk lah dulu, nanti abang menyusul," arah Tengku Hans. Aysra hanya mengangguk kecil menerima arahan dari abangnya. Sempat juga dia mencium pipi anaknya sebelum berlalu masuk ke istana besar itu.
Pintu istana dibuka oleh si dayang-dayang dari dalam. Aysra mencabut kasutnya lalu dibawah masuk ke dalam istana.
Masuk sahaja, dia dapat merasakan suasana yang agak tegang. Dia melihat sekeliling di ruang tamu itu dan terdapat ramai ahli keluarganya yang berkumpul disitu. Tepat matanya bertembung dengan mata ayahnya, Raja Mazhan.
Sempat dia meletakkan kasutnya di rak kasut khas untuknya.
"Why you guys look at me like that?" Soal Aysra apabila merasakan suasana tegang di ruang tamu istana itu. Mana lah pula abang dia ni.
Raja Mazhan bangun dari sofa dan perlahan-lahan mendekati Aysra bersama dengan renungan tajam.
Serentak itu...
PANG!
Sebuah tamparan diberikan kepada Aysra yang bingung. Aysra cuba untuk mencerna tamparan tadi. Tengku Mikhaeel yang baru sahaja melangkah masuk turut terkejut melihat Aysra ditampar.
"Ayah! Apa yang ayah buat ni?!" Tengking Tengku Mikhaeel. Dia tidak berpuas hati melihat adiknya sedang terkulat-kulat untuk mencerna situasi ini.
"Disebabkan kau manjakan dia sangat. Sekarang, dia makin melampau dan sanggup memalukan aku!" Jawab Raja Mazhan bersama tengkingan.
"Apa yang ayah cakap ni?" Soal Aysra. Cuba berlembut dengan Raja Mazhan walaupun dia tahu yang dia takkan dia balas dengan layanan baik. Dia juga tidak faham apa silapnya sampai di tampar.
Permaisuri Syamirah memintanya untuk pulang ke negara Crys'tana. Pulang sahaja dia disambut oleh tamparan hebat dari ayahnya.
"Apa yang aku cakap? Cuba kau fikir, kenapa aku tampar kau?!" Tengking Raja Mazhan. Amarahnya makin meninggi. Ingin sahaja dia siat-siat kulit anak perempuannya ini.
"Adik tak tahu lah, kenapa perlu sampai tampar adik?" Aysra menyoal sekali lagi. Pipinya masih berpijar akibat tamparan Raja Mazhan tadi. Masih terasa walaupun beberapa minit telah berlalu. Darah dihujung bibirnya dihiraukan.
"Kau tanya diri kau lah, Aysra! Apa yang kau dah buat?!" Raja Mazhan mula hilang kesabaran. Thairah dan yang lain melangkah masuk itu tersentak mendengar suara Raja Mazhan yang sangat kuat.
YOU ARE READING
His Little Angel : T.A.M ( 𝐒𝐔 )
Romancenew storyline ✔️ SLOW UPDATE!! TENGKU AYSRA MALYKHA x TENGKU AHMAD ISKANDAR START ; 15 Apr 2024 ( kali kedua ) END ; PERINGATAN ‼️ HANYA PEMBACA YANG MATANG SAHAJA BOLEH MEMBACANYA KERANA MEMPUNYAI KATA-KATA YANG KESAT DAN LAIN-LAIN.