RUANG rehat kakitangan bukan tempat untuk banduan. Itu peraturan pertama yang semua staff tahu. Tapi hari ini, semua orang buat-buat tak kisah. Atau mungkin mereka dah biasa dengan banduan yang sorang ini. Siapa lagi kalau bukan Saint Motherfucker Arxo. Lelaki yang bukan saja langgar undang-undang di luar, tapi juga tahu macam mana nak bengkokkan peraturan dalam penjara ini. Gila sungguh.
Darlia baru saja selesai melakukan semakan laporan apabila dia diberitahu bahawa Saint ada di ruang rehat staff. Bukan lokap, bukan bilik rawatan. Tapi ruang staff. Memang penjara ini dah jadi rumah nombor dua Saint agaknya.
Wajah Darlia berkerut seribu apabila dia melangkah masuk ke dalam ruang rehat itu. Bau kopi basi dan paper cup yang sudah kosong memenuhi meja. Berteraburan. Bahkan sampah keropok dan mi segera juga berselerak di atas meja itu. Suasana yang sepatutnya tenang ini penuh dengan kekotoran.
Apa yang pengotor sangat manusia dekat penjara ni?
Mata Darlia tertumpu ke arah dua orang warden yang sedang berborak kosong di atas sofa itu. Daripada gaya mereka saja Darlia dah tahu yang mereka langsung tak hiraukan banduan yang sepatutnya jadi tanggungjawab mereka.
"Apa dia buat kat sini?" soal Darlia.
Salah seorang warden memandang Darlia tanpa rasa bersalah, seolah-olah dia pun dah malas nak kisah.
"Dia sakit perut. Katanya nak jumpa doktor. Tapi bila sampai sini, dia duduk senyap. Tak cakap apa-apa," jelas warden itu dengan ringkas sebelum dia menyumbat keropok ke dalam mulutnya.
Darlia mendengus kecil. Dia menoleh ke arah Saint yang sedang duduk di kerusi meja makan itu. Tangannya digari ke gelung besi yang terpaku pada dinding namun ekspresi wajahnya langsung tak nampak seperti orang yang terkurung.
Lelaki itu terlalu santai.
Tenang sungguh. Seolah-olah dia pemilik tempat tu.
Mata mereka bertemu.
Saint melemparkan segaris senyuman sinis pada Darlia. Pandangan matanya tajam, hampir menembusi Darlia.
Darlia menapak mendekati Saint dengan perlahan.
"Apa yang tak kena dengan perut awak?" soal Darlia seraya menarik kerusi di meja makan itu dan duduk betul-betul depan Saint. Sambil itu Darlia mengeluarkan buku nota kecil dari poket kotnya. Pen juga sudah ada di tangan, bersedia untuk catat apa saja yang keluar dari mulut lelaki tu.
Namun Saint diam. Dia hanya tunduk sedikit dan membiarkan rambutnya jatuh menutupi sebahagian wajah. Jari-jemari panjangnya pula bermain dengan rantai gari di pergelangan tangan. Gayanya seperti gari itu bukan beban atau sekatan, tapi lebih kepada aksesoris yang memberi vibes bad boy padanya.
Darlia tunggu Saint bersuara. Matanya ligat memerhati gerak-geri Saint. Dari cara lelaki tu duduk dan cara dia bermain dengan gari itu menunjukkan dia sangta tenang.
"Awak datang sini sebab sakit perut kan?" ulang Darlia sambil menghela nafas panjang. Nada suaranya lembut tapi masih kedengaran tegas. Dia tak suka bila Saint main-main. Kalau benda lain Darlia okay lagi, tapi kalau melibatkan kerjanya, Darlia tak suka main-main.
"Sakit. Tapi bukan perut," jawab Saint dengan tenang.
"Habis tu?" soal Darlia dengan bengang. Kalau tak sakit, cakaplah tak sakit. Ini menipu pula. Jangan sampai Darlia lempang muka Saint pakai buku nota dia. Baran ni.
"Sakit sebab rindu. Rindu nak tengok kau."
Kepala bapak dia.
Darlia merenung Saint dalam-dalam. Dia meletakkan pen ke atas meja dengan kasar. Kemudian dia bersandar pada kerusi dan dia mengerling ke arah dua orang warden tadi sebelum dia menumpukan semula perhatian pada Saint.
ANDA SEDANG MEMBACA
War of Hearts
Romance❝ 𝙏𝙝𝙚𝙧𝙚 𝙖𝙧𝙚 𝙢𝙖𝙜𝙣𝙚𝙩𝙨 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙗𝙤𝙣𝙚𝙨 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙚 𝙞𝙧𝙤𝙣 𝙞𝙣 𝙝𝙞𝙨 𝙗𝙡𝙤𝙤𝙙. ❞ +17 || Mature content All rights reserved © wadaella
