CHAPTER 11˚➶ ⋆

976 71 8
                                    

ARBELLE meregangkan badannya ke kiri dan ke kanan. Dia menghelakan nafas berat lalu bangun daripada terus duduk di atas kerusi kecil yang telah disediakan. Kipas elektronik di tangan diletakkan di atas meja. Selesai sahaja photoshoot dijalankan, dia membasahkan tekaknya terlebih dahulu. Ugh letihnya...

Sesudah itu, wanita ini melangkah keluar dari studio. Mana Fellora eh? Getus hati Arbelle. Dia berjalan-jalan di dalam bangunan Agency Starlight itu sambil mencari di mana keberadaan managernya yang satu itu.

Mana Farell? Entah. Semasa photoshoot dijalankan, Farell telah keluar dari studio itu. Dia bosan kot. Entah. Lantak dia lah nak pergi kat mana. Aku tak kesah. Janji jangan kacau aku.

Dia telah melepasi ruangan makanan dan baru sahaja dia ingin melangkah pergi lagi, tiba-tiba dia terdengar akan suara yang sangat dia kenali di sebalik dinding. Arbelle melekapkan telinga nya pada dinding.

Berkerut dahi Arbelle. Apa yang bie bie anje ni?

Arbelle memanjangkan lehernya dan mengintai sedikit di sebalik dinding. Oh Fellora tengah video call bersama seseorang. Arbelle tersenyum jahat. Terus di melekapkan telinga nya kembali pada dinding.

"Bie tengah buat apa tu?"

"Bie tengah basuh baju ni..."

"Anje dah makan?"

"Belum lagi lah bie..."

Mahu tergelak Arbelle mendengar suara kepit yang dibuat-buat oleh Fellora itu. Macam ni eh dia kat belakang aku!

"La...kenapa anje tak makan? Ni bie nak marah ni! ish ish ish."

"Anje nak bie suapkan anje lah...hihihi"

Arbelle membuat muka toya nya mendengar perbualan dua orang manusia yang tengah hangat bercinta ini. Dia menapak keluar dari sebalik dinding itu dengan mengejut.

"Anje rindu b─"

BAM!

"HAAAA!!" Arbelle menepuk kuat meja di hadapan Fellora sehingga menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Terpelanting telefon Fellora ke atas lantai.

"OPOCOT EH MAK ENGKAU─ MISS!" Terjerit kecil Fellora tatkala menerima tindakan yang mengejut itu. Hampir luruh jantung dibuatnya. Terus dia mengambil kembali telefon bimbitnya yang berada di atas lantai. Nasib baik tak pecah!

"You tengah video call dengan siapa? Siap ber bie anje nya. I yang dengar ni geli tahu tak?" Mendengar sahaja soalan yang ditanya oleh Arbelle, terus Fellora menatap skrin telefonnya. Masih di dalam call. Terus dia menutup panggilan itu. Kantoi tengah video call dengan pakwe.

"Err....ada lah miss."

"Your plus one right? You tak bagitahu I pun! Dalam diam eh."

"I ingat miss taknak dengar dan tahu apa-apa pasal cinta ni."

"Memang I taknak tahu pun. I saja je." Arbelle mengambip tempat di kerusi sebelah Fellora.

"Miss buat apa kat sini? Dah habis photoshoot ke? Mana bodyguard miss?" Banyak tanya pulak. Ingat jumpa Fellora boleh tenang lah sikit kepala ni. Makin bertambah pening ada lah.

"I nak jumpa you sebab nak tanya you pergi mana seharini tak nampak. Ye, I dah habis photoshoot. Bodyguard I? Entah dia pergi mana. Biarlah dia tu. Serabut lah dia selalu berkepit dengan I. You tahu kan I ni macam mana?"

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐲 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now