07

12 2 0
                                    

     "Jom Bulan!" Kata Raid dengan nada yang teruja sambil matanya menatap Bulan yang sedang enak baring di atas katil.

Bulan yang mendengar itu terus keliru dengan pelawaan Raid.

Raid..ni buang tebiat ke?

"Jom apa Raid? Tanya Bulan sambil keningnya diangkat.

"Jom keluar.Cepatlah pakai tudung."

Raid segera menolak badan Bulan yang masih lagi tercengang dengan pelawaan Raid.

"Sekejap sekejap.Kita nak pergi mana ni Raid.Dah pukul 11 malam tau ni.Raid mengigau ke ni?Ni malam tau Raid,bukan 11 pagi"

Tanya Bulan berhati-hati.Masih keliru dengan ajakan Raid.Bulan mahu memastikan yang ini bukannya gurauan.

Gila ke?

"Tak Bulannn.Raid memang nak ajak Bulan keluar malam-malam macam ni.Cepatlah siap."

Bulan hanya menurut.Malas mahu bertanya lebih lanjut.

Bulan mengambil tudung sarungnya yang berwarna hijau muda sebagai padanan dengan bajunya.Bulan malas mahu bersiap lebih-lebih,lagipun sudah lewat malam.

Selesai sahaja Bulan bersiap,laju sahaja tangan Raid menggapai tangan Bulan dan menuju ke arah kereta.

Mereka memasuki kereta dan terus meneruskan perjalanan yang Bulan sendiri tidak tahu destinasi mereka.

Setelah 30 minit di atas kereta, akhirnya sampai juga mereka ke destinasi itu.

Raid membuka pintu bahagian penumpang dan menggapai tangan Bulan.

Mereka pergi ke satu kerusi dan duduk di situ.Tempat itu sunyi.Hanya beberapa orang sahaja yang terlihat di kawasan itu.

"Cantik tak?" Tanya Raid

"C-cantiknya Raid.."

Bulan yang melihat pemandangan di hadapan mata itu terus mengulum kalimah Masha'Allah di dalam hati sebagai satu pujian terhadap keindahan ciptaan-Nya yang tidak terhitung.

Mata Bulan tidak melepas dari memandang pemandang yang terbentang luas di mata.

"Ini ke tempat yang Raid ajak Bulan tiba-tiba tu?"

"Iya.Raid memang nak ajak Bulan tengok bintang pun.Lagipun,Raid kan suka tengok bintang dan Bulan pun suka tengok keindahan waktu malam.Jadi Raid bawa lah Bulan ke sini.Suka?"

"Suka sangattt." Balas Bulan dengan keturajaan.

Mereka diam buat seketika.

Tidak lama lepas itu,Bulan memulakan perbualan.

"Apa pandangan pertama Raid pada Bulan?"

Raid yang mendengar soalan tiba-tiba Bulan terus tersenyum.

"Bulan..cantik.Cantik macam bintang-bintang kat atas tu.Mata Bulan lawa.Raid suka tengok mata Bulan.Kening Bulan,bulu mata Bulan dan mata Bulan yang warna coklat cair itu lah buat Raid suka tengok mata Bulan.Taik lalat tepi mata Bulan pun Raid suka tengok.Tapi segalanya tentang Bulan Raid suka.

Raid selesa dengan Bulan.Walaupun kita hanya dijodohkan,jujur Raid kata,Raid selesa dengan Bulan.Kadang-kadang bila kita bercakap macam ini,Raid dapat rasa tenang.Sebab itu Raid bawa Bulan ke sini.

Sebab itu juga lah Raid rancang banyak aktiviti untuk luangkan masa dengan Bulan.Raid tahu,mesti susah kalau kita terus sahaja paksa diri untuk jadi suami isteri yang sempurna.Jadi Raid rancang aktiviti macam ni supaya kita dapat lebih mengenali hati masing-masing.

Panjang pula Raid bercakap.Raid nak tanya juga,apa pandangan Bulan tentang Raid?"

Tanya Raid sambil menatap wajah Bulan.

"Raid..pun kacak juga sebenarnya.Jujur tau Bulan cakap.Bulan tak tipu.Muka Raid macam ada kacukan.Lepastu,bibir Raid merah.Bulan pun jealous tengok bibir Raid.Hidung Raid mancung.Itu pun Bulan jealous.

Tapi terima kasih lah puji Bulan.Takda lagi orang puji Bulan sampai specific sangat macam Raid.

Lagi satu,Bulan pun rasa tenang bila dekat dengan Raid.Tak tahu kenapa.Padahal sebelum ini,Bulan susah nak biasakan diri dengan lelaki.Lagi-lagi yang Bulan tak kenal.Tapi Raid buat Bulan selesa.Dan itu buatkan hati Bulan makin dekat dengan Raid.Jujur tau Bulan kata,Bulan..dah mula jatuh cinta dan sayang pada Raid.

Taktau lah sama ada masih awal untuk Bulan kata macam ini,tapi usaha Raid untuk rapatkan hubungan kita buat Bulan rasa macam itu.Tapi Bulan tak paksa Raid tau untuk balas cinta Bulan.Bulan hanya meluahkan."

Kata Bulan sambil tersenyum hambar.

"Raid ingat Raid sorang je dah mula jatuh cinta dan sayang pada Bulan.Oh, rupanya orang sebelah kita ni pun sama.Raid sebenarnya malu nak cakap,sebab takut Raid tepuk sebelah tangan"

"B-betul ke Raid?ke Raid main-main?" Tanya Bulan ragu-ragu sambil mencari kejujuran di muka Raid.

Raid memegang kedua-dua sisi muka Bulan dan memalingkan muka Bulan menghadapnya sambil menatap jauh ke dalam anak mata Bulan.

Bulan yang terkejut dengan tindakan refleks Raid hanya berdiam diri.

"Bulan,Raid betul-betul dah mula jatuh cinta dan sayang pada Bulan.Atau Bulan nak dengar Raid kata,"

Raid mendekatkan mulutnya pada telinga bulan dan berkata

"I love you Dara Bulan binti Sulaiman.Saya Harith Raid betul-betul dah jatuh cinta dengan seorang wanita yang bernama Dara Bulan binti Sulaiman.Jadi,izinkan saya menghuni hati awak dan menjaga serta membimbing awak hingga ke akhir hayat saya.Izinkan saya Dara Bulan"

Raid terus menarik kepalanya jauh dan menatap mata Bulan.

Bulan yang masih terkesima masih tidak memberikan jawapan.Dia..terkedu.Jantungnya laju mengepam darah.

"Bulan izinkan Raid.Bulan juga nak minta izin pada Raid untuk menghuni hati Raid dan menjaga Raid hingga akhir hayat Bulan.Izinkan saya Harith Raid"

"Raid izinkan"

Lama mereka menatap mata antara satu sama lain.Kali ini mereka menatap dengan perasaan yang semakin menjalar dalam hati.Jantung masing-masing mengepam darah dengan laju.

"I love you Dara Bulan"

"I love you too,Harith Raid"

BianglalaWhere stories live. Discover now