"Demi cinta hanya setia untukmu, sayang hatiku."
Tinggal dua hari lagi berlangsungnya perkahwinan antara Ahmad dan Aysra. Bukan mereka berdua sahaja tetapi ada lagi pasangan yang sama tarikh dengannya.
Senang kata, ingin mempermudahkan dalam satu majlis sahaja.
Thairah dan Tengku Mizrul.
Aysra dan Ahmad.
Hafizs dan Azrah.
Tiga pasangan mempelai yang akan melangkah ke alam perkahwinan.
"Wei, sumpah aku tak sabar nak kahwin!" Jerit Thairah dengan teruja. Kaki pun ikut bergerak sehingga tidak perasan bahawa barang-barang hantaran yang disusun elok oleh mereka terjatuh semula.
"Sial lah! Aku tahu kau dah nak kahwin tapi tak payah beria macam anjing." Aysra menjeling tajam. Thairah hanya tersengih-sengih sambil menggaru keningnya.
Aysra mengutip barang-barang hantaran yang terjatuh tadi dan menyusunnya semula. Berejam juga nak buat tetapi sesedap rasa si Thairah menendang hantaran itu.
"Sorry, beb. Tak sengaja." Thairah meminta maaf tetapi hanya dibalas dengan jelingan tajam dari Aysra.
Aysra dan beberapa orang yang lain menyusun semula hantaran-hantaran itu seperti tadi di atas dulang.
"Adik dah pergi fitting baju yang tempah haritu?" Soal Permaisuri Syamirah lembut yang baru tiba di ruangan tamu kedua istana di bahagian tingkat 2 itu.
"Eh, adik lupa pula. Boleh tak bonda tolong call Ahmad sekejap? Rasanya dia masih dekat sini, tak balik ke Evalyn lagi. Sebab ada hal katanya." Permaisuri Syamirah hanya mengangguk setuju. Aysra mula menyambung hantarannya.
Ahmad masih di Crys'tana kerana ada hal tertentu. Selepas selesai, baru dia pulang semula ke Evalyn. Pernikahan mereka berlangsung di masjid besar milik kerabat diraja Evalyn. Jadi, kerabat-kerabat besar Crys'tana akan ke Evalyn untuk menyaksikan hari bersatunya 3 pasang hati.
Sila fahamkan sendiri. Tak faham buat faham ye.
Aysra terlalu leka dengan barang hantarannya sehingga merasakan bahunya dikuis dari arah belakang. Pusing ke kanan tiada orang. Pusing ke kiri juga tiada orang. Apabila dia pusing ke kanan semula, alangkah terkejut dia melihat wajah dia dan Ahmad bertentangan.
Ahmad tersenyum senget melihat muka Aysra yang terkejut bercampur pucat itu.
"Terkejut ke tu?" Soal Ahmad sinis. Dia tersenyum senget apabila melihat raut wajah Aysra masih setia pucat. Sehingga lah Aysra menampar kuat pipinya sehingga terjerit kecil.
"Oh my...sakit gila! Tangan ke apa ni tampar pipi I?!" Soal Ahmad separuh menjerit. Dia mengurut-ngurut pipinya.
"Padan muka you lah! Siapa suruh terkejutkan orang lagi? Kan kena padahnya. Kalau I ada sakit jantung macam mana? Mahu mati dekat sini!" Aysra menghamburkan marahnya. Dia cuba memukul pula lengan Ahmad tetapi sekejap sahaja tangan kecilnya di dalam genggaman Ahmad.
"Jangan lah marah. Pergi bersiap sana. Nak pergi fitting baju kita pula," arah Ahmad lembut. Bunga-bunga yang berada di dalam tangan Aysra di sebelah kiri itu diletakkan ke lantai.
YOU ARE READING
His Little Angel : T.A.M ( 𝐒𝐔 )
Romancenew storyline ✔️ SLOW UPDATE!! TENGKU AYSRA MALYKHA x TENGKU AHMAD ISKANDAR START ; 15 Apr 2024 ( kali kedua ) END ; PERINGATAN ‼️ HANYA PEMBACA YANG MATANG SAHAJA BOLEH MEMBACANYA KERANA MEMPUNYAI KATA-KATA YANG KESAT DAN LAIN-LAIN.