ℋ𝒶𝓇𝓎𝒶𝓃'𝓈 5 🌹

66 1 0
                                    

Maaf atas keterlambatan :(___________________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maaf atas keterlambatan :(
___________________________________________



Memang tidak disangka-sangka bahawa kampung gunung ledang ini tidak lah seteruk yang aku fikirkan. Kawasannya sangat nyaman dan penuh dengan pokok kelapa sawit disepanjang kawasan lebuh raya.

Resort yang kami tempah tika ini sangat berbaloi. Memandangkan kawasannya sangat bersih dan mempunyai kawasan tempat mandi manda yang luas. Kolam lah tu kan?

Mikhael cakap yang kononnya nanti ada tukang memeriksa kawasan kolam kerana takutnya ada sedikit kekotoran yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada pelancong. Selang beberapa minit, aku terdengar seperti beberapa barangan jatuh dari kawasan kolam renang.

Akibat sifat ingin tahuku sudah mencapai tahap setinggi langit, aku bangun dari baringku dan menuju ke arah balkoni yang boleh melihat kawasan kolam renang dari situ.

Time ni lah kau nak jatuh kan?!” Terhinjut kedua bahuku mendengar suara nyering yang datang dari kolam renang itu juga. Dengan cepatnya aku melangkah dan melihat seorang gadis yang berurai rambut kecokletan sedang membongkok.

Mungkin ni lah tukang servis yang Mikhael cakap tu” Namun melihat dari gayanya yang berpakaian biasa dan melakukan kerjanya dengan pergerakan yang penuh dengan keterpaksaan membuatkan aku merasa bahawa gadis ini bukanlah pekerja tetap.

Aku perhatikan sahaja tindak tanduk gadis ini.

Aku perhatikan sahaja tindak tanduk gadis ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alah.... Dalam beberapa hari ni je Laila

Lepas je dorang habis trip, Laila boleh la bersantai, Okay?” Melihat wajah ayahku membuatkan aku tidak sampai hati untuk menolak. Ayah sangat berharap agar aku membantunya dalam membersihkan kawasan resortnya sepanjang budak Universiti tu bercuti di kampung gunung ledang memandangkan kakitangan tukang servis resort tidak dapat menyaingi jumlah mereka.

Abang Kilau mana? Asal tak tolong ayah?” Lelaki tu pun satu. Lepas je cuti Hari Raya Haji hari tu terus minta cuti seminggu kononnya nak balik kampung. Tapi tak balik-balik langsung.

Masih cuti. Dia ada kerja lain nak buat. Tak payahlah tanya sangat pasal dia. Laila tolong eh?

Dan aku hanya mampu pasrah dan menerima dengan hati yang terbuka. “Yela. Nanti Laila tolong

HARYAN'S HIDDEN LOVE | OGWhere stories live. Discover now