"Kau memang tak senang kan nampak aku duduk kat rumah je?" Bebel selaku Mak Latipah aku di situ menegur Mikhael yang hanya diam sedari tadi.
"Takla. Aku just nak bawak kau makan angin" Beberapa patah Mikhael berkata sambil memandangku sekilas sebelum memandang semula ke arah depan. Disebabkan posisi Mikhael yang kini sedang memandu dia harus lebih fokus memandang ke hadapan dan membawa kami menuju ke percutian yang kami janjikan.
Tidak sampai beberapa minit, kami tiba di sebuah kawasan yang mempunyai banyak bas. Aku yang melihat kawasan tersebut mula naik rasa tidak sedap hati kerana sememangnya aku benci melihat kawasan yang ramai orang.
"Asal ramai ni Mikhael?" Mata masih tidak berhenti memandang sekeliling apabila aku terlihat beberapa orang yang merupakan rakan sekelasku. Dengan sepantas kilat aku memandang Mikhael yang berada di sisiku setelah melihat sosok adik kembarnya, Mikhalee turut berada di kerumunan orang ramai.
"Jom turun nanti kita kena tinggal bas pulak" Aku yang mendengar pertuturannya terus mengorek telingaku sedikit sebelum memintanya untuk mengulang semula perkataannya.
"Can you said it again? Macam rasa telinga aku bermasalah tadi"
Dapat aku lihat Mikhael menggulingkan matanya sebelum mendekatkan bibirnya ke arah telingaku dan menutur semula perkataannya. "Yes babyboy, kita kena turun dari kereta ni dan naik bas sama-sama dengan dorang"
Habis. Tamat. Mati.
Dan segalanya hanya mampu aku serahkan kepada yang Maha Kuasa. Sungguh aku berasa ingin mati sahaja sekarang daripada bertemu dengan orang yang sebilangannya agak banyak. Hal ini akan membuatkan dada ku terasa sesak.
Disebabkan hal ini juga aku memutuskan untuk tetap di rumah daripada menyusahkan orang.
"Are you kidding me dude?! You know yang aku ni tak boleh ikut benda-benda macam ni kan? Asal kau pi ajak aku naik bas pulak ni? Kita pandu sendiri je lah jom" Entah mengapa rasa ingin menangis pun ada apabila mereka semua rakan sekelas aku mula memandang ke arah kereta kami memandangkan Mikhalee menghalakan jari telunjuknya tepat ke arah kereta ini.
Mamat juga ni satu. Yang dia pi tunjuk tu asal?
"Nasi dah jadi bubur kawan. Kau terima jelah buat masa sekarang ni. Jauh lagi perjalanan kita ni" Tanpa menunggu apa-apa jawapan dari aku, terus Mikhael membawa dirinya keluar dari kereta dan meninggalkan aku seorang yang masih mempunyai perasaan takut.
Tanganku mula gementar dan berasa sejuk. Jantungku pun mulai berdegup kencang. Peluh merinik di seluruh dahi dan leher ku. Namun ketukan dari arah sebelah kanan membuatkan aku tersentak dan menoleh ke arah ketukan itu dengan serta merta.
"Dah lah dengan ngelamun kau tu. Baik kau sini keluar tolong aku angkat barang pi bas tu" Mahu sahaja aku pamit pulang tetapi memandangkan aku sudah kelihatan di situ, akan nampak memalukan jika aku balik tanpa memberi apa-apa penjelasan.
Dan diriku yang sudah cukup pasrah hanya mampu melangkah keluar dari kereta tersebut dan menuju ke arah bonet kereta yang di mana Mikhael turut berada di situ. Kami bersama-sama menurunkan barang dan diangkut menuju ke bas yang kelihatan mempunyai dua tingkat.
Dalam tengah berjalan, aku terlihat Mikhalee sedang sibuk bergelak ketawa dengan tunangnya.
Parti ulang tahun tunang konon. Kau tunggu lepas ni!
Wajah hanya aku kawal dengan riak yang biasa sambil berjalan ke arah rakan sekelas ku yang lain. Mikhael hanya aku biarkan mengangkat barangan yang selebihnya. Biar dia situ merasakan menjadi tukang gaji tidak berbayar.
"So far okay tak, Ayan?" Mikhalee yang menayangkan wajah yang tiada serba salah langsung sungguh menaikkan lagi api kemarahanku ini. Memang cari pasal betul dua ketul beruk kembar ni.
Ada ubi ada batas, lain hari akan aku balas dengan sepedas-pedasnya.
"Okay! Merasa suasana ramai macam ni memang agak baru lah sikit sebab dah terbiasa duduk rumah" Dengan senyuman sedikit kekok aku beri apabila Haikal dan tunang Mikhalee, Annisa memandang aku dengan hairan.
Annisa sudah ditunangkan dengan Mikhalee sejak mereka umur 17 tahun lagi oleh arwah nenek kami. Memandangkan itu adalah hasrat nya yang terakhir.
Pada awalnya Mikhalee menolak dengan sekeras-kerasnya tetapi lama kelamaan dia semakin jatuh hati dengan sikap Annisa yang sopan santun dan menjaga adab nya. Manakala Haikal merupakan abang kepada Annisa.
"Asal kau pucat ni bro? Okay tak?" Haikal memegang bahuku apabila dia mulai perasan akan ketidakselesaanku dan wajah ku yang sudah jelas kelihatan pucatnya.
"Eh! Okay lah. Cuma aku jarang sangat ikut benda-benda macam ni. So sedang mencuba menyesuaikan dirilah" Dengan bersungguh aku memberi alasan padahal aku memang sudah dikenali sebagai budak Introvert.
"Guys! Bas dah nak gerak ni. Jom masuk" tersentak kami berempat di situ mendengar laungan dari Mikhael. Nampak sangat dia sedang senyum mengejek sambil memandang aku. Pandang remeh dengan aku lah tu.
"Jom gerak kawan-kawan!" Dengan semangat Haikal berjalan sambil memasangkan airpode nya di telinga.
Sepanjang dua jam perjalanan, kerja aku hanya memandang ke arah luar tingkap dan tidur. Kadang Mikhael yang di sebelah ku menerangkan serba sedikit mengenai kawasan itu memandangkan mereka sekelas sudah pernah ke kawasan ini dua tahun yang lepas. Bermakna pelawa Mikhael yang ketiga kalinya aku tolak.
"Amacam jalan-jalan ni? Okay en? Dari kau je yang tak berani nak hadap realiti semenjak kes kemalangan Uncle Grey" Perkataan Mikhael membuatkan aku diam dan fikiranku sudah entah kemana apabila teringat semula kejadian yang menimpa bapa saudara aku, Uncle Grey.
Memori pahit itu sudah melekat hebat di dalam ingatanku memandangkan aku sudah berumur 12 tahun di situ. Dapat aku ingat kembali tangisan isterinya dan anaknya yang sudah menangis meraung di tempat kejadian. Aku yang berada pada waktu itu terus terkena panic attack dan segera dilarikan ke hospital oleh kedua ibu bapa aku.
Kerana takut untuk mengingat kembali kenangan pahit itu aku terus melelapkan mataku untuk mengambil tidur yang lena dan berharap kejadian yang menimpa bapa saudaraku tidak akan berulang lagi.
To be continued...
YOU ARE READING
HARYAN'S HIDDEN LOVE | OG
Lãng mạnKnown as His adorable girl...., 'Will we be together, dear sweetie?' Bertemu dengan jejaka idaman yang hanya mampu dipandang dengan sebelah mata sahaja sungguh menguji kesabaran Delaila untuk memiliki jejaka tersebut. Siapa lagi kalau jejaka itu ada...