Known as His adorable girl....,
'Will we be together, dear sweetie?'
Bertemu dengan jejaka idaman yang hanya mampu dipandang dengan sebelah mata sahaja sungguh menguji kesabaran Delaila untuk memiliki jejaka tersebut. Siapa lagi kalau jejaka itu ada...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"DELAILA MANISHA BINTI TENGKU GABRIEL!"
Suara garau yang berteriak nama ku itu sudah tentunya adalah ayah ku, Encik Nazri. Dia sudah menjaga aku selama 9 tahun sejak aku lagi berumur 16 tahun. Dan kini aku sudah meningkat dewasa yang berumur 25 tahun dan sebelum kematian ibu, kami dikhabarkan bahawa ibu sedang mengandung 2 bulan.
Hal itu telah menambah sinar cahaya dalam keluarga kami. Namun, hari kelahiran adik lelakiku telah membuatkan hari yang terakhir untuk ibu menghembuskan nafas yang terakhir.
Tetapi itu sudah menjadi kisah yang lama dan usah dikenang. Sekarang aku sedang menunggu panggilan untuk menjadi pelajar di Universiti Oxford. Dan buat masa sekarang aku membantu ayah untuk mengembangkan industri Resort nya.
Perniagaan ayah memang mengaut untung yang lumayan memandangkan kawasan Air Terjun Gunung Ledang tidak jauh dari kawasan resort ayah. Pelancong yang datang untuk bercuti ke Air Terjun Gunung Ledang akan memerlukan khidmat rumah penginapan untuk berehat.
"Kenapa ayah?" Dengan begitu polos aku bertanya sebelum mataku jatuh pada tangan ayah yang sedang memegang stik golf yang sudah terbelah dua. Sudah sememangnya adalah kerja seorang gadis bernama Delaila.
"Ayah, let me explain. Laila tak sengaja pun sebenarnya" Tangan ayah elok sahaja memegang alat pemukul golf itu sambil menunggu penjelasan dari aku.
"Sebenarnya Laila nak cuba main kat depan pintu dapur dengan kayu golf tu. Tapi malang tak berbau bila Laila terayun kayu tu dengan kuat sampai terhentak dekat dinding. Tu yang terbelah dua macam hati ayah sekarang ni" Tersengih aku memandang ayah tapi pandangan tajam yang aku dapat.
"You know how much this cost, Laila?" Kening sebelah ayah ku terangkat sambil menayangkan kayu golf nya yang terbelah dua dihadapan muka ku. Aku hanya mampu tergeleng-geleng dan menundukkan kepalaku. Menakutkan sungguh raut wajah ayah tika ini. Seram!
"Haih... Laila ni kalau sehari tak pernah kan buat masalah? Asyik cari pasal je kerja. Ingat ayah tak tau yang Laila pegi simbah air cucian ikan mentah dekat si Nureen tu. Habis bernanah telinga ayah mendengar bebelan mak dia si Ropeah tu"
Hampir sahaja aku ternganga mendengar bebelan ayah. Sungguh tidak sangka sampai begitu sekali si Nureen botak tu pergi report kat mak dia. Dah lah mengata orang memakai tudung kononnya ingin menutup kemunafikan. Tanpa dia sedar diri dia yang menayangkan aurat nya yang rambut berurai tapi dahi seluas Tasik Chini. Menyampah!
"Ayah... Laila takkan suka-suka lah nak simbah dia dengan air tu kalau dia tak cari masalah dengan Laila. Adakah patut dia pegi cakap Laila mengorat anak Pak Imam yang si Ariff tu. Mengada! Cakap jelah kalau dia suka budak terlajak arif tu. Lagipun si Ariff tu yang duk terhegeh-hegeh dengan Laila"
Panjang lebar aku berkata tanpa menyedari ayah sedang menyembunyikan tawanya yang baru aku sedar tatkala dia menghamburkan tawanya dengan kuat sambil menepuk-nepuk pehanya. Mahu kata ayah yang terhibur pun tak. Sebab benda tu bukan nya lawak mana pun.