'Will we be together, dear sweetie?'
TENGKU HARYAN DENISH
Seorang yang tidak suka untuk bersosial dan menonjolkan diri di khayalak ramai. Sangat dikenali dengan anak tunggal Tengku haris yang tidak pernah memunculkan diri. Sifat semula jadinya yang terlahir sebagai seorang yang datar, berhati beku seperti ais dan tidak suka untuk menjalin hubungan percintaan.
DELAILA MANISHA
Seorang yang happy go lucky dan terlalu gemar memakan buah mangga. Senyuman tidak lekang dari bibir nya setiap hari. Seolah hidupnya tidak dihurung rasa sedih mahupun gangguan. Hidup yang sering dimanjakan oleh ayahnya membuatkan dia bebas untuk melakukan apa sahaja kecuali keluar dari kawasan kampung.
Hidup seorang bernama Haryan Denish tidak pernah mengalami masalah besar sehingga percutiannya ke Air Terjun Gunung Ledang terpaksa ditangguhkan dan menetap selama tujuh hari di Kampung Gunung Ledang. Salah satu perkara yang dia benci, iaitu tinggal di kawasan kampung.
"Dah nama dia kampung mestilah berlumpur habis seluruh tempat. Bau busuk lagi tu!" Tempat yang penuh dengan lumpur sungguh membuatkan tekak aku ingin melonjakkan sesuatu tetapi hanya mampu ditahan apabila melihat pandangan sahabat baik aku yang seolah berharap agar aku bertahan.
Keadaan Haryan yang dilanda kesusahan semakin teruk apabila muncul seorang gadis bernama Delaila Manisha. Tidak pernah walau satu hari hidupnya tidak dinamakan huru hara sepanjang berada di kampung tersebut.
"Single ke bang? Atau single tapi tak available? Tapi kalau tak available tu maknanya abang ditakdirkan untuk saya lah tu" Aku hanya mampu tersengih sendiri apabila mendapat jelingan maut lagikan padu oleh Haryan.
Walaupun Delaila suka tersengih dengan jenaka sendiri, namun sikap Haryan yang acuh tak acuh membuatkan dia hanya boleh dikatakan sebagai cinta bertepuk sebelah tangan takkan pernah berbunyi tetapi takkan mustahil tidak berbunyi.
"Apa kata kalau Abang Ayan official je lah dengan Delaila"
"Official apa mende kau ni Delaila?"Pandanganku yang memandang ke arah kawasan sawah padi bertukar arah ke wajah Delaila.
"Official couple la"
"What?! Gila punya perempuan!" Tenang sahaja perempuan ni berkata kepada aku. Nampak sangat serius brtul.
Namun hati yang sememangnya keras mengatakan benci kepada gadis bernama Delaila bertukar menjadi rasa sayang dan cinta. Jatuh cinta semestinya wujud apabila cukup terbukti apabila Haryan semakin terjatuh cinta dengan telatah Delaila.
"Kau lahir memang comel ke?" Mataku tidak berhenti untuk menatap bibirnya yang comot tatkala memakan kek coklat kegemarannya.
"Ha? Abang Ayan cakap apa? Tak jelas"
"Takde apa lah. Kau makan je. Jangan sibuk!" Fuh! Sungguh membuatkan aku terkejut apabila dia nyaris mendengarkan soalan yang aku tujukan kepadanya.
Saban hari, Haryan semakin lupa akan niatnya yang hanya untuk menumpang selama tujuh hari tanpa menyedari bahawa harinya sudah menginjak hari yang keenam.
Dengan perasaan yang sungguh berat, Haryan harus mempersiapkan diri untuk meninggalkan segala memori yang tercipta dan menggunakan hari yang ketujuh sebaiknya bersama Delaila kerana teman hidupnya sudah ditentukan oleh ayahnya sendiri.
Namun adakah Delaila dapat menanggung rasa yang terasa perit untuk dihadapi apabila kehilangan Haryan tanpa ucapan selamat tinggal membuatkan jiwa polosnya menderita.
Kerana Haryan senantiasa menjadi cinta pertamanya.
His great love and meant to be.
Stay tuned....,
MYZURAH AILISH
YOU ARE READING
HARYAN'S HIDDEN LOVE | OG
Lãng mạnKnown as His adorable girl...., 'Will we be together, dear sweetie?' Bertemu dengan jejaka idaman yang hanya mampu dipandang dengan sebelah mata sahaja sungguh menguji kesabaran Delaila untuk memiliki jejaka tersebut. Siapa lagi kalau jejaka itu ada...