CHAPTER 19˚➶ ⋆

606 47 7
                                    

      ANGIN yang redup di taman itu menampar lembut kulit mulusnya. Rambut perang aslinya yang berterbangan dihiraukan. Dirinya yang tadi duduk kini dibaringkan di atas kerusi batu yang telah disediakan. Kelopak mata dipejamkan.

Suasana ini sangat nyaman dengan bunyi sekumpulan burung yang berterbangan di awan langit. Sangat nyaman sehingga─

"Hai, cik adik. Buat apa duduk sini sorang-sorang?" Sapa seorang lelaki sekitar umur 30an.

Arbelle berdecit kuat. Siapa pulak yang ganggu aku ni? Baru sahaja dia ingin rehat sebentar. Dia mendengus geram.

Kemudian, dia mencelikkan mata. Terus segar matanya apabila figura seorang lelaki yang cukup hodoh menghiasi kornea matanya. Laju dia bangun daripada terus baring di situ.

Dia menjeling tajam jejaka itu.

"Uish sombong," ujar jejaka itu dengan nada berbaur sindiran. Arbelle hanya hiraukan sahaja.

Orang gila jangan dilayan.

"Adik, nak abang teman adik ke?" Arbelle hanya memekakkan telinganya. Dia hanya bermain telefon bimbitnya dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi memang paper spray yang sememangnya dia selalu bawa. Paper spray itu dipegang erat di sisinya.

Bersedia sahaja.

"Abang boleh teman adik sampaaaai malam." Kata lelaki itu lagi lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah Arbelle. Arbelle hanya memutarkan bebolanya menyampah. Lelaki kan?

Here we come again...

"Adik buat apa dekat sini sorang-sorang? Adik ni dah lah cantik, hot, comel, sexy. Orang macam adik ni memang abang suka." Usai menuturkan ayat itu, jejaka itu menggigit kecil bibirnya.

"Shut your fucking mouth." Turun naik nafasnya menahan kemarahan yang semakin tinggi. Dia melirikkan matanya ke arah lelaki itu. Dah lah pakai baju bercorak boboiboy. Seluar pun koyak-koyak. Ada hati nak ganggu aku.

"Awch garang ni. Macam ni lah abang suka. Rawr..." Ucap lelaki itu. Tangannya naik untuk membelai rambut panjang milik Arbelle.

Belum sempat jejaka itu menyentuh rambutnya, pantas Arbelle berdiri.

"Jangan kacau aku." Kata Arbelle dingin. Tangan mengepal penumbuk.

Jantan ni, pagi-pagi macam ni pun jadi. Tak maju negara kalau macam ni lah rakyatnya.

"Ala jom lah main dengan abang. Sekejap je tak lama." Tanpa amaran, tapak tangan lelaki itu yang kasar dan besar naik menyentuh pipi mulus Arbelle. Automatik gadis itu menepis kasar tangan lelaki itu. Jijik.

"I said.. Jangan. Kacau. Aku. Aku tak layan la sampah masyarakat macam kau." Usai menuturkan ayat itu, Arbelle merenung tajam ke arah lelaki itu. Setapak lelaki itu mendekati Arbelle, setapak juga Arbelle ke belakang.

"Ala kejap je, adik. Abang janji tak lama." Ujar jejaka itu diakhiri dengan kenyitan mata.

"Kau ni bodoh eh? Tak faham bahasa? Aku rasa aku cakap bahasa Melayu dah tu. Nak aku cakap bahasa Tamil pulak ke? Ataupun bahasa Arab? Bahasa tu boleh la sikit-sikit aku cakap." Sinis gadis itu berkata. Berubah terus tatapan lelaki itu terhadap Arbelle apabila mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari bibir mungil itu.

Tangan lelaki itu mencapai lengan Arbelle. Membulat besar mata Arbelle, baru sahaja dia ingin menggunakan paper spray, tiba-tiba sebelah lagi tangan lelaki itu menepis benda kecil itu sehingga terjatuh ke atas tanah.

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐲 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now