"Nama dia Farell Daniel."
SEBARIS nama yang cukup membuatkan hati Arbelle berdebar. Empat patah perkataan itu cukup membuatkan suasana sekeliling mereka sepi. Arbelle hanya diam memandang Farell yang berdiri di sebelah ayahnya. Tidak lepas tatapan Arbelle menatap ke dalam wajah sempurna Farell. Begitu juga dengan jejaka itu.
Badan Farell sedikit mengeras memandang wajah Arbelle yang jelita. Arbelle hanya memakai abaya berwarna kelabu dan rambutnya yang beralun bebas tidak terikat. Wajahnya yang sudah putih melepak di tambah pula lipmatte berwarna nude menaikkan lagi seri wajahnya. Tanpa sedar, jantung Farell sudah berdetak laju.
"So..."
Suara Dato' Isyraf yang memecahkan kesunyian itu membuatkan Arbelle terus tersedar. Laju sahaja Arbelle melarikan anak mata daripada terus menatap mata jejaka itu. Dia memandang ke bawah dan tangan mengambil selendang yang terjatuh itu lalu diletakkan di bahu kanannya.
Dato' Isyraf mengiringi Farell menyusun langkah ke arah anaknya. Arbelle yang memerhati jejaka itu menapak mendekatinya terus menelan air liurnya perlahan-lahan. No...
...jangan dekat.
Apabila Farell sudah berhenti di hadapannya, terus Arbelle menjatuhkan pandangan ke arah sebelah Farell. "So I guess...dia lah bodyguard Belle tu?"
"As you can see, yes." Balas Dato' Isyraf sinis. Arbelle memandang pula wajah jejaka di sebelah ayahnya. Tiada senyuman yang terukir di bibirnya. Muka mendatar sahaja. Arbelle kemam bibir.
"Belle takn─"
"─Uhm Uhm no." Sempat Dato' Isyraf melarang terlebih dahulu sebelum Arbelle membantah buat kali ke seratus.
"OKAY FINE!" Akhirnya Arbelle mengalah. Wanita itu memutuskan untuk hanya mengikut kemahuan ayahnya. Dia mendengus kasar. Dato' Isyraf dan Datin Daniella tersenyum nipis.
"Farell." Mendengar sahaja namanya dipanggil membuatkan Farell menoleh membawa pandangan ke arah wajah tua Dato' Isyraf.
"Ini lah anak uncle. Arbelle Davrina."
"Oh." Pandangan iris Farell yang berwarna marble grey ke arahnya membuatkan Arbelle enggan menatap pandangan itu. Dia menundukkan kepala sambil bermain-main dengan jari-jemarinya.
Mata tu...
"Hi─" mendengar sahaja suara garau Farell menyapa sistem pendengaran Arbelle langsung membuatkan dia pantas mendongak ke atas dek Farell yang lebih tinggi daripadanya. Pandangan mereka bercantum semula. Terkelip-kelip iris hazelnya memandang Farell. Arbelle berdehem kecil.
Arbelle menghulurkan tangan kanannya dengan selamba untuk bersalaman dengan Farell. Farell hanya diam memandang tangan itu. Langsung tidak berniat untuk menyambut huluran itu.
"Belle." Datin Daniella menegur anaknya.
"What?" Soal Arbelle dengan wajah yang berkerut. Datin Daniella memberi isyarat mata ke arah tangannya. Arbelle yang seakan faham terus menjatuhkan tangannya semula. Oh tak sentuh perempuan...
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐲 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝 | 𝐎𝐆
Romance╭┈─────── ೄྀ࿐ ˊˎ- ╰┈➤ ❝ 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 𝐁𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 ❞ Farell Daniel × Arbelle Davrina FARELL DANIEL | Si jejaka yang mempunyai sepasang mata berwarna marble grey, berdarah campuran Melayu-France dan memegang jawatan sebagai seoran...