"Ayah sini lah makan. Satgi nak solat maghrib" Kemunculan ayah yang tepat waktunya memudahkan aku untuk memanggilnya minum petang. Memang sudah menjadi rutin harian kami untuk minum petang. Setakat mengalas perut sebelum makan malam. Memandangkan ayahku yang menggunakan banyak tenaga di masjid nanti.
"Laila tak ikut pi masjid ke? Nanti banyak ilmu yang dikongsikan memandangkan budak yang tinggal kat resort nak solat pi masjid sama sama dengan ayah" Dengan tenang ayah menghirup teh yang aku buat sambal bertanyakan soalan kepadaku.
Eh jap! Budak resort?! Kalau macam tu, abang Hensem pun ikut kan? I suka I suka.
"Kalau macam tu, Laila ikut la ayah. Takde benda juga nak buat kat rumah ni. Alang-alang ikut ayah pi masjid sana timba ilmu" Dagu aku tongkatkan dengan tangan sambil memandang kearah ayahku. Di sini, nu niat memang nak solat, bukan sebab Abang Hensem ada!
"Siap cepat. Ayah tunggu kat ruang tamu nanti" Ayah terus berlalu ke arah ruang tamu dan meninggalkan aku yang mengemas dapur sambil tersengih lebar.
Azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat maghrib. Masing-masing jemaah bangun untuk mengambil air wudhuk. Aku sudah bersedia untuk mengambil air wudhuk lebih awal di resort.
Tiadalah rushing sangat kalau mahu menunaikan solat sebab menunggu giliran untuk mengambil wudhuk. Suasana di masjid kampung ini pun terlihat meriah dan mesra. Orang-orang di sini sangat sporting dan menjaga hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Encik nazri yang dikenali sebagai pemilik resort yang kami duduki tika ini tidak sangka bahawa beliau juga merupakan ketua kampung. Makmum sudah beransur - ansur memasuki saf dan qiamat pun dialunkan bagi memulakan solat fardhu maghrib.
Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah.
Habis sahaja solat maghrib, semua makmum terus memberi tumpuan kepada Tok Imam untuk menyampaikan tazkirah.
Tempat solat lelaki dan wanita hanya ditutupi dengan kain putih. Jadi amat mudah untuk kain itu beterbangan apabila kipas angin meniup kawasan kain putih tersebut.
YOU ARE READING
HARYAN'S HIDDEN LOVE | OG
Storie d'amoreKnown as His adorable girl...., 'Will we be together, dear sweetie?' Bertemu dengan jejaka idaman yang hanya mampu dipandang dengan sebelah mata sahaja sungguh menguji kesabaran Delaila untuk memiliki jejaka tersebut. Siapa lagi kalau jejaka itu ada...