CHAPTER 3˚➶ ⋆

1.4K 74 4
                                    

      Bunyi alarm iphone milik Arbelle yang bising dan tidak berhenti berbunyi itu mengganggu tidurnya yang lena. Dia memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan sebelum dia mendengus kasar. Arbelle dengan perlahan bangun daripada perbaringannya. Belakang badannya disandarkan pada kepala katil. Dia mengambil telefonnya itu lalu menekan button ' off ' . Dia menguap kecil pula. Selepas itu, dia menggosok matanya dengan menggunakan belakang tapak tangannya.

" Ish, ngantuknya.. " gumamnya perlahan lalu dia termenung seketika. Lama dia berkeadaan sebegitu sebelum dia mengambil keputusan untuk tidur semula.

" hmph. Tidur je la sekejap. " terus dia baring dalam keadaan yang selesa. Duvet ditarik sehingga paras dadanya.

Baru sahaja dia mahu dibuai mimpi semula. Tiba-tiba dia dapat merasakan ada seseorang melompat ke atas katil yang dia baring. Terus sahaja matanya terbuka dek lenanya terganggu lagi.

" Woi minah bangun lah! dah lewat ni! " ujar sepupu Arbelle. Nawra Elra. Arbelle menutup matanya kembali apabila mendapat tahu siapa gerangan yang mengganggu tidurnya.

" hmm. Aku ngantuk laa. " matanya masih erat terpejam.

" Dah nak dekat pukul 12 tengah hari dah ni! Nak jadi apa kau ni? " Elra menepuk kuat belakang badan Arbelle.

Arbelle memusingkan badannya ke belah kiri dan dia menunjukkan tapak tangannya.

" 5 minutes more please. " ujarnya lalu menjatuhkan tangannya ke atas dahi licinnya.

" Ah takde-takde 5 minit ke 10 minit ke, kau kena bangun cepat. Mummy kau yang suruh aku bangunkan kau ni. Family aku datang dari pagi tadi lagi tau and dah nak balik dah pun. Kau tak bangun-bangun lagi tau." Elra menggongcang kuat tubuh Arbelle sehingga terbuka luas matanya.

" Ish! ye lah kau ni! " asal ramai sangat datang rumah aku ni?! semalam kawan baik mummy, sekarang family sepupu aku pulak! Hisy! Memang patut pun aku duduk apartment sendiri!

" Dah pergi keluar sekarang! " laju jari telunjuk Arbelle menunjuk ke arah pintu biliknya.

" Hehehe chaw lu! " sebelum Elra keluar dari bilik sang sepupu tercinta, sempat dia mencubit kuat pipi sepupunya itu lalu dia berlari dengan laju untuk keluar dari bilik itu. Takut.

" Woi! tak guna punya sepupu. Kau tunggu nanti. " dia menggosok lembut pipinya yang baru dicubit tadi. Sakit tahu tak!

Dia menyelak comforter yang berada di tubuhnya lalu turun dari katil. Dia mengambil kain tuala miliknya yang disangkut pada almari. Sejurus itu, dia terus masuk ke dalam bilik mandi. Mandi lu!


         Kaki panjang Arbelle melangkah ke arah meja makan utama di rumahnya. Kerusi ditarik lalu dia duduk di situ.

" Ha Belle dah nak masuk tengah hari baru nak bangun? " tanya Datin Daniella apabila terperasan kehadiran anak perempuannya di meja makan.

" hmm " balas Arbelle. Mengecil mata Datin Daniella memandang anaknya.

" Ala mummy, bukannya selalu pun Belle bangun lewat. Lagi pun Belle penat la. Semalam kan ada orang dat─ "

" Apa nak jadi la dengan anak kau ni. Anak kau ni memang suka bangun lewat ke? Nanti dah kahwin macam mana la. Tak boleh buat bini si budak ni. Ni nasib si Elra tu yang kejutkan. Kalau tak , tak bangun la anak kau. " sampuk satu suara yang tiba-tiba muncul di meja makan. Macam memerli pun ada.

" Eleh, aunty ni. Macam lah dia tu tak pernah bangun lewat. " mata Arbelle menjeling tajam ke arah wanita yang sudah berusia di depannya sambil sebelah tangannya memasukkan pancake yang telah dipotong ke dalam mulut.

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐲 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now