03

12 1 0
                                    

"Bulan masuklah.Biasa-biasa je rumah Raid ni.Kalau Bulan tak selesa,maaf lah ye."

Raid berkata sambil mengusap lehernya.

Bulan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah milik Raid tercengang.Reka bentuknya yang moden dan sederhana tetapi masih kelihatan elegant.

Setiap perabot yang terdapat dalam rumah ini semuanya menarik,dari meja,kerusi,lampu dan lain-lain lagi.

Ini yang dikatakan biasa.Rumah ini hanya 2 tingkat sahaja tetapi kelihatan luas seperti banglo.

"Ini yang awak katakan biasa.Ini bukan biasa,ini luar biasa.Memang besar ke rumah ni?sebab macam pelik,awak duduk sorang je tapi macam duduk 10 orang dalam rumah ni.Mengemas lagi apa semua tu,awak sendiri ke yang buat"

Tanya Bulan bertalu-talu.Banyak soalan yang terdapat dalam benak fikiran.

"Terima kasih puji rumah Raid.Entah Raid pun tak tahu kenapa Raid pilih rumah ni,mungkin kena dengan reka bentuk yang Raid nak.Rumah ni kadang-kadang je Raid kemas,selebihnya Raid akan upah orang untuk kemas.Semput Raid kalau Raid sorang je yang buat."

Bulan mengangguk.Masih lagi terpegun dengan keindahan hiasan yang terdapat dalam rumah ini.

Selepas siap meneliti setiap sudut yang terdapat di rumah ini,Bulan terus mendapatkan Raid untuk menanyakan tentang bilik.

"Raid bilik Bulan yang mana?"

Iye,Bulan tahu soalan itu agak klise tapi takkan lah dia mahu terjah terus bilik Raid.Tidak pasal-pasal malu percuma.

"Bilik apanya?Bilik Raid lah"

Raid yang mendapat soalan daripada Bulan bingung seketika tentang soalan yang diajukan.

"O-oh okeyy"

Malas mahu bertanya lebih lanjut Bulan terus meluru pergi ke bilik Raid untuk membersihkan diri dan menukar pakaian yang lebih selesa.

Selepas siap membersihkan diri dan menukar pakaian,Bulan terus turun ke bawah untuk mencari Raid.

Sampai sahaja Bulan ke bawah,namanya sudah dipanggil oleh Raid untuk makan bersamanya.

"Bulan,jom makan.Raid ada belikan makanan tadi kat kedai depan.Tapi Raid belikan nasi goreng je lah.Okey ke?"

"Bulan okey je,asal makanan perut kenyang pun takpe.Terima kasih belikan."

"Sama-sama" Raid berkata sambil tersenyum.

Bulan lantas mengambil tempat setentang di hadapan suaminya.

Nasi goreng yang sudah Raid siap alihkan dari bekas polisterin ke pinggan Bulan terus tarik merapat. Memang tak sembunyi langsung reaksi laparnya. Sudu dan garpu yang berada dalam satu bekas berdekatan tak lupa juga dicapai.

"Aip, Bulan. Doa makan jangan lupa baca. Nak makan dengan syaitan ke?" Sang suami menegur apabila terperasankan tingkah milik Bulan yang kelihatan sungguh tak menyabar untuk menerkam makanan di hadapan.

Bulan yang sedar dirinya ditegur pantas ukir senyum malu. Habis wajahnya yang sedia putih itu berubah menjadi merah - kemerahan dibuatnya.

Tangan ditadah. Doa makan yang diketuai Raid bacaannya Bulan aminkan.

"Ha, baru boleh makan,"

Bunyi sudu dan garpu yang saling bertingkah mula mengisi ruang makan.

Bulan yang sedia lapar sedari tadi pantas menyuap makanan ke mulut sehingga hidangan itu sudah berbaki separuh sementara Raid pula makan dengan tertibnya.

"Lajunya Bulan makan... Kesian dia. Kebulur ya?" Raid sempat mengusik sebelum mencicip segelas air.

Bulan yang mendengar sudah tarik muncung seinci. Tiba - tiba merasa sensitif apabila soal itu dibangkitkan.

"Alahai, isteri Raid seorang ni,"

"Seoranglah. Lebih - lebih nak buat apa?" Soal Bulan garang. Pegangan garpu dilepaskan seketika sebelum dia layangkan isyarat buku lima

"Yalah, Bulan je isteri Raid seorang. Mana ada dua tiganya,"

"Raid bukannya nak cakap Bulan kuat makan ke apa.... Tapi kalau Bulan suka makan banyak - banyak pun apa salahnya? Raid boleh je nak belanja,"

"Raid!" Bulan sudah merengek di situ.

"Okey - okey. Raid gurau je... Err, Bulan suka makan nasi goreng ya? Makanan kegemaran?" Raid pantas ubah haluan bicara mereka sementelah sedar perubahan Bulan.

"Eh takdelah.Bulan tengah lapar tu yang melantak macam orang tak betul tu.Makanan kegemaran bulan soup mushroom,mac and cheese,char kuey teow banyak lagi sebenarnya tapi tu antaralah.Nasi goreng pun kegemaran juga,tapi bawah sikit.Maaf lah Raid kalau nampak tak senonoh sikit wakti Bulan makan tadi."

Bulan berkata sambil tersengih.Bulan baru tersedar akan gaya makannya sebentar tadi.Malu juga kalau nak dipikirkan semula.

"Eh takde lah.Raid faham Bulan tengah lapar.Raid tak kisah pun.Bulan makan pun nampak comel tau walaupun gelojoh sikit"

Bulan yang mendengarkan perihal itu terus menekup mukanya menggunakan kedua belah telapak tangan apabila dia merasakan mukanya mula berbahang.Malu!

Raid yang melihat tingkah laku Bulan hanya tergelak akan teletah lucu yang dilakulan oleh Bulan.Comel betul isterinya seorang ini!

"Raid tak makan ke?macam tak terusik je makanan tu."

Tanya Bulan apabila dia melihat makanan Raid tidak berkurang.

"Oh,lupa pula pasal makanan.Ralit sangat tengok Bulan makan tadi"

Bulan yang mendengarkan balasan Raid merasakan yang jantungnya hendak meletup.Muka mula terasa panas.

Ish muka ni senang sangat berbahang.Tak boleh kawal ke?Penat lah kalau macam ini hari-hari,jantung pun boleh lari.Raid ni pun satu,yang cakap macam itu kenapa?Tak tahu ke kita ni macam mana.

"Awak malu ke Bulan?"

"Yelah,dah awak cakap macam tu.Awak tengok saya ke tadi hah?tak malu eh tengok anak dara orang?"

"Ala,isteri kita juga.Tengok dapat pahala."

"Suka hatilah.Dah makan makanan tu diam-diam"

Terhambur gelak Raid.Makin suka pula mahu menyakat Bulan.

BianglalaWhere stories live. Discover now