09

15 1 0
                                    

   "Kita kat mana ni Raid?" Bulan yang baru sahaja bangun dari lena terpisat-pisat matanya apabila melihat pemandangan senja di hadapan mata.

Sudah lama rasanya Bulan tidak jejakkan kaki di tempat sebegini.Tempat yang dapat memberikan ketenangan.

Pantai.

"Kita kat Teluk senangin.Jom kita keluar dulu.Raid nak bawa Bulan tengok sunset.Lepastu,kita makan.Jalan-jalan dulu dan lepas itu baru kita check in.Bulan okey?ke Bulan penat?kalau penat,kita balik terus" Tanya Raid berhati-hati.

"Bulan okey je Raid.Jom,tengok sunset.Nanti lambat,terbenam.Tak sempat ambil gambar."

Pantas sahaja mereka keluar daripada kereta.Bulan dan Raid berpegangan tangan dan menuju ke arah satu kerusi.Mereka melabuhkan punggung di kerusi itu.Masing-masing menikmati keindahan tuhan yang terbentang luas di mata.

Tenang sahaja hati.Rasa terlepas banyak beban yang ditanggung.Huhh.

"Seronokkan Raid?Selain daripada keindahan malam,sunset macam ni pun Bulan suka.Tenang je rasa."

"Betul.Raid pun rasa benda yang sama"

Masing-masing diam menikmati keindahan tuhan yang tak tergambar.

Raid mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka aplikasi kamera.Dia mahu mengambil gambar keindahan senja ini.

"Bulan jom ambil gambar.Peace!"

Raid menghalakan telefon bimbit ke arah dia dan Bulan dan megambil beberapa foto bagi disimpan sebagai kenangan.

Bulan melihat gambar-gambar yang diambil oleh Raid.

"Cantiknya Raid. Pandai awak ambil gambar" puji Bulan ikhlas.

"Raid kan berseni" bangga Raid akan pujian yang diberi oleh Bulan.

Bulan hanya tersengih mendengar balasan daripada Raid.

"Bulan,jom check in dah lewat sangat ni. Nanti kita nak keluar makan pula." Ajak Raid.

Bulan mengangguk.

Tidak sampai beberapa minit,Raid dan Bulan sudah pun tiba di hadapan tempat penginapan mereka.

"Jom Bulan?"

Bulan mengikut langkah Raid. Sambil itu, Bulan meneliti setiap reka bentuk yang terdapat di tempat penginapan mereka.Cantik.Walaupun kelihatan simple tetapi ada ciri keunikannya sendiri.

Pandai Raid pilih.

"Eh Raid,kenapa bilik kita je kat atas ni? bilik lain takde ke?" Tanya Bulan keliru.

"Macam mana nak cakap eh?ni sebenarnya hotel keluarga Raid,tapi Raid yang ambil alih sekarang and bilik ni memang Raid buat khas untuk Raid sorang je. Kalau rasa nak healing tu,kat atas rooftop ni lah." Balas Raid panjang.

Angguk Bulan.

"Bulan nanti nak makan kat mana?"

"Dekat-dekat sini je lah" balas Bulan sambil tersenyum.

BianglalaWhere stories live. Discover now