02

20 1 0
                                    

      Dara bulan yang tersedar akibat bunyi jamnya terus meluru ke arah bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wudu' bagi menunaikan solat subuh.

"Raid bangun Raid.Dah subuh niii,taknak bangun kee?"

Dara Bulan mengejut suaminya untuk menunaikan solat subuh berjemaah.Nasib mudah sahaja suaminya bangun,kalau liat memang dia piat sahaja telinga suaminya itu.Baru semalam kahwin dah nusyuz ish ish ish.

Harith Raid yang malas mahu melengahkan terus melangkah longlai menuju ke bilik air.

   "Good morning semuanya"

Turun sahaja Dara Bulan ke bawah,dia terus meluru ke arah meja makan.Dia sudah pun terliur apabila dia dapati nasi lemak buatan emaknya terletak elok di atas meja makan.Perutnya mula lah berkeroncong kuat.

Sampai sahaja di meja makan tangannya laju sahaja mahu menghinggap ke senduk nasi.

Belum sempat dia ingin menyenduk nasi letak ke pinggannya,Puan Fauziah menegur

"Eh tangan tu laju je.Lupa ke dah bersuami?mana suami kamu"Tanya Puan Fauziah pada anak perempuannya

"Dia kata nanti dia turun,baru lepas mandi.Hah tu dia dah turun.Jom makan yeyey"

"Ish sabar lah dulu Bulan oii.Suami kamu tu duduk pum belum.Awak tu dah jadi isteri orang tau" Tegur Puan Fauziah lagi.

Puan Fauziah hanya menggeleng melihat telatah anak perempuannya itu.

"Takpelah ibu,Raid tak kisah pun" Ujar Raid seraya lemparkan pandang ke arah dua orang wanita itu. Bibir pula lantas dikoyak senyum sama terhadap kedua - duanya.

"Seee ibuu.Raid pun tak kisah kan kan?"

Dara Bulan membalas pandangan Raid sambil mengelipkan matanya beberapa kali.

Raid hanya tersenyum simpul melihat telatah isterinya.

         "Bulan"

Bulan yang sedang ralit termenung terus memaling kepala apabila namanya diseru.

"Iye kenapa Raid?" Soal Bulan padanya

"Boleh Raid duduk?"

Bulan menganggukkan kepalanya sebagai balasan.

Raid pun melabuhkan punggung di sebelah Bulan.

"Bulan dah ada kekasih hati ke?

Bulan yang mendengarkan soalan tersebut tercengang seketika.Tidak sangka soalan itu yang diajukan kepadanya.

Bukannya sebab dia sudah punya kekasih hati tetapi cuma tidak sangka.

"Takde,kenapa tanya?Raid dah ada ke?" Bulan menanyakan soalan yang sama kepada Raid

"Raid pun takde.Saja tanya.Takdelah Raid risau Bulan dah ada kekasih hati,manalah tau kan boyfriend Bulan marah ke kan.Tapi kalau ada,Bulan terus terang je tau.Raid taknak paksa Bulan kalau dah tak mampu nak teruskan perkahwinan ni"

"Ish takdelah.Bulan kan dah jadi isteri Raid takkanlah nak ada scandal dengan laki lain pula.Entah-entah Raid yang ada perasaan kat mana perempuan ni.Bulan pun macam Raid,Bulan tak kisah kalau Raid ada orang lain.Yelah kan tak boleh paksa.Tapi kalau ada,bagitau tau.Sebab Bulan taknak bermadu huhu"

Selepas masing-masing menyampaikan apa yang terbuku di hati,Bulan dan Raid hanya mendiamkan diri.

Keadaan menjadi semakin kaku dan sunyi.

Masing-masing tenggelam ke dalam dunia masing-masing.

Raid tidak suka akan suasan begini,begitu juga dengan Bulan.Tetapi masih juga tiada siapa yang mahu memulakan perbualan selepas apa yang diluahkan.

Ok,stop.

Tak boleh terus macam ni.

"Raid harap hubungan kita kekal sampai bila-bila walaupun sekarang kita dua takde perasaan antara satu sama lain.Yelah,kasih sayang boleh dipupuk."

Raid memulakan perbualan selepas 5 minit 10 saat mereka berdiam diri.

"Ye,Bulan pun harap macam tu."

Raid dan Bulan menatap di antara satu sama lain sambil tersenyum.

BianglalaWhere stories live. Discover now