CHAPTER 7˚➶ ⋆

1K 80 6
                                    

1 minggu berlalu...

SILAU-SILAU dari kamera wartawan-wartawan di sebelah kiri dan kanannya membuatkan Arbelle berasa rimas. Arbelle masih setia menayangkan senyuman di bibir sejak sahaja dia melangkah keluar dari keretanya tadi bersama Fellora. Fellora di sebelahnya memberikan sebuah kaca mata hitam kepada Arbelle agar matanya tidak sakit dengan limpahan-limpahan cahaya itu. Ugh too much attention and i hate that.

Too much!

" Miss Arbelle! "

" Miss Arbelle Davrina! "

" Miss. "

Arbelle hanya mengendahkan suara-suara lantang yang cuba menarik perhatiannya tetapi bibirnya masih menguntumkan senyuman. Dia meneruskan langkahnya ke arah apartment miliknya. Tiba-tiba seorang perempuan menarik lengannya membuatkan dia hampir terjatuh. Nasib tangannya sempat memegang bahu Fellora.

" Miss Arbelle. Boleh miss ceritakan sedikit tentang kejadian miss diserang semasa miss bercuti ke Singapore tempoh hari? " tanya seorang wartawan perempuan yang menarik lengannya tadi. Namun, Arbelle hanya mengendahkan pertanyaan itu.

" Adakah miss tahu siapa yang serang miss? "

" Macam mana kejadian itu boleh berlaku miss? "

" Apa perasaan miss apabila diserang secara tiba-tiba? "

Pertanyaan-pertanyaan wartawan membuatkan Arbelle naik rimas jadinya. Menitik peluh di dahi Arbelle dek wartawan-wartawan yang ramai berkumpul dekat dengannya. Ada juga peminat-peminat Arbelle yang menghalang wartawan-wartawan dari mendekati Arbelle. Bukannya Arbelle tidak mampu mengupah pengawal untuk menjaganya cuma dia tidak suka. Entahlah... Cukup lah manager nya berada di sisi.

" No comment. " Arbelle hanya terus melangkah ke depan. Arbelle hanya berdiri di sebelah Fellora yang sedang membuka pintu apartment dengan menggunakan kad akses. Dia memberi laluan kepada Arbelle dahulu untuk masuk ke apartment.

" Wait mi─ " Fellora terus berdiri menghadap wartawan-wartawan yang sedang berkumpul di depan apartment milik Arbelle. Dia mendepakan tangannya bagi menghalang mereka daripada masuk ke dalam apartment mewah milik Arbelle.

" Sorry. Sekarang Miss Arbelle Davrina nak berehat. Dia tiada jawapan untuk semua soalan korang tadi. And please give her some privacy too. Thank you. " Sejurus mengucapkan itu dia menutup kuat pintu apartment Arbelle. Nafas dihela...

Arbelle menghempaskan punggungnya di sofa lalu dengan perlahan-lahan senyumannya mati. Remote control yang berada di atas meja diambil lalu dia menekan button on. Kaca televisyen mula menyala. Namun sesuatu yang terpampar membuatkan Arbelle berdecit.

Berita tentang dia diserang ketika bercuti di Singapore telah tersebar di seluruh negara. Gambar dirinya berada di hospital juga terpampar dan Arbelle kini menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial. Arbelle mendengus kasar.

" Miss? " panggil Fellora

" Hmm. " gumam Arbelle perlahan.

" Miss nak air? I boleh buatkan. Anything...ice lemon tea or coffee? " tanya Fellora apabila terpandang Arbelle memejam matanya sambil tangan mengurut dahinya.

2 hari selepas Arbelle dan ibu bapanya pulang ke rumah, Arbelle membuat keputusan untuk terus tinggal di apartmentnya. Alasannya kerana tiada siapa yang boleh menjaga apartmentnya. Puas Dato' Isyraf melarang Arbelle untuk tinggal di apartment miliknya sendiri tetapi apakah daya gadis diva ini terlalu degil. Kena serang pun berani lagi nak tinggal sorang. Haih..

" No, thanks. " tolak Arbelle. Tak rasa nak minum apa-apa sekarang ni.

" Miss okay? " risau pula Fellora melihat keadaan Arbelle sekarang. Dia melabuhkan punggung di sebelah tempat yang diduduki oleh Arbelle.

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐲 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now