CHAPTER 9˚➶ ⋆

1K 74 2
                                    

PINTU butik Lovelybee ditolak perlahan oleh Arbelle. Kaca mata hitam miliknya dikemaskan lagi di atas batang hidungnya. Masuk sahaja dia di dalam butik itu, terus dia disapa oleh pekerja di situ.

"Welcome to Lovelybee Bootique. Hello miss, good evening. May I help you?" Sapa pekerja Cina yang yang berambut pendek serta berwarna merah itu. Senyuman diukir di bibirnya sejak Arbelle menjejakkan kakinya di butik itu.

"Erm I nak ambil dress under name Sofia Deanne."

"Ahh yes, Miss Deanne ada call tadi yang akan ada kawan dia tolong ambilkan. Miss Arbelle right?" Ujar pekerja itu dengan suaranya yang pelat.

"Yeah...That's me."

Beberapa minit selepas itu, pekerja itu masih tidak kembali semula. Mata Arbelle meliar-liar di dalam butik itu. Butik yang cukup mewah dengan kilauan permata. Citarasa Deanne hampir sama dengannya. Sesekali dia menyentuh pakaian yang telah dipakai pada patung. Namun secara tiba-tiba pergerakannya terhenti. Eh?

Jap.

Aku ada bodyguard kan?
Dia ikut aku tadi kan?

Terus Arbelle memusingkan tubuhnya dan menuju ke arah pintu butik itu. Dia menolak pintu lalu berhenti di depan butik. Dia memandang sekelilingnya. Mana mamat ni pergi?! Takkan dia tinggalkan aku kot.

Sebelah tangannya mengibas di hadapan mukanya dek cuaca yang panas. Dia memandang ke arah sebelah kirinya lalu dia memanjangkan lehernya. Takde la pulak. Ish lantak dia la! Tiba-tiba bunyi tapak kasut yang kuat membuatkan Arbelle terus memalingkan kepala ke arah belah kanan.

Terkedu Arbelle tatkala wajah Farell betul-betul dekat di hadapan wajahnya. Tidak bergerak seinci pun Arbelle dari tempatnya. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum bunyi burung gagak yang agak bising membuatkan Arbelle terus tersedar. Laju dia menolak perlahan wajah Farell ke tepi. Bukan tampar.

"Eee apa dekat-dekat ni?!" Arbelle menayangkan riak wajahnya yang seperti kegelian. Wajahnya hampir naik merah menyala namun dia masih dapat mengawal riak wajahnya.

"What?" Farell menegakkan semula badannya daripada terus terbongkok. Tangan menyebak rambut kebelakang.

"Y-you─ hisy! Benci la macam ni!" Arbelle mendengus kasar. Tidak senang duduk dia di situ. Seperti cacing kepanasan. Tidak pernah dia sebegini di hadapan lelaki lain namun di hadapan bodyguardnya...lain pula.

"You pergi mana tadi?" Tanya Arbelle dengan nada yang tertahan. Tangan yang berada di sisi mengepal buku lima.

"Aku pergi angkat call orang tadi. Why?" Balas Farell dengan riak yang biasa. Mata memandang tepat wajah wanita yang menjadi tumpuannya sekarang.

"I ingat you tinggalkan I tadi." Arbelle mendongak memandang wajah si jejaka.

"Aku tak pergi mana-mana pun." Mata mereka yang bersambung membuatkan Arbelle meraup wajahnya. Asal aku rasa lain macam je muka aku sekarang ni?

"Kau kenapa?" Soal Farell apabila terpandang wajah Arbelle yang merah menyala. Kulitnya yang putih melepak membuatkan wajahnya jelas terlihat warna merah.

"I-I p-panas je." Ada lah jugak rasa panas tetapi kulitnya berubah warna bukan oleh kerana cuaca namun di sebabkan oleh jejaka tinggi di hadapannya sekarang. Kan?

"Really?" Farell tersenyum senget. Yeke?

"T-takde p-ape pun la..." Gugup Arbelle apabila Farell sudah mula menapak mendekatinya. Mahu sahaja dia melarikan diri sekarang tetapi kedua-dua belah kakinya tidak mahu bergerak sedikit pun.

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐲 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now