01

47 2 0
                                    

"Aku terima nikahnya Dara Bulan binti Sulaiman dengan mas kahwinnya RM 500 ringgit tunai"

Dara bulan termenung memikirkan tentang status dirinya sekarang.Dalam masa sesingkat ini,dia masih tidak sangka yang dia sudah pun menjadi isteri kepada lelaki yang langsung dia tidak kenal isi hati malah keperibadiannya kerana dijodohkan oleh keluarga.

Namun tidak dibantah malah melawan kerana kasih dan sayang yang tinggi terhadap ibu bapanya.Apa yang terbaik untuknya akan dia terima.

"Ehem"

Dengungan seseorang membuatkan dia tersentak lantas memusing ke arah figura di belakangnya.

Ya,itulah dia.Harith Raid,suaminya.

"Erkk lama dah ke Raid kat belakang ni?maaf tak perasan.Kalau Raid rasa nak mandi,tu Bulan dah sedia kan tuala kat atas katil"

"Emm terima kasih" ucap Harith Raid lantas berlalu pergi ke bilik air.

Canggung sungguh perbualan mereka.Iyelah,jumpa pun hanya beberapa kali sahaja.

Selesai sahaja menunaikan solat,Harith Raid bergerak ke arah katil yang menempatkan Dara Bulan.Dia ingin berbual sesuatu dengan gadis itu.

"Ehem Raid nak cakap sesuatu dengan Bulan boleh?ke Bulan dah nak tidur?" Tanya Harith Raid.

"Tak lah,apa dia yang Raid nak cakap?"

Terkejut juga Dara Bulan apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja mengajaknya bercakap tentang sesuatu perkara.Dia ingatkan sampai ke esok pagi keadaan kekok ini berlangsung.

"Raid tahu Bulan dan Raid masing-masing tak menaruh perasaan.Tapi Raid nak,kalau boleh kita cuba untuk menjadi seperti pasangan suami isteri yang lain.Raid tak memaksa Bulan untuk jadi isteri mithali,terserah pada Bulan.Raid tak suka memaksa.Tapi mungkin fasa pertama ni,kita berkawan untuk mengenali hati dan perangai masing-masing.Bulan setuju?"Luah Harith Raid berterus-terang tanpa berbasa-basi.

"Bulan okey je,Bulan pun kalau boleh nak kenal hati masing-masing.Berkawan?Ermmm okey,cun.Kita kawan"

Dara Bulan pun malas mahu menyerabutkan kepala otak jadinya dia hanya setuju sahaja Lagi pun memang agak canggung pun hubungan ini.Mungkin kalau dengan cara "berkawan" dapat mengenali hati masing-masing dengan lebih mudah.

Tangan yang dihulur oleh Dara Bulan disambut kemas oleh Harith Raid.Masing-masing tersenyum segaris.



































BianglalaWhere stories live. Discover now