06

11 1 0
                                    

     "Wah cantiknya kuda ni Raid."

Bulan terus menuju ke arah Raid dan kuda yang berwarna putih disampingnya.Bulan mengusap kuda tersebut di bahagian kepala.Tersenyum Bulan apabila dapat menyentuh kuda serapat ini.Sebelum ini,dia tidak pernah menunggang atau pegang kuda sebegini.

"Inilah kuda yang nak ditunggang tu.Nanti Raid ajar Bulan tunggang kuda.Seronok tau."

"Tak sabarnya!" Kata Bulan dengan nada yang teruja.

Sejujurnya,Bulan memang teruja apabila Raid memberitahu yang hari ini Raid mahu membawanya pergi menunggang kuda.Pada awalnya,Bulan ingat Raid hanya bergurau tetapi salah.Raid benar-benar ingin mengajarnya menunggang kuda.Walaupun agak gugup tetapi perasaan teruja menandingi segalanya.

Raid mula memeriksa kuda tersebut jika terdapat sebarang luka atau kecedaraan dan Raid mula memakaikan kekang pada kuda.Setelah selesai memeriksa keadaan kuda tersebut,Raid mula melangkah ke arah Bulan dan memakaikan Bulan pakaian berkuda.

Setelah selesai semua itu,Bulan melangkah naik ke atas kuda tetsebut dengan bantuan Raid.Selepas Bulan duduk dan mencari keselesaannya,Raid mula menerangkan pada Bulan  untuk memegang kendali kuda dengan betul.Raid pula mengawasi Bulan dan turut memegang kendali kuda bagi mengawal pergerakan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Bulan mula menunggang kuda dengan pengawasan Raid di sebelah.

Setelah lama mereka berdiam diri,Raid mulakan perbualan.

"Bulan tahu tak,waktu awal-awal Raid nak latih kuda ni,susah tau.Raid kena selalu bercakap dengan dia.Bercakap dengan penuh kasih sayang.Beri pujian.Tidak boleh agresif,kena sabar je nak latih kuda ni.Tapi semua tu berkesan.

Lepastu,perkara menarik pasal tunggang kuda ni,dia boleh jadi terapi untuk masalah seperti mental,fizikal,autisme dan down sindrome pun boleh.Dan alasan Raid ajak Bulan tunggang kuda ni pun sebab tunggang kuda ni boleh bagi mood jadi positif." Kata Raid sambil tersenyum manis kepada Bulan.

"Wahh,patutlah Raid ajak Bulan pergi tunggang kuda ye.Rupanya,banyak kebaikan dia.Kalau macam tu,kita tunggang kuda hari-hari lah.Mesti kita positif je hari-hari." Girang Bulan berkata.

Raid tersengih melihat balasan daripada Bulan.

"Mestilah boleh."

Raid dan Bulan menatap antara satu sama lain sambil tersenyum.


BianglalaWhere stories live. Discover now