10

16 2 0
                                    

        "Eh mana Bulan?"

Keluar sahaja Raid daripada tandas,Raid meneliti setiap ruang dalam bilik tetapi bayang Bulan pun tidak kelihatan.

Takkan lah Bulan meninggalkan dia sendirian dalam bilik ini.

Raid keluar daripada bilik dan dia melihat Bulan sedang duduk di sebuah kerusi .Raid bergerak menuju ke arah Bulan dan melabuhkan punggungnya di sebelah Bulan.

"Jauh termenung.Ingatkan siapa?" Tanya Raid sebagai pemula bicara

Bulan tersenyum.

"Takde siapa pun.Tu hah,ada pelangi.Cantik.Lepas tu kan,Bulan tiba-tiba teringat tentang sesuatu.Oh sebelum tu,Raid nak tahu tak,yang Bulan pernah menginap kat villa depan tu" 

Kata Bulan sambil menuju kan jarinya ke arah hadapan.

"Iya,cakap pasal villa depan tu kan,Raid pun ada teringatkan sesuatu."

Raid melihat ke arah hadapan.

Bulan menolehkan mukanya menghadap sisi muka Raid dan menaikkan keningnya.

"Sesuatu?tentang apa?" Tanya Bulan ingin tahu.

"Bulan tahukan yang Raid pernah bagitahu kat Bulan tentang seorang perempuan yang mengingatkan Raid tentang satu peristiwa.Peristiwa tu macam ni,

Ada satu hari, waktu tu hujan dan macam biasalah,lepas hujan mesti ada pelangi kan?macam sekarang.Dan waktu pelangi tu muncul, perempuan tu dia dengan mungkin kakak atau adik dia,entah Raid pun tak tahu,dia ambil gambar pelangi tu tau dan tiba-tiba dia lambaikan tangan dia.

Raid pun balas lah balik.Lepas itu,kami berborak guna isyarat tangan. Walaupun kurang faham tapi dapat lah tangkap. Raid ingat lagi,yang dia suruh Raid tangkap gambar pelangi tu.

Dan lepas tu,peristiwanya habis kat situ je lah.Raid ada lah juga berharap yang Raid akan jumpa dia lagi. Tapi tak dan sekarang Raid pun dah tak berharap lagi"

Panjang Raid bercerita sambil tersenyum hambar mengingatkan tentang peristiwa itu.

Bulan yang mendengarkan cerita itu kelihatan keliru.

"Erk Raid, perempuan tu pakai tudung ungu ke?" Tanya Bulan sambil menunggu jawapan daripada Raid.

Angguk Raid sebagai jawapan.

"Sekejap.."

Raid yang keliru dengan perbuatan Bulan, menolehkan kepalanya ke arah Bulan.

"Kenapa?"

"Macam mana kalau Bulan kata yang perempuan tu sebenarnya Bulan?"

Raid membulatkan matanya.

"Hah?Raid tak faham"

"Tak,cerita Raid tu sebiji macam apa yang Bulan lalui.Waktu tu ada pelangi dan kakak Bulan panggil Bulan sebab nak bagitahu pasal pelangi tu. Lepas tu,Bulan ambil gambar dan Bulan nampak ada sorang laki duduk dekat rooftop atas ni dengan seorang lagi lelaki.

Lepas tu,Bulan lambai dan dia pun lambai balik.Balas guna bahasa isyarat,Bulan suruh dia ambil gambar pelangi,lepas tu Bulan ambil gambar dia dan habis.

Raid ke laki tu?"

Bulan menunggu jawapan Raid.

"Sabar,tudung warna ungu?ada corak kan?"

Angguk Bulan.

Raid menelupkan tangannya ke mulut.

"Sabar,Bulan ada gambar kot. Sekejap, Bulan cuba cari"

"Hah,ni gambar yang Bulan ambil"

Tunjuk Bulan ke arah Raid.

Raid mengambil telefon bimbit kepunyaan Bulan dan menteliti gambar itu.

"Betul lah ni Bulan!"

Teruja Raid apabila mendapat tahu tentang 'perempuan' yang diceritakan itu ialah Dara Bulan iaitu isterinya sendiri.

Bulan tersenyum girang.

"Tak sangka kan Bulan,rupanya kita memang dah ditakdirkan cuma kita je yang tak perasan.Betul lah,Allah tu sebaik-baik perancang"

"Betul" balas Bulan ringkas.

Raid mengambil tangan Bulan dan mengenggamnya erat sambil menatap ke dalam anak mata Bulan.

Bulan juga menatap ke arah anak mata Raid.

Mereka membalas senyuman dan melihat ke arah pelangi yang terbentuk indah di atas sana.

"I love you, Dara Bulan.."

"I love you too,Harith Raid"








                     -The End-




BianglalaWhere stories live. Discover now